TAHUN BARU

Assalamualaikum Warahmatullah…

Pabila menghampiri penghujung tahun dan memasuki tahun baru, sering kali kita akan bertanya, ditanya dan bercakap-cakap tentang azam tahun baru. Penulis juga tidak ketinggalan diajukan pelbagai soalan seputar dengan azam untuk tahun baru, tidak kiralah tahun baru Hijriah atau pun tahun baru Masihi.
Penulis juga seperti manusia biasa tetap mempunyai azam, keinginan dan kemahuan yang [...]

SALAM MAAL HIJRAH 1430

Doa Akhir Tahun.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini.”

Maksudnya:
Allah S.W.T berselawat ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku [...]

ANTARA DUA PERANCANGAN.

Assalamualaikum Warahmatullah…
Jika dahulu penulis pernah dilambai oleh Loughborough University (BACA DI SINI) untuk perancangan hidup penulis yang pertama, kini penulis dilambai lagi tapi untuk perancangan hidup penulis yang ketiga (Sila baca ANTARA IMPIAN, PERANCANGAN DAN KENANGAN).
“Manusia hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan,” monolog penulis di dalam diri ketika menilai dan mengenang kembali tawaran-tawaran [...]

NEW TRAINING PROGRAMME.

Wanna join this program?
You’ll get high stipend per month for this job if you succeed this training.
Hahaha…
 
 

OTAK KIAN MEMBEKU.

Assalamualaikum Warahmatullah…
Agak lama juga penulis memikirkan tajuk-tajuk artikel yang sesuai untuk penulis karang di dalam blog ini. Terkadang terlalu banyak yang ingin penulis karang, sehingga ketika sedang mengarang satu-satu artikel itu, terpancul pula idea-idea untuk karangan artikel yang lain.
Tetapi kini, walaupun penulis ada beberapa tajuk yang ingin penulis karang dan kongsikan bersama, namun ia tidak [...]

TUNAS HARAPAN

Terkadang penulis terfikirkan sendiri.
Terkenang suatu masa dahulu.
Ketika penulis baru sahaja dilahirkan ke dunia ini.
Dilahirkan sebagai tunas, TUNAS HARAPAN.
Tetapi kini,
adakah ‘tunas’ ini bertukar menjadi
PEMUSNAH IMPIAN?
Muncul bukan untuk memberi harapan.
Muncul untuk menjadi pemusnah kota impian.
Adakah begitu?
Entahlaa…

SALAM AIDILADHA

KEBEJATAN AKHLAK REMAJA

Inilah realiti yang cuba disorokkan oleh sesetengah pihak dengan lebih menekankan aspek perkembangan kemajuan teknologi dan pembangunan ekonomi, tetapi melupakan aspek perkembangan dan pembangunan aspek spiritual ataupun kerohanian.
Kebejatan akhlak yang berlaku, melepak, merokok, idealisme songsang dan sebagainya.
Adakah kita mahu negara kita dicorak oleh kelompok seperti ini pada masa hadapan?
Adakah kita mahu anak-anak kita bakal dipimpin [...]

BERSABAR MENERIMA DUGAAN.

Pakcik di sana menongkat dagu.
Makcik di sini menangis tersedu.
Kanak-kanak pula riang bermain sambil berlagu.
Begitu mudah untuk bersimpati dan mengungkap kata sabar, tapi berapa pula yang mengerti untuk ber-empati.
“Habis segala tanam-tanaman pakcik. Semua rosak, tak boleh nak buat apa lagi dah,” keluh seorang pakcik mengenang nasib diri.
“Semua dah tak boleh guna lagi, tak sempat nak buat [...]

LAMBAIAN LOUGHBOROUGH

AWAS!!!
ARTIKEL INI SEMEMANGNYA MENGANDUNGI BAHASA-BAHASA KASAR, PASAR LAGI KESAT YANG TIDAK SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT KARANGAN ATAUPUN SURAT FORMAL. HANYA BACAAN UNTUK 12 TAHUN KE ATAS SAHAJA. KANAK-KANAK SILA DAPATKAN PANTAUAN DARI PENJAGA. TERIMA KASIH.
“Huh, apee??? Ko ni bodoh ke ape? Reti berfikir ke tak ni.”
“Ko ni apesal hah, pegi jelah. Dah ni masa depan [...]