Posted on February 21, 2009 by MOFAS
Terkadang walaupun kita sempurna dari segi anggota fizikal, tetapi kita masih belum benar-benar mensyukurinya.
Kita masih lagi mengeluh tentang nasib kehidupan yang kita hadapi saban hari.
Kita tidak menggunakan nikmat yang diberi tuhan secara optimum.
Video dari tiub awak (YouTube) ini saya tujukan khas buat diri ini yang terkadang lemah pabila diuji, tidak berusaha [...]
Filed under: Kecemerlangan, Video | Tagged: Inspiration, Motivations | Leave a Comment »
Posted on February 20, 2009 by MOFAS
Assalamualaikum Warahmatullah…
Alhamdulillah, syukur pada Illahi kerana masih lagi diberi kebenaran untuk hidup dan seterusnya beramal bakti soleh kepada-Nya kembali sebagai tanda seorang hamba.
Antara ILMU dan DAKWAH, yang mana satu perlu diberi keutamaan dan penekanan yang lebih? Adakah perlu memberi penekanan pada ILMU terlebih dahulu ataukah sebaliknya, atau mungkin kedua-duanya sekali.
Jika penekanan pada ILMU itu perlu [...]
Filed under: Nasihat Diri | Tagged: Dakwah, Ilmu | 2 Comments »
Posted on February 14, 2009 by MOFAS
DO YOU HAVE AN OPENING FOR THIS GUY?
NOT SURE WHAT OR HOW MUCH HE KNOWS!!!
MAYBE THIS INFORMATION OF HIS ACHIEVEMENTS BELOW
CAN HELP YOU WHAT THE SUITABLE POSITION FOR HIM…
HAHA…
ANY VACANCY FOR HIM???
Filed under: Dunia / World, Jenaka Rehat Minda | Tagged: Bush, Jobless, Vacancy | Leave a Comment »
Posted on February 11, 2009 by MOFAS
“Kamu ingin berjihad di jalan Allah?” tanya seorang imam kepada penulis suatu ketika dahulu. Seorang imam masjid yang sangat penulis kenali dan rapat. Seorang guru yang banyak menegur dan mendidik sejak penulis menamatkan ijazah pertama.
Dan sebagai seorang yang berjiwa rijal, yang menggelegak darahnya jika cuba disentuh tentang isu Islam, merahnya muka menahan marah, sesak dadanya [...]
Filed under: Nasihat Diri | Tagged: Ad-Dienul Islam, Beriman, Bermunajat, Bertaqarrub, Jihad, Subuh | 2 Comments »
Posted on February 7, 2009 by MOFAS
Assalamualaikum Warahmatullah…
Pabila kezaliman demi kezaliman berlaku di depan mata, di dengari oleh telinga, cuma satu patah ayat sahaja yang terdetik di hati lalu disebut di bibir ini, “Ala Laknatullahi ‘Alaz zolimin” – laknat Allah Taala ke atas orang yang zalim.
Kezaliman demi kezaliman berlaku kepada saudara-saudara seakidah di luar negara, yang mana mereka diperlakukan bak hamba [...]
Filed under: Catatan Penulis, Semasa / News, Video | Tagged: Kezaliman, Mujahideen, Perak | Leave a Comment »
Posted on February 5, 2009 by MOFAS
Ya Allah, Ya Illahi Rabbi,
telah Engkau turunkan kepadaku
penasihat yang berkata-kata,
yakni Quranul Karim.
Dan hari ini Ya Allah,
Engkau hantar pula penasihat yang diam,
yakni berupa putihnya rambutku.
Dekat sudah masanya
untuk aku kembali menemui-Mu.
Ya Allah,
inilah tempatnya aku akhiri duniaku,
dan inilah tempatnya kembaliku.
Filed under: Nasihat Diri, Puisi / Poem | Tagged: Al-Quran, Kematian | 1 Comment »
Posted on February 3, 2009 by MOFAS
Dari fenomena yang nampak dan dapat diperhatikan sekarang ini, dapat kita saksikan serta tidak boleh disangkal lagi kenyataan bahawa terlalu banyak khutbah-khutbah, nasihat-nasihat, pelajaran-pelajaran sama ada berbentuk formal ataupun tidak, melebihi zaman Nabi (S.A.W), para sahabat dan tabi’in serta tabi’ut tabi’in.
Namun yang menjadi persoalannya adalah, bersama-datangnya pelbagai sumber ilmu itu adalah dengan berkurangnya amal perbuatan. [...]
Filed under: Catatan Penulis, Kecemerlangan, Nasihat Diri | Tagged: Amal, Ilmu | 1 Comment »