Posted on March 28, 2009 by MOFAS
“Kenapa diam dan muram saja ni?” tanya seorang teman.
“Hati saya tidak berapa tenteram, izinkan saya mencari ketenangan,” itulah jawaban yang diberikan. Sememangnya diakui hati tidak berapa tenang, banyak perkara bermain di benak fikiran bergelumang di hati.
Banyak perkara yang difikirkan. Kerisauan, keresahan, dan sebagainya. Sudah pasti, inilah lumrah ketetapan dari Illahi ya [...]
Filed under: Catatan Penulis, Nasihat Diri, Video | Tagged: Berjuang, Ikhlas, Jihad, Kebajikan, Pengorbanan, Sumbangan | 6 Comments »
Posted on March 18, 2009 by MOFAS
Saya bukan pejuang bahasa dan bukan pejuang bangsa. Saya cuba menjadi penolong dalam menegakkan agama Illahi di muka bumi ini disamping ingin melihat bangsa dan bahasa tercinta saya terus dimartabatkan sampai bila-bila.
Itulah jawaban yang diberikan penulis apabila penulis diajukan dengan persoalan bahasa. Soalan diajukan semata-mata kerana melihatkan penulis sedang membaca buku bahasa yang bertajuk ‘Bahasa [...]
Filed under: Catatan Penulis | Tagged: Agama, Bahasa, Bangsa, Jatidiri, Peria | 6 Comments »
Posted on March 17, 2009 by MOFAS
“Tiada penambahan yang ketara, sebaliknya makin berterabur,” tegur imam.
Kesempatan penulis balik bercuti beberapa hari di kampung halaman selain menziarahi emak dan melawat pusara ayah, penulis gunakan untuk ‘recharge‘ kembali ‘bateri hati’ penulis.
“Apa yang ada dalam fikiran kamu sekarang ini?” tanya imam kembali.
“Dua bulan lebih kamu pergi, balik ke sini tanpa ada penambahan yang besar, tapi [...]
Filed under: Catatan Penulis, Nasihat Diri | Tagged: Al-Quran, Fikiran, Hafazan | 4 Comments »
Posted on March 13, 2009 by MOFAS
Ya Allah…
Kutitipkan kata-kata ini,
buat insan yang ku sayangi;
Sesungguhnya…setelah bertemu,
hatiku kian terpaut
akan kejujuran dan keikhlasannya,
kata-kata terucap indah,
sakit yang ku rasa,
tetap indah bagiku.
Ya Allah…
Berat ujian dari-Mu,
kupasrahkan semua kepada-Mu.
Tuhan,
baru ku sedar,
nikmatnya rasa cinta ini,
kini kuharapkan cintamu,
beserta iringan cinta-Mu.
Oleh: Ummu Umairah.
0045 Jumaat 13/03/09
Filed under: Puisi / Poem | Tagged: Luahan Rasa, Puisi | Leave a Comment »
Posted on March 12, 2009 by MOFAS
The most beautiful computer graphics based video I have ever seen.
Something great to share along.
Enjoy!!!.
p/s – A beautiful gift for my special one.
Filed under: English Entries, Video | Tagged: Beautiful gift, Computer graphics | Leave a Comment »
Posted on March 5, 2009 by MOFAS
“Sanggupkah awak menunggu selama tiga tahun?” tanya ‘putera penyelesaian’ memecah kebuntuan di dalam satu sesi ‘perkenalan’.
“Kenapa awak bertanya begitu?” soal ‘puteri keadilan’ kembali.
“Saya akan usahakan untuk menyelesaikan pengajian peringkat sarjana dahulu dan dalam masa yang sama untuk mempersiapkan diri menempa sejarah hari mendatang,” jelas putera.
“Saya juga ingin menyelesaikan pengajian peringkat sarjana dalam tempoh itu,” kata [...]
Filed under: Catatan Penulis | Tagged: Ibadah, Doa, Kematian, Munakahat, Tawakkal, Bertunang, Munajat, Taqarrub | 6 Comments »
Posted on March 2, 2009 by MOFAS
“Pakcik, bagaimana kriteria untuk memilih pendamping hidup kita selain yang disarankan Rasullullah S.A.W?” tanya pemuda kepada seorang imam masjid seusai menuntut kitab munakahat. Kitab Al-Muhimmah fi Ulumil-Hadith kukuh di dalam genggaman pemuda.
“Sememangnya yang diimpikan pemuda adalah beroleh isteri yang solehah dan sejuk mata memandang,” jawab imam.
Sambung imam lagi, “ciri yang terbaik biarlah seperti di dalam [...]
Filed under: Catatan Penulis | Tagged: Isteri, Jamilah, Pendamping, Solehah | 3 Comments »