Assalamualaikum…
Sudah lama rasanya penulis tidak menulis entri di dalam blog ini. Alhamdulillah di kesempatan ini penulis ingin berkongsikan satu artikel yang cukup menarik untuk dibaca dan difahami bersama.
Memandangkan Malaysia akan menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi (kempen-kempen makin giat dijalankan sekarang ini), maka alangkah muluknya jika semua pembaca dapat membacanya. Dan mungkin juga boleh dikongsikan kepada pembaca lain yang mungkin sebelum ini mereka berniat untuk tidak mahu mengundi. Ingatlah, mengundi adalah tanggungjawab kita.
……………………………………………
Posted by sirbiz_faqli at Tuesday, November 29, 2011
Dalam satu mesyuarat di pejabat beliau bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama’ Islam Antarabangsa, beliau menegaskan bahawa rakyat perlu mengundi untuk wakil-wakil mereka dalam rangka untuk membangunkan negara bagi mengatasi krisis yang melanda sekarang.
Syeikh Yusuf Al-Qaradawi berkata, penyertaan dalam pilihan raya telah menjadi satu kewajipan agama berdasarkan realiti keadaan semasa. Beliau turut memberi amaran kepada rakyat untuk turun mengundi dan meminta mereka untuk menyokong calon-calon yang terbaik.
Beliau juga menyeru pada penunjuk perasaan untuk turut hadir mengundi dan kembali membantah selepas proses pengundian tamat.
DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011
Sumber diolah: Al-Masry Al-Yaum
Sumber: http://map2care.blogspot.com/2011/11/syeikh-al-azhar-al-tayyeb-tidak.html
Ulasan Pemuda Bersamamu Buat Seluruh Rakyat Malaysia:
1. Pilihanraya telah menjadi suatu kewajipan agama berdasarkan keadaan semasa. Pemilihan ini berkait dengan dosa dan pahala kerana pilihanraya merupakan satu medan untuk kita menyerahkan amanah menguruskan negara dengan cara yang bertepatan dengan syariat.
2. Pemimpin yang dipilih mestilah mampu untuk membangunkan negara mengikut kaca mata syarak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
3. Wajib untuk setiap rakyat memilih pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. Memilih pemimpin yang memboroskan duit rakyat serta melakukan banyak kezaliman adalah satu dosa.
4. Haram untuk setiap rakyat bekerjasama dan membantu kezaliman dan si zalim termasuklah dengan cara mengundi mereka dalam pilihanraya.
5. Buktikan dengan semangat hijrah 1433 ini, keluar mengundi untuk pilihanraya akan datang. Hentikan kezaliman dan penindasan UMNO/Barisan Nasional. Berikan undi anda untuk Pakatan Rakyat bagi memastikan kesejahteraan rakyat.-
![]() |
We Care for Islam: SYEIKH AL-AZHAR AL-TAYYEB: TIDAK MENGUNDI ADALAH DOSA.
Hakcipta terpelihara WeCareIslam. Laman web rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) Sup…
|
Filed under: Catatan Penulis












nak mengundi tapi payah nak balik langkawi nun…bila nak tukar tempat mengundi katanya tak boleh pula..huhu..
Siapa yang kata tak boleh?
Caranya adalah tukar alamat dalam IC dan renew tempat mengundi. Boleh jer…InsyaAllah dipermudahkan
itulah akak tanya dekat org dftar mengundi tu..dia kata processnya payah..dia kata kalau nak tukar alamat IC tu kena angkat sumpah, turun naik pejabat pendaftaran..
tapi takpe nanti akak semak betul2 camana prosesnya..apstu terus tukar..sayanglah kalau terlepas nak mengundi..dulu bujang senanglah nak lari balik kampung..huhu