About Me

“Ramai yang gemar pada santapan RESEPI MASAKAN MELAYU TERBAIK…

Atau RESEPI MASAKAN TERBARU atau MASAKAN TERKINI…

Tetapi aku lebih gemar kepada SANTAPAN ROHANI…

Aku juga gemar kepada FIRMAN DAN HADITH, TAFSIR AL QURAN dan IRAMA PADANG PASIR atau IRAMA TIMUR TENGAH”.

Nama Pena: Mo.Fas

Hobi: Membaca, merenung, mentafsir, meneroka & mengembara.

E-mail: tajuna_hikmah@yahoo.com

YM: tajuna_hikmah

Sekilas tentang diri:

Seorang pengembara di dalam mencari erti diri dan menilai erti hidup. Membaca dengan nama Tuhan Yang Maha Agung, merenung segala kehidupan dan kejadian, mentafsir segala yang berlaku dan berlalu, meneroka pelbagai cabang ilmu, buat dijadikan pedoman sebagai nakhoda bahtera kehidupan. Disamping sebagai pencari motivasi dan synergy yang hebat di dalam proses menggapai Rahmat-Nya, selaras dengan kalam yang diturunkan:

[Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang beriman. 3:139].

MUKADDIMAH PENULIS

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah (S.W.T) yang telah memberikan taufiq dan hidayah-Nya. Tak lupa juga selawat dan salam semoga sentiasa dilimpahkan ke atas penghulu segala nabi, Nabi Muhammad (s.a.w) yang telah membawa umatnya berpindah dan meninggalkan zaman gelap – alam jahiliah kepada alam terang-benderang, penuh dengan maghfirah dan redha-Nya.

Syukur kepada Allah (S.W.T) kerana telah membuka dan memberi sedikit ruang waktu yang terbatas untuk saya membina dan seterusnya membangunkan blog ini setelah sekian lama menyepi dari dunia blog, kerana terlalu sibuk mengejar urusan dunia sebagai usaha dan juga amalan yang akan dipamerkan dan dihadapkan kemuka pengadilan – Raja Yang Maha Agung di kemudian hari.

Semoga dengan kehadiran blog baru ini (menggantikan blog terdahulu, yang telah lama ditinggalkan sehingga terlupa segalanya) dapat kita sama-sama mengambil manfaat darinya.

Ya Allah Ya Rahman, semoga apa yang terkandung didalam blog ini, yang boleh dan telah diambil manfaat oleh setiap hambaMu, yang membuahkan kebaikan dan mengundang rahmatMu, maka kumohon pahala ini mengalir secara berterusan ke sisi arwah ayahku dan juga roh ibuku semoga menjadi maghfirah dan kafarah buat mereka. Dan tidak dilupakan buat adik-beradik, ahli keluarga, guru-guru dan teman-teman. Insya-Allah. Amiin.

Mo.Fas.

7 Responses

  1. assalamu’alaikum w.b.t..
    salam perkenalan..
    ;O ).

  2. Waalaikumussalam Warahmatullah…
    salam muhibbah kembali dari penulis.

  3. Assalamualaikum…
    saudaraku, jika sudi blh berikan atau letakkan disini email address ataupn YM…salam perkenalan jg dr sy…

  4. waalaikumsalam warahmatullah…
    insyaallah sy akan letakkan dlm page ini.trima ksh ats salam perkenalan dan cadangan.

  5. Salam…
    rugilah nta xdatang prog kt bangi tu…
    kot2 boleh dapat ilham utk merancang family, society and career. ana doakan semoga dpt berjumpa bidadari yg terbaik, menginfakkan segala yang terbaik utk society dan membina career yg terbaik sekaligus menjadikan ia sbg suatu ibadah kepada-NYA…
    Good luck dlm bidang akademik. Boleh la ana rujuk hasil penulisan nta nnt. lgpun sem ni ana kna buat paper utk konferens sbb ada kaitan dgn subjek yg diambil. itu pun kalau sudi nak tolong…

  6. salam kembali…
    ummu thariq – niat mmg nk sgt pg program tu..tapi takdir Allah menentukan segalanya. syukran ats doa nti, semoga ana dipertemukan dgn bidadari yg terbaik, solehah n jamilah. ye, sama 2 moga kita berjaya dimedan akademik ini dan seterusnya mnjd ahli academia yg cemerlang.

  7. tiada apa yang ingin beta katakan, tiada madah untuk beta bicarakan…hanya mampu beta titipkan doa kudus untuk sahabat…moga allah ta’ala merahmati sahabat dalam melayari bahtera kehidupan di dunia ini…

Leave a Reply