NIKMATNYA MEMBERI PADA YANG MEMINTA.

Sekadar mengisi masa-masa yang terluang sebelum menunggu masuknya waktu untuk berbuka puasa bagi umat Muhammad yang berpuasa sama ada dalam erti berpuasa yang sebenarnya atau pun sekadar menahan lapar dan dahaga yang semestinya berserta dengan niat.

Sementara menunggu untuk berbuka, seperti hari-hari yang lepas, penulis banyak menerima pesanan ringkas – SMS dari rakan-rakan yang mengucapkan selamat berbuka dan sebagainya. Dan ada antara SMS-SMS tersebut yang pada fikiran penulis agak nakal bunyinya seperti ini, ‘haha u mkn 2 nnt ingt i…jgn gelojoh’.

Pada permulaannya saya anggapkan SMS itu satu gurauan, dan ketika sedang berbuka secara automatic saya akan teringat kepada teman saya yang mengirim SMS itu. Mungkin pemikiran bawah sedar saya telah di‘set’kan sebegitu yang menyebabkan apabila tiba masa yang sesuai ia akan menghantar signal ke pemikiran sedar saya. Wallahuaklam…

Setelah beberapa hari perkara yang sama berlaku, teringatkan teman ketika berbuka, membuatkan saya kembali berfikir, mengapa perlu saya mengingati teman ketika sedang berbuka sedangkan dia bukan orang yang meminta-minta. Sedangkan dia bukan orang yang menderita. Sedangkan dia orang yang berupaya.

Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya mengerti maksud SMS yang diberikan. ‘haha u mkn 2 nnt ingt i…’ membawa makna supaya mengingati orang lain yang lebih memerlukan. Mereka berpuasa dan berlapar seperti kita, tapi tidak mempunyai juadah berbuka sepertimana kita. Mereka berbuka sekadar hanya membatalkan puasa, tapi kita berbuka dengan penuh selera jiwa raga. Manakala ‘jgn gelojoh’ pula bermakna makanlah dengan tenang, kerana rezeki semestinya sudah di depan mata.

Rupanya temanku itu ingin mengingatkanku dengan pesanannya yang sangat mendalam, yang memerlukan pemerhatian dan pemahaman yang jelas. Teringat pula saya kepada surah Ali-Imran ayat 92 yang bermaksud, ‘Tiada akan tercapai oleh kamu kebaktian itu sehingga kamu membelanjakan apa-apa yang kamu sayangi. Dan apa jua pun yang kamu belanjakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya (untuk memberi balasan).

Akhir kata, di bulan Ramadhan yang mulia lagi diberkati ini, marilah kita sama-sama berkongsi nikmat yang diperolehi sesama saudara kita. NIKMATNYA MEMBERI PADA YANG MEMINTA.

2 Responses

  1. terima kasih sharing info/ilmunya…
    selamat Berpuasa… semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT, amin…

    mengapa kita masih didera malas beribadah, baik mahdhah maupun ghayru mahdhah…? untuk itu saya membuat tulisan tentang
    “Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?”

    silakan berkunjung ke:

    http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html

    semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin…

    salam,
    achmad faisol
    http://achmadfaisol.blogspot.com/

  2. suka dgn artikel ni..menarik n menyentuh hati..gmbr yg diletakkn pn match dgn artikel..smga trs menulis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: