PERHENTIAN DI SATU PERSIMPANGAN

Alhamdulillah, sudah hampir sebulan rupanya majlis konvokesyen telah berlalu dan begitu jugalah dengan tempoh penulis bergelar graduan sekarang ini.

Saya masih ingat lagi kata-kata guru sewaktu masih di bangku sekolah menengah dahulu. Katanya, “hidup ini ibarat satu perjalanan yang panjang, jauh lagi memenatkan. Dan disepanjang perjalanan itu terdapat pelbagai rintangan dan persimpangan. Setiap manusia pasti akan memasuki persimpangan-persimpangan di laluan hidup masing-masing.Yang membezakan adalah sama ada ia akan menamatkan penerokaan di persimpangan itu ataupun tidak. Sama ada ia akan berjaya ataupun kecundang”.

Saya bersyukur kerana telah menamatkan penerokaan di satu persimpangan yang diberi nama ‘simpang pengajian’ dengan boleh saya kira sebagai satu kejayaan. Segala realiti kehidupan di dalam persimpangan ini, tidak kira pahit manis, suka duka, tawa hiba, dan sebagainya telah pun saya teguk dan telan untuk dijadikan pedoman dan pengalaman buat mematangkan diri.

Terima kasih tidak terhingga dan juga panjatan doa yang ikhlas dari penulis buat emak ayah, adik-beradik, keluarga, guru-guru, pensyarah-pensyarah, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak di dalam kejayaan ini.

Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat perjuangan yang mana banyak mengajar saya mengenal erti setia-kawan, sebagai pengubat luka dan duka, tidak kurang juga yang membuatkan saya sedikit kecewa (kadang-kadang…huhu).

Sahabat Pengubat Duka Membawa Gembira

Sahabat Pengubat Duka Membawa Gembira

Akhir kata, doakan saya untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya dan meneroka persimpangan-persimpangan lain yang pastinya akan lebih mencabar kelak.

3 Responses

  1. salam… yelah bro MoFas… semoga keep going in your writing… dan moga2 Allah SWT merahmati perjalanan hidup anta.

    Anta ade satu simpang wajib yang tak setel lagi..ehm…

    Ape pun selamat menjalani Ibadah puasa yang berbaki 11 hari lagi ni… sama2 kita manfaatkannya…

    Regards
    http://www.lambaianhikmah.wordpress.com

  2. Terima kasih atas komen yang ‘lambaian’ berikan. Ya, masih banyak lagi simpang-simpang yang perlu penulis terokai, tidak kira yang wajib, sunat dan sebagainya..ahaks…

  3. […] dahulu penulis telah berjaya menamatkan satu penerokaan di satu persimpangan yang dipanggil ‘simpang pengajian‘, kini penulis cuba kembali meneroka di dalam persimpangan yang hampir sama tetapi more […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: