ZAKAT YANG PERTAMA

‘Berzakat membawa berkat’. Itulah slogan yang selalu penulis dengar sejak dari kecil. Bermula umur dari beberapa detik saat sehinggalah ke 22 tahun, zakat fitrah bagi diri dilunaskan oleh orang lain. Selama 21 tahun arwah ayahlah yang membayarnya dan setahun yang lepas abang pula yang mengambil alih.

Pada tahun ini, setepatnya bulan Ramadhan kali ini, penulis telah diizinkan Allah untuk membayar fitrah diri penulis sendiri. Alhamdulillah, rasa bangga dan bersyukur kerana pada tahun ini dan dalam bulan Ramadhan kali ini, saya telah berjaya menyempurnakan 4/5 dari Rukun Islam.

Selaras dengan bulan yang diturunkan sebuah kitab yang menjadi satu kitab agung di muka bumi ini, saya berjaya mengamalkan dua ayat dari dua surah yang terkandung di dalamnya. Yang mana, ianya berbunyi:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setia.” Al-Baqarah:83.

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh Rahmat.” An-Nur:56.

Didalam rasa bangga dan bersyukur, lahir juga perasaan takut, harap dan kasihan belas. Takut kerana khuatir zakat ini tidak dipandang Allah, harap moga zakat ini diberi nilaian yang sebaiknya manakala kasihan belas pula kerana mengenangkan nasib fakir-fakir miskin yang memerlukan.

Tidak kurang juga ada sedikit tercuitnya lucu. Penulis tersenyum kembali mengenang peristiwa bersama dengan amil (pengutip zakat) semalam.

“nak bayar fitrah untuk berapa orang?” tanya imam.

“sorang je pakcik.” jawabku sambil tersenyum.

“aii..sorang je? yang lain takde ke?” tanya imam lagi.

“orang bujang, bayar sorang la mam. Mak dan keluarga, abang yang bayarkan. Lagipun ni kali pertama.” Sekali lagi aku menjawab.

“habistu bila nak bayar untuk dua orang pulak nih?”

“bayar untuk dua kenapa pula?” Saya dapat menangkap maksud sebenar imam, tapi sengaja saya buat-buat bertanya, nak merapatkan ukhuwah antara bakal menantu dengan mertua la agaknya (huhu…).

“ala…lembab la kau ni. Sorang lagi tu orang rumah la. Kau tau ke orang rumah tu ape? Isteri la…”

amikk…tak pasal-pasal ‘kena’ dengan perkataan ‘lembab’. Nasib baik tak ada orang, kalau ada mesti malu.

“calon ramai tok, tapi tengah mencari yang sesuaila.. takde yang berkenan lagi nih.” Pancingku pada tok imam. Apa agaknya respon yang diberikan.

Suasana senyap seketika kerana imam leka menulis nama dan butiran di atas resit yang akan diberikan. Sekali-sekali dia memandang muka penulis, dan pada ketika itu juga saya mengukir senyuman dengan ikhlas. Setelah resit diberikan, perbualan yang terhenti seketika tadi bersambung kembali. Daripada perbualan, ia bertukar kepada bentuk perbincangan dan sesi suai kenal.

“umur kamu 23 kan sekarang. Takpelah, nanti umur kamu 26 ke 27, kamu bayarlah untuk dua orang pula. Masa tu tok bolehlah kurang sorang lagi.”

“aiikk..nape tok cakap macamtu?” tanyaku pula.

“macam tau-tau je imam ni, perancangan aku nak menikah ketika berumur 26 atau 27.” monolog saya dalam diri.

“ala..nanti umur kamu 26 tok nikahkan la kamu dengan anak perempuan tok. Dengan Amirah tu. Masa tu dah sesuai rasanya. dia pun dah habis belajar waktu tu.”

“eh betul ke ni tok?” senyumku. Bila terdengar saja nama Amirah, saya terus teringatkan seseorang.

“laa..betul la ni. Tok serius dengan kamu la. Kamu pun tok dah anggap macam anak sendiri. Yang penting persiapan diri kena ada. Sebab tu tok bagi tempoh 3 4 tahun lagi.”

Itulah perbualan antara penulis dengan amil yang merupakan imam masjid. Ketika pulang, saya tersenyum seorang mengingatkan perbualan antara kami tadi. Bila disebut saja nama Amirah, seorang ‘puteri’ terus terbayang difikiran. Seorang yang sangat memenuhi ciri-ciri yang diidamkan oleh saya. Penulis kenal akan hati budinya begitu juga salasilah keluarganya.

Siapa yang tidak sukakan dan mahukan seorang yang sopan, penuh kelembutan, berpendidikan tinggi mengenai dunia mahupun akhirat. Seorang hafizah lulusan Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan. Yang pastinya dia mempunyai sifat keibuan dan pandai memasak. Itu memang tidak boleh disangkal lagi. Tetapi yang lebih penulis kagumi bukan saja ilmu agamanya, tetapi nilai-nilai ketimuran yang masih belum luntur dalam diri. Sopan berkain batik ketika dirumah. Itulah yang setiap kali penulis lihat ketika bertandang ke rumah. Yang semestinya satu ciri atau kriteria yang menjadi satu nilai tambah yang cukup besar bagi penulis. Nur Amirah Jannah, itulah nama yang akan membuatkan penulis tersenyum setiap kali mendengar namanya.

Kini, selepas dari peristiwa semalam, penulis dapat merasakan semacam satu semangat meresap di dalam diri penulis. Semangat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman hidup, mematangkan diri dan menambahkan nilai amal dari segi kualiti dan kuantiti. Saya juga berazam, 3 atau 4 tahun akan datang, jika diizinkan, saya ingin membayar fitrah bukan lagi sebagai pemuda kampung dengan imam masjid, sebaliknya sebagai menantu dengan mertua. Bukan lagi membayar fitrah untuk seorang, tetapi akan penulis katakan pada ketika itu dengan bangga, “untuk dua orang, ayah”. Tetapi sebelum membayar zakat fitrah untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya, perlulah bermula dengan ZAKAT YANG PERTAMA.

24 Responses

  1. Salam al-mubarak,

    Article y menarik, disbalik zakat yang pertama mengandungi 1001 isi yang tersirat. ??

  2. Salam kembali. Terima kasih cAHAyA. Inilah drama hidup yang dibintangi oleh diri kita sendiri.

  3. salam

    penulisan yang penuh misteri… lain mcm bunyi… biasalah org dah kuar…. jgn tunggu lama2

  4. Assalamualaikum,

    Garapan cerita yang menarik disebalik kisah realiti. Impian
    harus digapai dengan penuh persediaan rapi. All the best.

  5. InsyaAllah, takdir yang menentukan.

  6. uishhh…xtersenyum ke kalu dgr nama Ahmad Zuhdi Bin Abd Wahab…hehehe ;p

  7. Uishhh..mesti la tersenyum…kenal sgt tu..adik bradik….

  8. faisal, faisal, ingat nak cerita apa tadi, macam2, apa2 pn, semoga berjaya bayar zakat berdua n xpayah la tunggu 3 4 tahun lagi, setahun dua dah la, zuhdi dah xsabar tu, jangan bagi zuhdi potong dah la…

  9. hmm…ade kelawar di sebalik pintu gua je artikel ni..hehe..

  10. gen85 – jodoh itu ditangan Allah, tidak cepat dan tidal lewat…mungkin untuk mengajar saya supaya bnyk bersabar.
    anak johor – bukan kelawar dipintu gua, tapi ‘puteri’ dipintu hati, itu yg setepatnya. InsyaAllah

  11. InsyaAllah, aku akan mengikut jejak naqib kesayanganku…
    mengorat anak tok imam…kih3

  12. sebelum tekel anak..tekel bapak dulu. Berani kau ye simpan angan2 macam tu. hehe

  13. khairul anuar – tak terniat penulis berbuat begitu, cuma nk merapatkan ukhwah shj. tetapi kalo dh nk dpt, satu bonus dr tuhan tu…hihi
    x-mad’u mofas – kalo nk ikut jejak bina masjid xpela, jgn ikut jejak ngorat tu dhla…xpenah pn ajar sblm ni…

  14. Assalamualaikum…tak percaya nta dh berubah mcm ni. Dulu sikit punya susah nk dtg ke usrah, program2 dan mcm2 lagi..moga terus istiqamah.doakan ana terus istiqamah….

  15. salam…satu penulisan yang menarik.berjaya membawa pembaca di dalam dunia tulisan ini.tahniah!!!

  16. waalaikumsalam warahmatullah…
    musafir03 – ni mst senior ni..huhu…apa pn syukran ats ingtan. Alhamdulillah, jika abg nmpk sy sdh ada perubahan. cuma apa yg sy ingin katakan, setiap manusia mmbawa pelbagai watak dlm kehidupan. begitu jg dgn sy. awl dhlu bkn xmahu trlibat dgn haraki, cuma pd ketika itu sy ingin mantapkan asas sy mmbawa watak sbg ank, pelajar & jg hamba. sy mmg maklum tntg ktrlibatan dlm haraki sjk dibangku sekolah lg. jd pabila smua asas sdh mantap pd fikiran sy, akhirnya sy pn terjun jg ke bdg haraki. cuma stiap watak memerlukan sdkt masa utk memantapkannya. InsyaAllah.

  17. yeye,oooo je x ajr mad’u dia cm mane nk ngorat…..
    hehehehehhe……
    nnt bleh r rmi2 dtng kenduri……

  18. bestnyer citer tu… jgn pasang niat 3-4 tahun takut makbul lak sempena lailatul qadar mlm td… niat laa kalau ada jodoh, aku akan ‘on’…. menarik cara penulisan… teruskan…

  19. Alhamdulilah..semua orang akan sampai jugak satu tahap bagi melangsaikan semua tanggungjawab pada Tuhan dan sesame manusia. Bagus ..bagus..semoga dengan zakat pertama ni..dapat membuka pintu2 rezeki yang lain..kadang2 tu tak dapat rezeki harta ..tapi dapat rezeki lain..contohnye dalam drama swasta ni la..dapat rezeki ..bakal isteri..InsyaAllah kalo memang jodoh ..memang jadilah..aku doakan ..AMIN..~think +ve~

  20. Diharap penulis dapat menulis artikel “KAD WALIMAH-ku YANG PERTAMA” pulak selepas ini.

    jangan lupa berdoa “YA ALLAH, KURNIAKAN KAMI ZAUJAH YANG MUKMINAH, SOLEHAH, JAMILAH, SAKINAH KEPADA KAMI…”

  21. kawan x-mad’u MOFAS – InsyaAllah sampai masa pakat la dtg ramai2…

    KluangMen – Jodoh pertemuan di tangan Tuhan…cpt lmbt Dia yg tentukan…sy cuma membuat persediaan…

    sna – Syukran diiucapkan ats doa itu…Amiin…

    sastera_ikhtisas – mengenai permohonan saudara itu, agak berat sy ingin tunaikan…sbb stiap yg pertama pasti ade kedua dan seterusnya…bahaya tuh…jadi sy fikir akan keluarkan artikel ‘LANGKAH Y PERTAMA’ jika diizinkan…InsyaAllah…dan syukran ats perkongsian doa itu, moga ada manfaat utk penulis dan pembaca yg lain…

  22. jemput ke blog musafir03.wordpress.com

  23. satu artikel yg menarik…begitu jg dgn doa yg diberikan oleh sastera_ikhtisas elok utk diamalkan…terima kasih…amin

  24. […] dan anak gadis tok imam, teringat pula pada peristiwa yang telah saya tulis di dalam artikel ZAKAT YANG PERTAMA (terima kasih penulis ucapkan di atas komen pembaca sekalian sama ada di pos ke blog ini mahupun […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: