MENUJU PENGHUJUNG RAMADHAN

Assalamualaikum Warahmatullah.

Alhamdulillah, dari hari ke hari kita semua umat Muhammad sedang menuju ke penghujung Ramadhan dan menghampiri awal Syawal, InsyaAllah.

Dalam sibuk kita menghidupkan saki baki bulan Ramadhan ini, pasti ramai juga mula sibuk membuat persiapan menyambut hari kemenangan di pagi Syawal. Persiapan menyambut Syawal perlu juga disediakan walaupun kecil, bagi menunjukkan rasa syukur kita terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Allah.

Dikesempatan ruangan ini, penulis ingin berkongsikan sedikit sebanyak tatacara menyambut ‘Idul Fitri yang bakal diraikan beberapa hari saja lagi.

  • Tatacara di malam hari:
  1. Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat.
  2. Solat Isyak berjemaah di masjid-masjid seperti mana kebiasaan dilakukan pada malam-malam Ramadhan.
  3. Menghidupkan malam raya dengan bertakbir dan beribadah sunat.
  • Tatacara di pagi hari:
  1. Solat Subuh berjemaah di masjid sebagaimana kebiasaan di pagi Ramadhan.
  2. Sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri.
  3. Sunat memakai bau-bauan yang harum, pakaian yang bersih dan paling elok(baru jika ada) kerana hari tersebut adalah hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.
  4. Merapikan diri seperti memotong rambut, kuku dan sebagainya.
  5. Sunat memakan kurma dengan bilangan ganjil (bersarapan) sebelum ke masjid.
  6. Menunaikan solat sunat dan mendengar khutbah.
  7. Sunat doa mendoakan dan mengucap tahniah antara satu sama lain.
  8. Elakkan mencemari hari kebesaran dengan melakukan maksiat.

Tidak lupa juga supaya kita bertolak awal ke masjid di pagi hari dengan penuh ketenangan. Mengambil dan melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari masjid, supaya dapat bertemu dan bermaafan dengan seramai mungkin saudara-saudara seakidah semua. Wallahuaklam.

p/s: Bagi yang menunaikan solat sunat Aidilfitri, jangan lupa dengar khutbah selepas solat. Asyik dok teringat ketupat rendang, sampai lupa dengar khutbah.

One Response

  1. Salam AidilFitri…
    terima kasih atas perkongsian ini…sedikit sebanyak ada juga panduan utk diikuti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: