SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Setiap permulaan ada pengakhiran dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sudah Sunnatullah. Itulah yang dapat penulis ungkapkan.

Suka atau tidak, kita pasti akan meninggalkan satu program tahunan yang disediakan khas untuk umat Muhammad yang diciptakan oleh Sang Pencipta yang Maha Agung. Adakah ini perpisahan sementara yang mana kemunculannya akan ditunggu-tunggu pada tahun-tahun mendatang atau adakah ini perpisahan yang kekal buat selamanya. Itulah satu persoalan yang kita sebagai hamba-Nya tidak mampu memberikan jawapan.

Diharapkan hari-hari yang telah kita lalui di sepanjang bulan panas – Ramadhan ini, akan memberikan satu pengertian baru dan penuh makna berbanding Ramadhan yang lepas. Tahniah penulis ucapkan kepada pembaca sekalian yang telah berjaya membuat transformasi kehidupan di dalam bulan ini. Moga ia berkekalan dan akan wujud transformasi-transformasi kehidupan dari masa ke semasa, InsyaAllah.

Sedar atau tidak, sebulan tempoh berprogram, sekurangnya secara pukul rata, lebih setengah ribu bilangan rakaat ibadah sunat telah dilakukan. Mari kita membuat sedikit pengiraan mudah. Pengiraan adalah berdasarkan solat sunat Tarawih dan sunat Witir sebanyak 20 rakaat dan 3 rakaat.

  • 20 (rakaat solat sunat Tarawih) x 30 (bilangan hari) = 600 rakaat
  • 3 (rakaat sunat Witir) x 30 (bilangan hari) = 90 rakaat
  • Jumlah keseluruhan = 690 rakaat = lebih setengah ribu rakaat

Tidak kira sama ada banyak atau sedikit, semoga amal yang dilakukan berlandaskan keikhlasan dan menjadikan kita tergolong di dalam generasi mukhsinin dan mukhlisin. (Bacaan tambahan – MENCARI KUALITI DI DALAM KUANTITI).

Penulis berdoa untuk diri, ibu, adik-beradik, ahli keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan pembaca sekalian, moga kita tergolong di dalam golongan yang beroleh janji-janji Allah, beroleh kerahmatan, pengampunan dan pelepasan dari seksaan neraka. Begitu juga, moga segala amal yang telah dilakukan diterima Allah dan beroleh ganjaran yang setimpal dan selayaknya. Moga jaga (Qiamullail) kita dari tidurnya orang yang lalai dan bertepatan dengan Lailatulqadar, taat kita berupa ketaatan orang yang khusyu’, taubat kita berupa taubat orang yang menyesal, hidup kita sebagaimana kehidupan orang yang baik-baik, mudahnya kita ke arah kebaikan dan menerima kebaikan, usaha kita sebagai usaha yang disyukuri, dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka untuk kita, ditanamkan ketaqwaan di dalam hati, diampunkan dosa-dosa, dibersihkan dan ditutupi segala aib, mengubah segala kesulitan kepada kemudahan dan diterima segala amal. Amiin ya Rabb…

Jangan Dilupa Pada Insan Memerlukan

Jangan Dilupa Pada Insan Memerlukan

Dikesempatan ini, penulis ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Halalkan mana yang terkurang dan terlebih. Maaf atas segala kesilapan dan kesalahan. Dalam sibuk meraikan hari kemenangan, jangan dilupa pada insan yang memerlukan. Pada mereka yang tagihkan kasih-sayang, belas ihsan, perhatian mahupun sokongan. SELAMAT HARI RAYA.

4 Responses

  1. Salam Aidilfitri jugak..maaf zahir dan batin

  2. Ma’assalamah Ramadhan, ahlan wa sahlan ya Syawal.
    Selamat Hari Raya.

  3. Eh bagi sms dalam hanset kata dari MoFas dan isteri… dalam ucapan takde lak untuk zaujah tersayang… lain kali kena masukkan nnt kecik hati dia…

  4. Ucapan disini hny utk pembaca budiman, kalau utk zaujah dh ucap by personally la…apapun selamat aidilfitri dan salam lebaran dr kami, MOFAS & ‘future’ zaujah tersayang. (ahakss…) baca artikel ZAKAT YANG PERTAMA di https://mofas.wordpress.com/2008/09/20/zakat-yang-pertama/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: