BULAN KEMENANGAN, BULAN KEGEMBIRAAN

Bulan Syawal sering diucapkan sebagai bulan kemenangan setelah berjaya berprogram selama sebulan di bulan Ramadhan sebelumnya. Selaras dengan namanya kemenangan, setiap kemenangan pasti diiringi dengan kegembiraan.

Alhamdulillah, penulis banyak menerima ucapan raya tidak kira melalui kad raya mahupun sekadar melalui kiriman SMS (terima kasih pada yang mengirim). Begitu juga banyak undangan dan jemputan raya yang penulis terima tidak kira dari yang dekat mahupun yang jauh. Dari yang terdekat, iaitu sekampung, kemudian sedaerah, senegeri sehinggalah membawa kepada senegara. Ahakss…

Program Syawal pada tahun ini tidak jauh bezanya dengan Syawal yang lepas. Bermula dengan solat sunat, kemudian bertandang ke rumah nenek, berziarah ke pusara ayah dan melawat saudara terdekat. Itulah aktiviti di hari pertama. Hari berikutnya berada di rumah melayan tetamu yang hadir dan melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa.

Walaupun program Syawal tahun ini tidak jauh beza dengan tahun lepas, tetapi suasananya sedikit berbeza bagi diri penulis. Jika sebelum ini menaiki kereta bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain, tapi kali ini penulis dianak-tiri’kan, terpaksa menunggang motor seorang diri untuk ke semua destinasi yang mana perjalanannya sejauh 60km lebih (huhu…). Tapi penulis mengambil sikap optimis dengan memandang kebaikan terhadap sesuatu keadaan. Sambil menunggang dengan slow and steady’ dapatlah juga saya melihat keindahan ciptaan yang Maha Agung disamping meninjau-ninjau jika ada mana-mana anak gadis tok imam yang berkenan di hati. Boleh penulis ‘mark’ rumah tersebut buat merisik, ahaksss… (dasar lelaki memang begini, hehe).

Pabila bertandang ke rumah sanak saudara ni, pasti banyak cerita dan perkara yang ingin dikongsi dan dibincangkan. Bermula dengan bertanya kabar sehinggalah kepada isu-isu semasa dikupas bersama, tidak kira dari sudut pro dan kontranya. Selaku seorang yang telah bergraduan sudah pasti buah minda penulis diberi perhatian sewajarnya oleh sanak saudara. Tidak sia-sia rasanya selama ini penulis menjadi pemerhati, pemikir dan penganalisis persendirian untuk pelbagai isu, ini kerana penulis dapat melontarkan idea serta memberi kupasan dari pelbagai sudut yang mungkin tidak terfikirkan oleh mereka. Alhamdulillah…

Tidak ketinggalan juga penulis dihujani oleh pelbagai soalan yang berkaitan dengan diri penulis. Maklumlah setelah bergraduan ini sudah pasti ramai yang ingin tahu perancangan masa depan penulis. Bagaimana perancangan kerjaya, kewangan, masa depan, ingin meneruskan pengajian atau bekerja, ingin bekerjaya atau berniaga, bekerja di sektor kerajaan atau swasta dan sebagainya. Itulah antara bentuk soalan yang telah berjaya mereka lontarkan buat diri penulis. Dan yang pasti tidak akan ketinggalan adalah sudah berpunya atau belum, calon orang mana, ciri-ciri calon bagaimana dan bila nak menikah.

Bila masuk bab atau isu ‘kekeluargaan’ ini, memang cukup minat dan beriya penulis melayannya. Lagi-lagilah bapa dan mak sepupu yang beriya-iya hendak carikan calon buat saya. Walaupun saya melayan dengan penuh minat tapi tidak bermakna saya memang bersungguh-sungguh. Sebenarnya tidak sampai 80% pun persediaan penulis untuk menempuh alam berkeluarga ini (huhu…). Emak pula senyum saja mendengar jawapan saya kerana sememangnya sejak tamat pengajian ini dia sudah mula bercerita tentang isu ‘kekeluargaan’ dengan saya. Cuma saya buat acuh tidak acuh saja tentang perkara ini.

Bila bercerita tentang ‘kekeluargaan’ dan anak gadis tok imam, teringat pula pada peristiwa yang telah saya tulis di dalam artikel ZAKAT YANG PERTAMA (terima kasih penulis ucapkan di atas komen pembaca sekalian sama ada di pos ke blog ini mahupun melalui SMS). Dan Alhamdulillah, Tuhan yang Maha Agung telah mentakdirkan sesuatu pada raya pertama terhadap diri saya.

Pada raya pertama dahulu ketika sudah selesai solat sunat Aidilfitri, seperti tahun-tahun yang lepas, penulis akan bersalaman antara satu sama lain. Sempat juga bersalaman dengan ‘amil’ seperti yang diceritakan dahulu. Ketika itu terdetik pula dalam hati untuk cium tangan dia, tapi saya tahan nanti apa pula kata ahli jamaah yang lain. Sewaktu hendak pulang dari masjid, saya merasakan ada sepasang mata sedang memandang ke arah saya. Pabila penulis menoleh barulah perasan yang sepasang mata sedang memandang itu kepunyaan ‘puteri’ yang sudah berkumpul dengan ahli keluarga untuk pulang. Sempat juga kami berbalas senyuman ahakss…

Jika sudah ditakdirkan pasti tidak dapat elak. Itulah yang berlaku. Semasa pulang, penulis sengaja mengambil laluan lain supaya dapat bertemu dengan seramai mungkin saudara seakidah untuk saling bertegur dan yang pastinya melemparkan senyuman yang ikhlas. Tanpa sedar tapi disengajakan, penulis melalui lorong rumah tok imam masjid dan ketika itu mereka baru sampai di rumah. Sempat juga saya melihat ‘puteri’ yang sudah turun dari kereta dan ditakdirkan berpeluang untuk bertembung mata dan melemparkan senyuman penuh makna (hehe…).

Walaupun dijemput untuk bertadang ke rumah, tapi terpaksa penulis tolak kerana perlu pulang awal untuk program keluarga yang lain dan menziarahi pusara ayah. Jika ingin diikutkan hati, ingin sahaja penulis singgah sebentar, mana tahu jika diizinkan dan diberi peluang untuk saling berkenalan dengan lebih lanjut sempena bulan kegembiraan ini. Apakan daya, Allah tidak mengizinkannya. Entah bila baru diizinkan Allah untuk penulis dapat lebih mengenali peribadi ‘puteri’ melalui tuan punya diri (huhu…).

Jika ketika itu Allah mengizinkan, pasti tajuk artikel kali ini bukan lagi BULAN KEMENANGAN, BULAN KEGEMBIRAAN, tetapi menjadi BULAN KEMENANGAN, BULAN KEGEMBIRAAN DAN BULAN PERKENALAN.

9 Responses

  1. salam aidilfitiri, sy suka dgn penulisan ni yg mana pembawakan agak santai tapi msg dpt disampaikan..teruskan berusaha.

  2. salam aidilfitri..

    semoga terus berjaya…dengan ape yang di sampaikan ini dapt memberikan manfaat kepada kiter sesama insan di muka bumi ini..
    ermm sempat lagi ek…huhuh..insyaallah…ade jodoh tk kemana..psti bersua dengan “puteri idaman” suatu hari nanti…huhuhuh..

  3. Semoga yang kautulis mendapatkan pahala dari Allah SWT dan berguna bagi para pembaca Aminnnnnnnnnnnnnn. Wassalam.

  4. Salam aidilfitri kembali….
    ikhwan – terima kasih krn sudi berziarah ke blog sy yg dhaif ini…moga sentiasa berziarah dan moga dpt mengambil manfaatnya jika ada.
    aizufiszian – trima ksh kak smoga ada manfaat yg dpt dkongsi bsama.
    dhedindaputranto – Syukran Kathiroh ya akhi atas doanya, amiinn…sy tlh bziarah ke blog anda.pengisian yg bgs…moga terus berziarah ya…

  5. “Sambil menunggang dengan ‘slow and steady’ “…
    betul ke? bukan En MOFAS ni salah seorang pejuang berani mati di jalan raya ke???

  6. salam..pengisian y ble dikatakn spt kill 2 birds with one stone!hahai..penulisan y bisa mbuatkn ana kagum,menggeleng2 kpla dan tsengih2..

  7. x-mad’u MOFAS – hoii!!!jgn la tulis kat sini pasal pejuang berani mati di jalan raya tuh…kantoi la kalo org tau…yela, belajar2 jd pejuang di jln ry sblm jd pejuang di medan perang..huhu…InsyaAllah…

    hulla – zmn skang ni mmg perlu realitikan kata2 anda tu…mmg perlu competence in multi-discipline within this globalization world…kalau sekadar buat 1 keje dlm 1 masa, susah nk compete dgn yg lain.

  8. nak suruh komen mengenai penulisan En MOFAS ke???
    xyah kut…nanti ada yg terprasan lebih…kih3

    like mad’u, like naqib…

  9. x-mad’u MOFAS – nop at all actually. like naqib, like mad’u. that is…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: