MISI TERCAPAI.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Agak lama juga penulis tidak menulis tentang travelogue diri. Ini kerana hampir tiga minggu penulis berada di rantauan orang. Sebentar ke selatan dan terkadang ke pusat dan kemudian mungkin ke utara tanah air. Dalam menjayakan beberapa misi yang perlu diselesaikan.

MISI 1 – Menanda Kertas.

mission 1.1

Antara kertas-kertas yang perlu ditanda.

Apa la diorang ni tulis. Tak menjawab soalan langsung. Tulis panjang berjela tapi point langsung takde. Nak buat karangan ke menjawab soalan ni. Dah la tulisan buat aku pening.

Inilah kata-kata yang saya ucapkan di dalam diri tapi sengaja tidak dilontar keluar sepenuhnya. Baru kini penulis dapat merasakan bagaimana perasaan guru-guru dan juga para pensyarah ketika menanda kertas jawapan para pelajar. Memang terlalu banyak dan berbagai ragam kerenah.

Mission 1.2

mission 1.3

 

Ada skema jawapan dan pemarkahan pun tidak digunakan sangat. Terkadang soalan yang diberikan cuma mahukan jawapan yang pendek dan padat. Tapi jawapan yang diterima berjela-jela panjang tanpa sebarang isi. Dan ada soalan yang memerlukan huraian yang panjang dan tepat, tapi jawapan yang diterima terlalu ringkas sehinggakan banyak markah yang kerugian. Akhirnya solusi yang dikeluarkan adalah kaedah penandaan perlu diubah sedikit, jika tidak majoriti pelajar akan memperoleh markah kurang dari setengah.

Pejam sebelah mata dalam menanda.

 

MISI 2 – Mendidik.

Pakcik, vertices tu ape yee???

Mission 2

Terkesima sebentar ketika penulis diajukan soalan begitu. Ianya disebabkan oleh dua faktor yang membuatkan penulis bermonolog di dalam hati.

Pakcik? Tua sangat ke aku ni? Kahwin pun belum lagi. Jangankan kahwin, bertunang pun belum tentu ada calon.”

Vertices? Alamak apa benda tu. Dah lupa istilah matematik ni. Ketika di foundation year di sebuah universiti di selatan tanah air dulu, aku familiarlah dengan istilah ni. Apa ye?”

Setelah berfikir sejenak, akhirnya penulis pun menjawab dengan yakin. “Vertices ni adalah…….” dan kemudian penulis mencapai kotak tisu di atas meja lalu menerangkan dengan lebih detail berserta contoh secara praktikal.

Menuntut ilmu tunjang kejayaan masa hadapan.

 

MISI 3 – Misi Jangka Panjang.

mission 3

Inilah antara misi penulis yang masih terus berlangsung. Satu misi yang agak sukar untuk di’accomplish‘kan. Telah berapa lama penulis membaca journal berkaitan tetapi terlalu banyak yang penulis tidak fahami. Satu bidang yang penulis kategorikan sebagai totally different walhal sebelum ini penulis pernah bekerjasama dengan sebuah universiti dan industri dalam menjalankan sebuah kajian di dalam bidang yang sama.

Misi ini masih dalam tahap perbincangan dan persediaan. Misi inilah yang akan membuatkan penulis perlu merantau ke utara tanah air tidak lama lagi untuk meneruskan perbincangan dengan lebih mendalam untuk menjana dan membuka horizon minda lebih lebar.

Persediaan proposal penyelidikan terhadap sistem tenaga diperbaharui. 

 

NOKTAH.

5 Responses

  1. rajin betul abg tlg menanda kertas peksa… banyak ke dpt upah?

  2. salam bang…cam best jerk misi ke3 tu…
    jgn jadikan misi impossible dhla

  3. Akhirul Walad – rajin tu xdela rajin sangat…biase jerk…upah???boleh kata lumayan la walaupun xkesah sgt bab upah nih.
    adik – misi 3 ni boleh kate hampir jadi mission impossible 3 kot..ahaksss…pening pale.

  4. […] suatu masa dulu penulis pernah menulis satu artikel bertajuk MISI TERCAPAI yang menceritakan beberapa misi yang telah berjaya penulis sudahkan. Namun, memang menjadi […]

  5. ”Apa la diorang ni tulis. Tak menjawab soalan langsung. Tulis panjang berjela tapi point langsung takde. Nak buat karangan ke menjawab soalan ni. Dah la tulisan buat aku pening”….

    kik3x..mofas..usah dipersoalkan apa yg dijawab…semestinya jawab apa yg kita tahu bukan jawab apa yg soalan tanya..kik3x..goreng smpai hangit…maklumlew……….ahakss

    ade x dpt jawapan best cmni???

    soalan: why the colout of solution change??
    jawapan:because of you teacher…

    aduii..ketawa je time tnda kertas student mengalahkan baca buku ujang…lawak2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: