ANTARA IMPIAN, PERANCANGAN DAN KENANGAN (BHG 1…)

Sudah hampir sebulan penulis meninggalkan kampung halaman dan merantau ke negeri lain di dalam melaksanakan beberapa misi yang perlu dilakukan.

IMPIAN

“Congratulation Mr. ______, our GM would like and invite you to be our family. You are positioned as……. and we’ll provide you training for almost six months.”

Itulah antara petikan e-surat (e-mail) yang penulis terima beberapa hari yang lepas. Teruja sungguh perasaan penulis ketika menerima khabar yang menggembirakan ini. Satu bidang pekerjaan yang memang penulis impikan sejak dari bangku sekolah lagi. Yang mana suatu ketika dahulu impian ini hampir berkecai dek kerana tidak mendapat keizinan ibu bapa. Dan dalam diam, impian itu tetap disimpan, digenggam utuh dan dibaja-suburkan hingga kini.

Cuma kini, keizinan buat kedua kali pula penulis pinta. Berat juga hati ini ingin meluahkan perasaan pada emak. Suatu ketika dahulu, abang penulis sekadar berborak dan mengatakan yang penulis ingin sambung belajar ke peringkat lebih tinggi lagi di utara tanah air pun emak sudah berubah air muka, inikan pula kerja yang pasti akan membuatkan penulis pergi lebih jauh dari itu lagi.

“Kenapalah kamu ni lain dari yang lain? Kan senang kalau sambung belajar atau bekerja di Pantai Timur sahaja,” luah emak suatu ketika dahulu.

Inilah yang membuatkan penulis agak serba-salah kini.

PERANCANGAN

Kini penulis sudah pun bergelar graduan dan sedang mengejar dunia dan isinya sekadar mampu dan untuk penulis persembahkannya di hadapan Yang Maha Esa.

Ketika di bangku perkuliahan selama empat tahun dahulu, penulis telah pun membina perancangan hidup apa yang perlu penulis kejar dan capai setelah penulis tamat pengajian nanti. Dengan perancangan inilah, penulis akan sedar apa yang perlu penulis capai dan raih sepanjang pengajian.

  • PERANCANGAN 1 – Menjadi tutor/pengajar di mana-mana universiti tempatan lalu melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi.
  • PERANCANGAN 2 – Melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi terlebih dahulu barulah menjadi pendidik di mana-mana institusi pendidikan.
  • PERANCANGAN 3 – Menjadi seorang jurutera di dalam bidang/disiplin yang mencabar.
  • PERANCANGAN 4 – Berusaha menjadi seorang usahawan.

Dengan keempat-empat perancangan ini membuatkan hidup penulis di kampus lebih terpandu dan tidak terpesong dari landasan apa yang perlu penulis kejar. Sesungguhnya penulis membina perancangan ini adalah mengikut kepentingan. Jika perancangan pertama agak sukar dicapai, maka penulis akan teruskan ke perancangan kedua, dan begitulah seterusnya.

Tapi kini, pabila keempat-empat perancangan ini penulis mempunyai competence di dalamnya, yang mana penulis boleh menjayakannya, ini yang membuatkan penulis agak pening dan keliru. Yang mana perlu penulis utamakan. Jika dahulu penulis katakan di dalam diri bahawa perancangan pertama adalah lebih utama, tapi kini pabila semua perancangan itu muncul dan memberikan suatu yang cukup lumayan buat diri penulis, apa yang perlu penulis lakukan?

KENANGAN

Kenapa nak pergi jauh-jauh? Boleh ke bawa course ni dan ada ke keje nanti? Amik jela course yang sama dengan abang kan senang.

Itulah antara kata-kata yang diluahkan oleh parents penulis ketika menyatakan hasrat hati penulis. Ketika itu kami sedang berbincang untuk mengisi borang bagi kemasukan ke bidang teknikal setelah penulis menamatkan pengajian peringkat PMR.

Penulis telah meluahkan bahawa penulis ingin memasuki sekolah berasaskan teknikal di Grik, Perak dan ingin mengambil bidang yang boleh dikatakan totally different as usual iaitu bidang Kejuruteraan Mekanikal. Jika sebelum ini, abang penulis telah mengambil bidang Kejuruteraan Elektrik dan begitu juga dengan abang sepupu penulis dan saudara-saudara lain yang lebih dahulu mengambil bidang itu. Sememang menjadi sifat penulis, mengapa perlu penulis mengambil bidang yang sama seperti orang lain. Mengapa tidak penulis meneroka suatu bidang baru buat diri penulis sendiri.

bersambung…

One Response

  1. […] Jika dahulu penulis pernah dilambai oleh Loughborough University (BACA DI SINI) untuk perancangan hidup penulis yang pertama, kini penulis dilambai lagi tapi untuk perancangan hidup penulis yang ketiga (Sila baca ANTARA IMPIAN, PERANCANGAN DAN KENANGAN). […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: