ANTARA IMPIAN, PERANCANGAN DAN KENANGAN (TAMAT)

sambungan…

Akhirnya penulis terpaksa juga bersekolah di sebuah sekolah teknikal berdekatan dengan rumah, tetapi Alhamdulillah diberi keizinan dengan bidang yang penulis pilih sendiri.

Jika penulis kenang kembali, proses pendidikan secara formal penulis kebanyakannya melalui satu laluan yang sama dengan abang dan juga kakak penulis. Bermula dari pendidikan pra-sekolah, kemudian masuk ke sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah teknikal dan juga institusi pengajian tinggi.

Satu bebanan yang perlu penulis pikul, kerana hampir di semua tempat itu, guru-guru akan mengenali diri penulis dan cuba menyamakan penulis dengan sifat abang penulis. Mana mungkin sifat penulis yang agak agresif dan berjiwa muda ini mengikuti gaya abang yang agak ‘sopan’ tu (ahakss…).

Suatu ketika dahulu, setelah percubaan untuk lari bidang dari yang biasa diambil oleh abang dan saudara-saudara yang lain, setelah penulis tamatkan pengajian di peringkat SPM, maka bermulalah kembali sesi perbincangan antara penulis dengan ibu bapa untuk menentukan institusi pengajian yang mana patut penulis ambil.

Sekali lagi hasrat penulis membuatkan parents terkejut. Kerana ketika itu penulis ada menyuarakan hasrat untuk mengambil sijil atau pun lesen di Institut Teknologi Petronas berbanding rakan-rakan lain yang mana berebut-rebut ingin memasuki matrikulasi dan juga insitusi pengajian lain yang lebih dikenali.

Hasrat penulis untuk mengambil sijil sub-sea welding ditentang habis-habisan. Maka penulis suarakan lagi hasrat untuk memasuki Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Melaka. Memang sifat penulis sukakan cabaran, tapi tetap juga dikecewakan. Akhirnya penulis serahkan keputusan kepada parents untuk menentukan.

Yang pasti penulis tahu, penulis akan menyambung pengajian di peringkat diploma terlebih dahulu kerana penulis tidak mengisi dan menghantar borang permohonan untuk kemasukan ke matrikulasi.

Tidak lama kemudian, arwah ayah ada bertanya nak masuk atau tidak ke program persediaan ke universiti yang dipanggil Program Tahun Asas di UTM. Sudah pasti pertanyaan ini suatu yang menggembirakan bagi penulis dan Alhamdulillah permohonan penulis berjaya. Penulis sangat bersyukur atas dua sebab, yang pertama adalah penulis tidak perlu mengambil diploma terlebih dahulu dan keduanya sudah pasti penulis tidak berada satu institusi dengan abang, kakak, sepupu dan saudara-saudara yang lain, yang mana penulis menggelarkan institusi itu sebagai ‘institusi keluarga’ (ahakss…).

Alhamdulillah selama setahun penulis menuntut di UTM, memang banyak yang telah penulis pelajari sama ada ilmu dari segi pendidikan formal dan juga tentang kehidupan serta kerohanian. Setelah tamat pengajian selama setahun, penulis perlu membuat keputusan sama ada ingin terus menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di UTM atau di institusi pengajian lain.

Tawaran untuk memasuki ‘institusi keluarga’ terlebih dahulu sampai. Maka penulis telah mendaftar di institusi tersebut, tetapi selang beberapa hari kemudian tiba pula tawaran dari UTM yang turut menawarkan bidang mekanikal kepada penulis. Berat juga penulis ingin membuat keputusan, sama ada UTM atau ‘institusi keluarga’ dengan menimbangkan semua faktor. Arwah ayah juga ketika itu pening untuk membuat keputusan untuk penulis kerana memikirkan kedua-dua tawaran adalah terbaik.

Inilah yang telah ditakdirkan oleh Illahi buat penulis, akhirnya dan Alhamdulillah penulis berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan liku kehidupan selama empat tahun di ‘institusi keluarga’ ini. Takdir Illahi, berkat doa emak ayah, dan usaha yang terkadang kenal juga erti jemu ini, akhirnya membuahkan hasil, iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian kelas dua tinggi.

Kenangan penulis bermula dari permulaan sekolah rendah sehingga beroleh ijazah telah pun tamat. Tapi kini penulis perlu membina kehidupan supaya boleh dikenang suatu masa hadapan nanti. Sama ada kenangan dengan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi mahupun kenangan memperoleh kerja dan di alam kerjaya nanti. Allahuaklam…

Noktah.

2 Responses

  1. salam ya akhi…
    panjang sungguh kenangan yerk..
    skang ni ape cerita…dengar kata bnyk dapat tawaran yg best2 tapi tolak…betul ke????

  2. pemuda – salam kembali….nk kata bnyk tu xdela bnyk sgt.adela skit2 jer…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: