LAMBAIAN LOUGHBOROUGH

AWAS!!!

ARTIKEL INI SEMEMANGNYA MENGANDUNGI BAHASA-BAHASA KASAR, PASAR LAGI KESAT YANG TIDAK SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT KARANGAN ATAUPUN SURAT FORMAL. HANYA BACAAN UNTUK 12 TAHUN KE ATAS SAHAJA. KANAK-KANAK SILA DAPATKAN PANTAUAN DARI PENJAGA. TERIMA KASIH.

“Huh, apee??? Ko ni bodoh ke ape? Reti berfikir ke tak ni.”

“Ko ni apesal hah, pegi jelah. Dah ni masa depan ko.”

“Ko ingat tu universiti bapak ko ke? sedap2 n senang2 je nak masuk ke x. Ko rase nk masuk ko pergi, kalo rase xnk masuk ko xpergi. Camtu ke?”

“Aku ingatkan budak 3pointer ni power la…rupenyer bodoh bangang juga wat keputusan.”

Ini adalah sebahagian kata-kata yang agak ‘menarik’ dari beberapa orang teman penulis. Entahlah apa yang ingin penulis simpulkan dari kata-kata ini. Terkadang sedih bila mengenangkannya.

Tetapi penulis kembali ingat akan kata-kata seorang guru penulis, “selemah-lemah persaudaraan itu adalah dengan khusnul-dzone (bersangka baik).” Maka penulis memikirkan mungkin kata luahan mereka ini adalah kerana kecewa atas keputusan ‘bodoh’ yang penulis buat. Mungkin mereka kecewa kerana mahu melihatkan penulis boleh terus berjaya.

Mofas (nama samaran), sebenarnya ko boleh pergi lebih jauh, knp ko tolak tawaran tuh. Ko sorang je skang ni yg membanggakan kitorg. Org letak harapn tinggi kat ko. Kawan2 kita pun mcmtu. Semua orang memandang hina kitorang hanya sebab kitorang takde kelayakan macam ko. Ko sorang je yang boleh membanggakan kitorang,” luah seorang sahabat sepermainan penulis.

Ya, mereka semua sahabat-sahabat sepermainan penulis. Teman-teman penulis sejak lebih sepuluh tahun dahulu. Sama-sama bermain lumpur, mandi lombong, ponteng sekolah, melepak, bergaduh dan semua ini dilakukan bersama sehingga penulis merasakan ukhuwah islamiyyah antara kami ini lebih kuat dari ukhuwah adik-beradik keluarga.

Ya, bukan untuk dibanggakan, tetapi hakikatnya cuma dua orang antara kami telah berjaya dalam pendidikan formal dan beroleh ijazah termasuklah penulis salah seorang darinya. Selebihnya sekadar berkerja kampung, berkerja dengan kelulusan yang rendah, mengerah keringat pagi petang.

Setelah penulis bergelar graduan, dan kini penulis kembali ke kawasan penulis dibesarkan dari kecil iaitu suatu daerah di dalam negeri Selangor. Alhamdulillah kedatangan penulis disambut dengan sangat baik oleh mereka. Iya, sebabnya penulis masih lagi salah seorang ‘geng’ mereka dan keduanya penulis datang dengan kejayaan. Banyak perkara yang penulis kongsi dengan mereka berbanding ibu penulis sendiri. Sehinggalah dengan tanpa sengaja…

Aku dh tolak tawaran tu. Aku ingat nk dok lepak je ngan korang kat sini. Aku nk cari keje area sini je, so malam2 bolehla kita jumpa, lepak-lepak macam dlu.” itulah kata-kata penulis yang mengubah segalanya.

Sehingga penulis dilemparkan dengan kata-kata kesat itu. Ya, bukan penulis minta untuk mereka memahami, sekurangnya tanyalah dahulu kenapa penulis berkeputusan sedemikian.

LAMBAIAN PERANCANGAN PERTAMA

p1000247

5 Responses

  1. salam dik…dngr kata bnyk dpt lambaian…bkn lambaian tuk perancangan ptama je, tp dgr kata lambaian tuk perancangan ketiga pn dh bnyk dpt…betul ke?

  2. Ran to a Hill – salam kembali. lambaian ketiga?hmm…ade la juga dpt tawaran.tapi entahla….

  3. salam…

    aper2 pun akak doakan yang terbaik tuk mofas..so pilih lah yang terbaik…insyaallah semoga berjaya ape yg di impikan k..jagng cepat mengalah n teruskn perjuangan..he..hee🙂

  4. […] Comments pbt sapu syafiq on Discussion Roomaizufiszian on LAMBAIAN LOUGHBOROUGHOTAK KIAN MEMBEKU. … on WHY DO YOU HAVE TO BE LIKE…khalifah on […]

  5. salam.
    aii kalo sy pn rasa cam syg plak bila kamu xpergi…tp nk wat cmne kamu dh decide mcmtu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: