BERSABAR MENERIMA DUGAAN.

Pakcik di sana menongkat dagu.

Makcik di sini menangis tersedu.

Kanak-kanak pula riang bermain sambil berlagu.

Begitu mudah untuk bersimpati dan mengungkap kata sabar, tapi berapa pula yang mengerti untuk ber-empati.

Habis segala tanam-tanaman pakcik. Semua rosak, tak boleh nak buat apa lagi dah,” keluh seorang pakcik mengenang nasib diri.

Semua dah tak boleh guna lagi, tak sempat nak buat apa-apa. Makcik sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Tak lama lagi sekolah dah nak buka, makcik mana ada duit nak beli itu semua untuk anak-anak,” luah seorang makcik sambil menangis. “Kenapa makcik perlu tanggung ini semua, kenapa nasib makcik selalu malang,” sekali lagi luahan keluar dari mulut makcik yang sama.

banjir-kelantanSetiap manusia di dunia ini tidak terkecuali dan tidak terlepas dari menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran dan tingkat keimanan, juga pendekatan yang diambil untuk menghadapi ujian ini.

Kata pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, ujian, dugaan, cabaran dan kesengsaraan ibarat nasi tidak berlauk. Susah senang itulah asam garam perencah dalam kehidupan.

Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu sabar adalah bukan perkara yang mudah untuk dilaksanakannya tidak semudah seperti biasa dituturkan.

Allah telah berfirman, “Sesungguhnya Kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga Kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga Kami nyatakan hal kamu.” (Muhammad : 31).

Bijak pandai ada menyebutkan, “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.

Prof. Dr. Hamka juga ada menyebut, “Saya lebih senang mendapat syurga sesudah pergelutan sengit di dalam hidup, bergelimangan keringat dan air mata, kadang tegak, kadang jatuh, daripada beroleh syurga yang tidak dapat senilai harganya dan indahnya, kerana saya tidak pernah menderita sakit.

Tidak semua orang memiliki sifat sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Ali-Imran: 200).

Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.

Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah, “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Al-Baqarah : 155-156).

NOKTAH.

3 Responses

  1. salam
    satu tulisan yg sgt baik serta penuh pengisian…
    moga bermanfaat

  2. salam..
    ye..satu penulisan y sgt baik bak kata saudara Hasul..
    bila Allah s.w.t. uji hambaNya, mksud nya Dia sygkan kita…
    Allah x akn membebani hambaNya dgn dugaan y xbisa hambaNya tanggung…

  3. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: