OTAK KIAN MEMBEKU.

Assalamualaikum Warahmatullah…

Agak lama juga penulis memikirkan tajuk-tajuk artikel yang sesuai untuk penulis karang di dalam blog ini. Terkadang terlalu banyak yang ingin penulis karang, sehingga ketika sedang mengarang satu-satu artikel itu, terpancul pula idea-idea untuk karangan artikel yang lain.

Tetapi kini, walaupun penulis ada beberapa tajuk yang ingin penulis karang dan kongsikan bersama, namun ia tidak berjaya dilaksanakan. Jika suatu masa dahulu penulis mengalami krisis ketepuan minda (BACA DI SINI), tapi kini penulis rasakan ketepuan itu sudah mula ‘membeku’.

Perkara ini terjadi mungkin disebabkan penulis sudah agak lama tidak memerah otak, ‘mencari’ dan ‘bermain’ dengan stress dan juga telah lama meninggalkan dunia basah bermandikan peluh (bersukan).

Akhirnya solusi yang penulis lakukan adalah cuba untuk menghangatkan kembali sel-sel otak dan menambahkan sinergi sinaps untuk neuron-neuron di dalam otak kembali aktif dan bergabung. Untuk itu, penulis perlu membaca buku-buku yang akan ‘memeningkan’ kembali kepala penulis untuk mencapai satu tahap yang dipanggil ecstasy of thinking.

Dan sudah menjadi sifat penulis, pabila membaca buku, penulis tidak terlalu rigid pada satu-satu buku dan tajuk-tajuk tertentu. Ini bermakna, penulis akan membaca beberapa jenis buku dalam satu-satu masa yang mana ia dipanggil simultaneous of reading process. Di dalam proses ‘pembacaan secara serentak’ ini memerlukan sekurang-kurangnya dua buah buku yang berlainan tajuk, yang mana ketika seseorang itu mula penat atau jemu membaca sebuah buku itu, dia akan membaca buku yang lain tanpa meninggalkan pembacaan buku yang pertama. Di akhir proses ini, dua buah buku dapat dihabiskan pembacaannya hampir serentak.

Dan ada satu perkara yang pasti penulis lakukan untuk memecahkan ketepuan minda dan kebekuan otak yang sering penulis alami ini iaitu dengan meluangkan ‘banyak’ masa di hadapan pc dengan bermain computer games,ahaksss….

Permainan mencari bom yang best.

Permainan mencari bom yang best.

p/s : Mungkin penulis alami kebekuan disebabkan salji sedang turun ditempat penulis walaupun suhu sekitar pada 35°C.

One Response

  1. […] – Perkara yang hampir sama berulang kembali. Sila baca disini. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: