TAHUN BARU

Assalamualaikum Warahmatullah…

egg

Pabila menghampiri penghujung tahun dan memasuki tahun baru, sering kali kita akan bertanya, ditanya dan bercakap-cakap tentang azam tahun baru. Penulis juga tidak ketinggalan diajukan pelbagai soalan seputar dengan azam untuk tahun baru, tidak kiralah tahun baru Hijriah atau pun tahun baru Masihi.

Penulis juga seperti manusia biasa tetap mempunyai azam, keinginan dan kemahuan yang ingin dilakukan dan seterusnya mencapai serta mengecapi kemanisan apa yang penulis inginkan sebelum ini. Bagi penulis, insan yang tidak mempunyai azam atau pun cita-cita adalah seorang insan yang gagal, selaras dengan pepatah Inggeris yang berbunyi, “if you fail to plan, you plan to fail.”

Di dalam Islam juga mengajarkan kita untuk berazam dan bercita-cita melakukan amal kerja kebaikan setiap kali kita bangun dari tidur dan sentiasa pula diajar untuk bermuhasabah kembali sebelum tidur tentang kerja-kerja yang telah kita lakukan sepanjang hari. Jika dengan muhasabah itu kita dapati pada siang hari tadi kita telah melakukan perkara kebaikan, maka perlulah kita memberi penghargaan kepada diri dengan mengucapkan hamdalah serta berazam untuk meneruskan perkara kebaikan itu keesokan harinya, dan jika dengan muhasabah itu didapati kita telah leka, lalai dan tidak berjaya melakukan perkara kebaikan, maka hendaklah kita terus beristighfar dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi keesokan hari.

Apa yang penulis inginkan pada hari-hari yang mendatang dan khususnya pada tahun baru ini adalah, terus beriltizam disamping menambah tingkat dalam perkara kebaikan, mengurangi dan seterusnya meninggalkan perkara keburukan yang sia-sia, tergolong di dalam kumpulan yang mendapat Hidayah, Barokah dan Rahmat serta terkeluar dari kumpulan ahli maksiat, diterima taubat dan diberi pengampunan.

Dan yang terbaru adalah, bersempena dengan tahun baru ini juga penulis akan kembali menjadi seorang penuntut ilmu secara formal. Dengan itu, penulis berazam untuk kembali menjejaki serta meniti jejak generasi terbaik dan terdidik seterusnya meninggalkan pula jejak dan tapak untuk generasi kemudian turuti, InsyaAllah wa biiznillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: