MEREKA SAUDARA KITA

“Kenapa nak sangat mempertahankan Palestin tu?”

“Bukankah di masa darurat ini, mempertahankan nyawa adalah lebih penting berbanding mempertahankan tanah air?”

“Kenapa perlu kita yang ada di sini hendak bersusah-payah melaungkan keamanan dan kemenangan Islam di Palestin, bukankah telah dijanjikan Illahi bahawa Palestin akan kembali ditakluki dan Yahudi akan diperangi sehabisnya.”

Itu adalah antara dialog yang sempat penulis dengar dan rakam di dalam kotak fikiran penulis. Jika difikirkan menggunakan logika akal, ada benarnya apa yang diperkatakan oleh insan ‘istimewa’ itu.

================================================================================

hamas-flag

Tapi!!! jangan kita lupakan bahawa…

–>> Mereka adalah saudara-saudara kita.

  • Firman Allah S.W.T yang ertinya,”
  1. Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara.” (Al-Hujurat:10)
  2. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka ta’at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (At-Taubah:71)
  • Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda,
  1. Seorang mukmin dengan mukmin lainnya seperti bangunan yang saling mengukuhkan dan lalu menjalin antara jer-jemarinya. (Muttafaqun ‘Alaihi)

  2. Perumpamaan kaum mukminin dalam kecintaan, kasih dan sayang mereka seperti ibarat satu tubuh. Apabila satu anggota sakit maka sakitlah seluruh tubuh lalu menjadi demam dan tidak boleh tidur. (Muttafaqun ‘Alaihi)

  3. Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya. (HR. Muslim)

–>> Palestin adalah bumi anbiya’

  • Sesungguhnya Palestin adalah tanah suci yang telah dipilih oleh Sang Pencipta di dalam peristiwa bersejarah iaitu Isra’ wa Mikraj. Sehinggakan tercatat di dalam sejarah dan juga kitab suci Al-Quran. Yang mana satu ‘bidang’ tanah yang pernah menjadi saksi dan kiblat umat Islam. Tanah penuh sejarah suci yang pernah dipijak oleh insan suci lagi mulia di dalam mendokong pensyariatan ibadah yang agung.

–>> Nilai usaha berbanding hasil

  • Lupakah kita pada sirah nabi mulia Ibrahim alaihisalam. Yang mana ketika baginda diikat dan dibakar, cuma seekor burung pipit sahaja yang berusaha memadamkan api setinggi gunung (menurut sirah) dengan membawa air menggunakan paruhnya yang kecil. Memang api itu tidak mampu dipadamkan tetapi apa yang diperkatakan oleh burung itu yang perlu diambil iktibar dan pengajaran iaitu, “Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak.

Maka ayuhlah diriku wahai penulis dan juga dirimu wahai saudara-saudara pembaca sekalian, sampai bila untuk kita hanya menjadi buih-buih dilautan tanpa membawa sebarang perubahan.

Ayuhlah wahai diriku (penulis) dan dirimu (pembaca sekalian):-

–>> Ittiba’urasul : Meneladani rasul Muhammad S.A.W

  • Marilah kita meneladani kembali ajaran-ajaran yang benar dari rasul. Ini kerana ia adalah antara inti dan paksi di dalam beragama. Kembali kepada manhaj nabi baik dari sudut akidah, ibadah, akhlak, dan pensyariatan yang lain. Moga dunia kembali disuluhi dan diterangi oleh cahaya iman dan tauhid, dari kegelapan kebodohan, kejahilan, kesyirikan serta bid’ah yang sia-sia.

–>> Bina diri sebagai tentera-tentera Islam

  • Ingatlah, Palestin tidak akan dibebaskan kecuali melalui tangan-tangan pembawa akidah Islam. Maka didiklah diri sebagai tentera Islam dengan berpegang teguh pada Kitabullah, sunnah Rasullullah dan contoh para sahabat. Tegaknya kita di atas tujuan akidah Islamiyyah, bukan tertegak bertujuankan duniawiyah mahupun jahiliyah.

–>> Menuju kemenangan yang hakiki

  • Maka demi Allah azzawajalla, sesuatu yang dilaknat Allah pasti tidak akan memberi manfaat pada yang lain. Maka marilah sama-sama mempersiapkan diri untuk menuju kemenangan yang hakiki yang akan memberikan hukuman pada mereka (kaum Yahudi Laknatullah).

Sesungguhnya kita adalah hamba-hamba Allah. Hidup di atas bumi hamparan-Nya. Bernafas dengan udara-Nya. Makan dan minum dari makanan dan minuman-Nya. Dan sudah menjadi Hak-Nya ke atas diri kita ini untuk memuliakan-Nya, mensyukuri-Nya, dan menjaga agama-Nya serta syariat-Nya.

Ya Allah, Engkau tetapkanlah hati dan pendirian saudara-saudara kami di sana. Muliakanlah mereka dan hinakanlah pula mereka (kaum yahudi).

One Response

  1. salam…tahniah buat penulis atas satu penulisan yang baik. saya suka dgn ajakan penulis yang berbunyi “Bina diri sebagai tentera-tentera ISLAM”. Ya, jika bukan kita, siapa lagi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: