KENALI SAHABATMU DAN MENILAI DIRI.

Sifat-sifat ini penulis petik dari sebuah  karangan Imam Al-Ghazali – Bimbingan Mu’minin.

12 sifat SAHABAT:-

  1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
  3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
  5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Alhamdulillah, penulis panjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana telah dikurniakan ramai kawan bercirikan SAHABAT seperti yang tercatat di atas walaupun tidak sepenuhnya.

Kini penulis pula cuba menilai diri adakah kini penulis telah mempunyai ciri-ciri SAHABAT seperti di atas dalam berkawan dan berhubungan. Seorang guru penulis pernah berkata suatu waktu dahulu, “Jika kita mengkehendaki sesuatu itu berlaku kepada diri kita, maka terlebih dahulu kita lakukan perkara itu kepada orang lain,” dalam erti kata sebenar, jika penulis mahukan kawan yang bercirikan SAHABAT, maka terlebih dahulu penulis perlu mempunyai ciri sifat tersebut.

InsyaAllah wa biiznillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: