GET BACK UP

 

Terkadang walaupun kita sempurna dari segi anggota fizikal, tetapi kita masih belum benar-benar mensyukurinya.

Kita masih lagi mengeluh tentang nasib kehidupan yang kita hadapi saban hari.

Kita tidak menggunakan nikmat yang diberi tuhan secara optimum.

 

Video dari tiub awak (YouTube) ini saya tujukan khas buat diri ini yang terkadang lemah pabila diuji, tidak berusaha bersungguh-sungguh dalam menggapai kejayaan dan memperbaiki nasib hidup lalu seterusnya memperbaiki umat.

Memang benar kata-kata seorang guru penulis dahulu, “teguran, teladan dan hikmah tidak semestinya muntah dari orang yang beriman sahaja. Terkadang memang Allah sengaja mengajar lalu mendidik kita melalui hamba-hamba-Nya yang lain”.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membangkitkan semula kekuatan dalaman kita terutamanya sebagai seorang muslim untuk terus berjuang menegakkan kalimah Allah yang agung.

ANTARA ILMU DAN DAKWAH

Assalamualaikum Warahmatullah…

Alhamdulillah, syukur pada Illahi kerana masih lagi diberi kebenaran untuk hidup dan seterusnya beramal bakti soleh kepada-Nya kembali sebagai tanda seorang hamba.

Antara ILMU dan DAKWAH, yang mana satu perlu diberi keutamaan dan penekanan yang lebih? Adakah perlu memberi penekanan pada ILMU terlebih dahulu ataukah sebaliknya, atau mungkin kedua-duanya sekali.

Jika penekanan pada ILMU itu perlu dilakukan dahulu, jadi perhatikanlah bahawa ketika ini ramai sekali yang berilmu tetapi tidak melaksanakan dakwah.

Dapat diketahui juga, ramai yang berDAKWAH tetapi tidak bersungguh di dalam menuntut ilmu.

Umum mengetahui bahawa menuntut ILMU itu satu kewajiban dan menyampaikan DAKWAH itu juga satu kewajiban. Setiap Muslim itu wajib atas dirinya untuk berilmu dan berdakwah. Jadi mari kita sama-sama mengenal beberapa definisi mudah berkaitan ILMU dan DAKWAH ini dan moga dapat merungkai beberapa persoalan berkaitannya.

ILMU

light

Sesungguhnya makanan akal itu adalah dengan ilmu. Jika diperhatikan dan diamati, sebagaimana perut yang memerlukan makanan, jika tanpa makanan ia akan rosak, lalu memberikan kesakitan dan membawa penyakit yang lain kepada anggota badan, begitu jugalah dengan akal. Akal akan menjadi rosak dan tidak berfungsi sepenuhnya tanpa santapan pengisian ilmu. Tanpa ilmu akan membawa kepada kejahilan lalu berlakulah kejahatan.

Ilmu adalah cahaya. Sebagaimana cahaya menerangi kegelapan malam, begitu jugalah dengan ilmu menerangi kegelapan kehidupan dan memandu ke arah yang benar. Ia menerangi kehidupan dunia dengan pandangan mata hati (qalbu) sepertimana mentari menerangi bumi pada pandangan zahir. Bahkan dengan ilmu, ia akan menerangi liku-liku kehidupan sehingga melepasi alam dunia dan memasuki alam ghaib (kehidupan akhirat) yang mana tidak boleh ditembusi dan terjangkau oleh cahaya mentari.

Ilmu merupakan satu nikmat yang paling besar dan agung kurniaan Illahi. Dengannya sahaja manusia boleh mengenal Pencipta yang Maha Esa. Dengannya manusia menyembah-Nya, mendekati-Nya dan mencintai-Nya. Hanya dengan ilmu dapat mengenal tuhannya yang Esa. Walaupun harta, pangkat, nama, sokongan dan keselesaan dunia merupakan satu nikmat yang sering diburu, tetapi itu semua tidak akan membawa manusia lebih dekat pada Illahi jika tanpa ilmu. Itu semua tidak memperkenalkan manusia kepada tuhannya malahan boleh menyesatkan manusia dari kehidupan akhirat.

Menuntut ilmu adalah kewajiban setiap muslim dari kecil sehingga mati. Malahan ada seorang ulama’ pernah mengatakan bahawa menuntut ilmu itu bermula dari alam rahim yang mana ibulah yang mengasuh dan mendidiknya menjadi orang yang beriman.

Mengapa perlu menuntut ilmu sehingga mati? Sesungguhnya Rasullullah itu mengajar dan menyampaikan wahyu berupa ilmu kepada umatnya bermula dari baginda menerima wahyu sehinggalah baginda wafat. Begitulah juga kita sebagai umatnya yang mahu meneladani baginda.

Ilmu itu tiada titik noktah dan penghujung. Berhenti menuntut ilmu bererti berhenti menuju Allah. Mereka yang berhenti menuntut ilmu, bermakna dia berhenti berlari dalam perlumbaan menuju Allah. Allah mewajibkan setiap Muslim untuk berlari menuju-Nya.

Ilmu itu pelindung. Dengan ilmu, ia akan menjadi pelindung dari godaan gangguan syaitan dan juga musuh. Bermula dari penciptaan Adam, syaitan berusaha menggoda manusia untuk sama-sama berada di dalam ‘jemaah’ terkutuk yang akan menerobos ke dalam neraka. Usaha ini dilakukan tanpa henti sehingga manusia itu akan mati. Malahan lebih hebat lagi ketika manusia itu menghadapi ‘sakaratul maut’. Maka dengan ilmulah manusia dapat mengenal bentuk corak tipu daya syaitan dan juga musuh. Selamat dari gangguan syaitan pada hari ini tidak bermakna akan selamat pada hari esok. Tetapi selamat ketika ‘sakaratul maut’ bererti selamatlah dia selamanya.

Dakwah

masjid tapak dakwah

Menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran (amar ma’ruf nahi mungkar) adalah definisi mudah bagi dakwah. Ia bermula dengan menyeru manusia kepada kalimah tauhid yakni beriman pada Allah dan berakhir kepada berjihad menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Dakwah adalah matlamat utama perutusan para an’biya di muka bumi ini. Manusia berhajat kepada hidayah Allah untuk hidup di muka bumi ini. Mereka pula tidak akan menerima hidayah tanpa kerja dakwah dari para nabi kerana tanpa dakwah manusia tidak akan memperoleh ilmu tentang ketuhanan. Manusia tidak bersifat seperti nabi yang mana memperoleh hidayah daripada wahyu yang diterima.

Tugas utama para nabi adalah untuk berdakwah. Rasullullah ketika menerima wahyu dan dilantik menjadi rasul, bukan sahaja membina masjid, malah melakukan kesemua kerja berkaitan harian lalu dipraktikkan dakwah di dalamnya. Baginda menjadi guru untuk mendidik masyarakat dan menjadi ketua untuk membina masyarakat. Baginda menjadi pendakwah dan pendidik dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

Sebagaimana ilmu, dakwah juga menjadi kewajiban manusia dari kecil sehingga mati.

Walaupun berilmu, manusia masih lagi kufur dan melakukan kerosakan kejahatan. Jika diberhentikan dakwah bererti membiarkan insan lain ‘memakmurkan’ bumi ini dengan kerosakan dan membiarkan manusia terus sesat. Ini merupakan satu dosa yang nyata.

Sebabnya syaitan terus menerus berusaha menarik manusia bersama-sama untuk bergabung di dalam ‘jemaah’ yang akan memasuki neraka. Lebih-lebih lagi mereka berusaha keras untuk menarik manusia yang telah memperoleh hidayah Allah. Dan manusia beriman juga tidak terlepas dari disesatkan oleh kuncu-kuncu syaitan yang berupa manusia ingkar. Sesungguhnya dakwah yang berkesan adalah menjadi ingatan kepada manusia setiap masa.

ILMU & DAKWAH : Yang mana satu lebih utama. 

Dapat kita perhatikan bahawa, kedua-duanya berhukum wajib dan sama penting.

Bezanya, menuntut ilmu itu adalah kewajiban setiap murid manakala berdakwah itu kewajiban setiap guru. Mana mungkin di dunia ini seseorang itu kekal sebagai seorang murid hingga kiamat, begitu juga kekal sebagai seorang guru. Ia pasti akan membawa dua watak (murid & guru) dalam satu masa yang sama.

Diketahui bahawa ilmu ibarat penyuluh menyinari jalan, manakala dakwah adalah mengajak manusia bergerak dan berjalan mengikuti cahaya. Kalaulah manusia mampu bergerak tanpa cahaya, maka tidak bergunalah cahaya. Dan apa gunalah cahaya yang terang benderang jika tiada usaha mengajak ke arah cahaya itu untuk dimanfaatkan bersama.

Jika kehidupan akhirat itu diibaratkan sebagai satu buah yang masak meranum dan manis rasanya yang berada di atas pohon yang kukuh, maka galah digunakan untuk mencapai buah tersebut dan usaha dilakukan untuk mengambil buah tersebut. Sesungguhnya ilmu itulah galah, dan usaha itulah dakwah.

Ilmu adalah alat, dan dakwah adalah matlamat.

Mari fikirkan bersama, antara alat dan matlamat yang mana lebih utama???

Sukar untuk dijelaskan dan ditafsirkan. Ini kerana ia saling berhubung-kait antara satu sama lain.

Maka dengan ini, setiap muslim perlulah menyedari tentang hakikat kewajiban berilmu dan hakikat kewajiban berdakwah. Dakwah tanpa ilmu adalah cacat, tempang dalam perjalanan dan pincang halatuju. Ilmu tanpa dakwah adalah sia-sia dan tanpa hasil.

Semanis mana sekalipun buah itu masak meranum, sepanjang mana galah sekalipun, apalah gunanya jika tidak digunakan. Begitu juga, bagaimana untuk mengambil buah jika galah tiada.

ANY VACANCY FOR THIS JOBLESS PERSON?

DO YOU HAVE AN OPENING FOR THIS GUY?

NOT SURE WHAT OR HOW MUCH HE KNOWS!!!

jobless

MAYBE THIS INFORMATION OF HIS ACHIEVEMENTS BELOW

CAN HELP YOU WHAT THE SUITABLE POSITION FOR HIM… 

image002HAHA…

ANY VACANCY FOR HIM???

PERBAIKI SUBUH MU

bangun malam

Kamu ingin berjihad di jalan Allah?” tanya seorang imam kepada penulis suatu ketika dahulu. Seorang imam masjid yang sangat penulis kenali dan rapat. Seorang guru yang banyak menegur dan mendidik sejak penulis menamatkan ijazah pertama.

Dan sebagai seorang yang berjiwa rijal, yang menggelegak darahnya jika cuba disentuh tentang isu Islam, merahnya muka menahan marah, sesak dadanya menahan geram apabila melihat dan mendengarkan Islam, kemanusian dan bangsanya dihina, dimaki. Dengan tegas saya menjawab, “sudah pasti saya ingin berjihad di jalan Allah, pakcik“.

Senyuman seorang insan tua terukir di bibirnya apabila mendengarkan jawapan saya yang tegas. Kemudian dibacanya sepotong ayat yang mana maksudnya:

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” Al-Israa’:36.

Apabila terdengarkan sahaja sepotong ayat itu, tersentak hati penulis, lalu satu persoalan bermain di benak fikiran, “adakah salah jawapan aku tadi?” monolog penulis dalam diri. Sehinggakan Allah sendiri melarang dengan perkataan ‘JANGAN’, ini bermakna ia adalah larangan yang besar lagi berat. Perasaan gerun mula wujud apabila memikirkan tentang larangan ini. Tetapi adakah salah untuk berjihad di jalan Allah?

Tidak salah untuk berjihad di jalan Allah“, kata imam seakan dapat membaca apa yang terbuku di hati. Memang dia insan yang sangat dikenali kerana bijak membaca sesuatu dari raut perwatakan orang lain lebih-lebih lagi diri saya ini.

Cuma…Allah melarang seseorang itu melakukan sesuatu dan berperilaku tanpa ilmu pengetahuan“, sambungnya lagi memberikan satu penjelasan yang lebih baik. Lalu imam memetik akan kata-kata yang pernah diucapkan oleh Amirul-Mukminin suatu ketika dahulu yang berbunyi:

Saidina Umar r.a. pernah berkata: “Ya Allah, jadikanlah semua amalku amal soleh, dan jadikan ia murni untuk-Mu. Jangan jadikan ia sedikit pun disekutui makhluk.”

Untuk melakukan amal soleh perlu didasari dengan amalan yang sahih,dan untuk melakukan amalan yang sahih pula perlu mempunyai ilmu“, terang imam dengan lebih mendalam.

“….”

Saya hanya mendiamkan diri mendengarkan lontaran-lontaran mutiara daripadanya. Hanya anggukan kepala untuk membenarkan kata-katanya.

Pakcik yakin kalaupun tidak banyak, yang pastinya kamu mempunyai ilmu tentang apa yang kamu perkatakan tadi. Tentang keinginan kamu untuk berjihad di atas Ad-Dienul Islam“, kata imam terus memberi pengisian buat rohaniku yang sentiasa ada ruang kosong.

Cuma yang pakcik nak pesan pada kamu, untuk menjadi seorang mujahideen bukannya mudah seperti yang diungkapkan. Kamu perlu memelihara solat Subuh kamu“.

Terpaku seketika apabila penulis dengarkan kata-kata itu. Apakah saya tidak memelihara solat Subuh? Mungkin kerutan kening di muka penulis dapat dibaca oleh imam lalu dia berkata, “bukan kamu tidak memelihara solat Subuh, tetapi kamu tidak perbaiki Subuh kamu, itu lebih tepat“.

Diantara lima waktu solat wajib, solat Subuh adalah yang paling sikit rakaatnya tetapi paling berat untuk ditunaikan. Bangun subuh, mendirikan solat dan berjemaah di masjid adalah satu perjuangan yang berat bagi sesetengah orang. Untuk bangun dari tidur sahaja sudah memerlukan perjuangan. Berapa ramai yang berjaya dalam perjuangan dan ramai pula yang kecundang.

Syarat ini adalah mudah dan paling ringan bagi pemula mujahideen. Syarat yang sebenarnya adalah, seorang yang menjaga solat malamnya, yang bangun ketika insan lain leka dibuai lena. Bangun bertaqarrub lalu bermunajat pada Allah, itulah kekuatan rohani mujahideen“, terang imam dengan lebih jauh.

Para mujahideen tidak bergantung sepenuhnya pada kekuatan fizikal tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya pada spiritual. Sesungguhnya bermunajat dan bertaqarrub pada Allah ketika semua insan lain sedang lena adalah waktu yang paling baik. Yang mana di waktu pagi hari yang sepi dari kebisingan dan di saat udaranya yang masih bersih dari kekotoran hembusan nafas para pembuat dosa, seseorang itu dapat memulakan hidupnya dengan ber’ibadat kepada Allah lebih awal sebelum udaranya dicemari oleh golongan orang berdosa.

Saya mengangguk lemah mendengarkan nasihat yang diberi. Terasa lemahnya diri ini. Berkata tegas ingin berjihad tetapi perbuatan masih lemah ke arah itu. Lalu saya melontarkan satu soalan, “pakcik, macamana untuk saya perbaiki solat Subuh saya?“.

Soalan saya dijawab dengan ukiran senyuman, “perbaiki Subuh mu dengan berjemaah di masjid, tunaikan yang sunat di rumah“.

Bagi orang yang beriman, ketika azan berkumandang, dia sudah pun berada di atas sejadah. Bukannya ketika azan baru hendak bangun lalu bersiap. Malah, dia akan rasa menyesal jika hanya tersedar ketika azan sedang berkumandang, sebab sudah menjadi kebiasaannya bangun di sepertiga malam terakhir dan tidak tidur sehingga Subuh. Mereka rela mengorbankan kenikmatan tidur dan menghadkan masa untuk berehat di malam hari.

Allah, jauhnya diri aku dengan ciri tersebut“, keluh penulis dalam diri.

Kesungguhan seorang itu akan teruji dikala dia mula membelah kesejukan fajar untuk menuju berjemaah di masjid. Sebab itulah untuk menjadi pejuang agama ataupun mujahideen bagi Ad-Dienul Islam ini, bukanlah hanya dengan berkata “aku ingin berjihad” tetapi biarlah kesungguhan dan pengorbanan yang ‘mengatakan’ begitu. 

Mereka yang tidak memperbaiki Subuh, lewat mengerjakannya, bukan sahaja tertinggal dari medan jihad, bahkan tidak diperlukan sama sekali dalam perjuangan kerana dianggap tidak bersunguh-sungguh di dalam pengorbanan.

“….”, penulis diam tidak terkata dikala mendengarkan lontaran-lontaran pengisian yang ibarat mutiara mengisi hati yang kosong ini. Dalam lembut bicara bagai seorang ayah kepada anaknya, begitu tajam menusuk kalbu untuk melunturkan kekotoran di hati. Dalam lembut alunan kata, meninggalkan bekas yang mendalam. “Perbaiki Subuh mu, anakku“.

InsyaAllah wa biiznillah, akan aku usahakan untuk memperbaiki Subuh-ku“. Ya…

Perbaiki Subuh mu wahai penulis dan pembaca sekalian.

 

KEZALIMAN DEMI KEZALIMAN

Assalamualaikum Warahmatullah…

Pabila kezaliman demi kezaliman berlaku di depan mata, di dengari oleh telinga, cuma satu patah ayat sahaja yang terdetik di hati lalu disebut di bibir ini, “Ala Laknatullahi ‘Alaz zolimin” – laknat Allah Taala ke atas orang yang zalim.

Kezaliman demi kezaliman berlaku kepada saudara-saudara seakidah di luar negara, yang mana mereka diperlakukan bak hamba malah lebih teruk ibarat binatang mainan. Nyawa saudara-saudara seakidah seakan seperti nyawa binatang-binatang sembelihan, malah lebih hina dan teruk dari itu.

Belum pun habis (entahkan bila akan habis) mahupun reda dengan kezaliman ke atas saudara di luar sana, timbul pula kezaliman yang berlaku di dalam negara tanah air sendiri.

Wahai saudara-saudaraku,

Kini bukan masanya untuk kita bersedih, lemah ataupun bermuram durja, tetapi sebaliknya kita perlu berasa bangga kerana kita telah diuji sehingga ke tahap ini.

Sesungguhnya para alim ulama’ dan umara’ telah sepakat bahawa jihad terbesar di Malaysia ini adalah melalui pilihanraya (kerana untuk menegakkan Islam di Malaysia), maka tahniah diucapkan buat mereka yang telah pergi berjihad suatu ketika dahulu demi menegakkan negara Islam. Sesungguhnya kemenangan bagi umat Islam adalah sama ada dua, memperoleh kemanisan kemenangan atau memperoleh kemanisan syahid di jalan Allah.

Kepada sahabat-sahabat mujahideen dan pejuang-pejuang di bumi Malaysia tercinta ini, dan juga kepada puak-puak taghut (moga Allah mengampuni kamu semua) di bumi Malaysia ini, ingatlah boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (2.216).

Sematkanlah di dada-dada kalian, walaupun sedang berjuang jangan sehingga kehilangan kesabaran di dalam menerima ujian Allah. Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.” (2:249)

Wahai puak-puak taghut,

Ingatlah sesungguhnya para mujahideen dan pejuang-pejuang agama Allah dimotivasikan dan diberi synergy bukan dalam bentuk harta benda dunia untuk bermewah-mewah dan melalaikan. Sesungguhnya mereka dimotivasikan sendiri oleh Tuhan pencipta mereka yang Maha Agung lagi Maha Terpuji melalui utusan-Nya yang termulia sebagaimana berikut, janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang beriman.” (3:139).

Dan ingatlah, semua yang terjadi ini bukan terjadi dengan tidak sengaja dan bukan terjadi dengan sia-sia.

Sesungguhnya kita merancang Allah juga merancang, tetapi Allah jualah sebaik-baik dan sesempurna perancang.

Pautan berkaitan:

1. Tranungkite@online

2. Malaysiakini

3. Harakah Daily

AKU AKAN MENEMUI-MU.

mmm

Ya Allah, Ya Illahi Rabbi,

telah Engkau turunkan kepadaku

penasihat yang berkata-kata,

yakni Quranul Karim.

Dan hari ini Ya Allah,

Engkau hantar pula penasihat yang diam,

yakni berupa putihnya rambutku.

Dekat sudah masanya

untuk aku kembali menemui-Mu.

Ya Allah,

inilah tempatnya aku akhiri duniaku,

dan inilah tempatnya kembaliku.


Continue reading

METHODE DI DALAM MENERIMA ILMU

anak2e

Dari fenomena yang nampak dan dapat diperhatikan sekarang ini, dapat kita saksikan serta tidak boleh disangkal lagi kenyataan bahawa terlalu banyak khutbah-khutbah, nasihat-nasihat, pelajaran-pelajaran sama ada berbentuk formal ataupun tidak, melebihi zaman Nabi (S.A.W), para sahabat dan tabi’in serta tabi’ut tabi’in.

Namun yang menjadi persoalannya adalah, bersama-datangnya pelbagai sumber ilmu itu adalah dengan berkurangnya amal perbuatan. Sering kali kita melihat dan mendengar akan perintah (ALLAH dan rasul-Nya) namun, sering juga kita tidak melihat terbitnya ketaatan. Dan sering kali kita mengetahuinya, namun sering kali juga kita tidak mengamalkan.

Inilah perbezaan di antara kita jika dibandingkan dengan para sahabat Rasullullah S.A.W yang mereka itu hidup ketika zaman yang mulia. Hakikatnya, sungguh ketika zaman mereka, nasihat-nasihat, khutbah-khutbah, dan pelajaran-pelajaran sedikit cuma. Sehingga berkata salah seorang sahabat, “di zaman para sahabat dahulu sedikit perkataan tetapi banyak perbuatan, mereka mengetahui bahawa apa yang mereka dengar dari Rasullullah S.A.W itu wajib diamalkan“.

Setiap perkataan, perbuatan dan kehidupan seharian mereka berpandukan pedoman yang sahih. Berbeza dengan kita, menjalani kehidupan dengan berpandukan pedoman akal yang cetek. Membuat tindakan tidak berlandaskan ilmu, bertingkah-laku berlandaskan nafsu dan berkata-kata dengan lagak seperti seorang berilmu.

Dengan itu, marilah kita merenung dan berfikir kembali di dalam menceduk ilmu dari lautan ilmu, apakah dengan menceduk sebanyak mungkin tanpa diamalkan itu lebih beruntung ataupun dengan menceduk sekadar kegunaan dan menggunakan ilmu itu seoptimumnya lebih baik.

Yang pastinya, ilmu yang sedikit tetapi bermanfaat itulah yang terbaik.