ANTARA ILMU DAN DAKWAH

Assalamualaikum Warahmatullah…

Alhamdulillah, syukur pada Illahi kerana masih lagi diberi kebenaran untuk hidup dan seterusnya beramal bakti soleh kepada-Nya kembali sebagai tanda seorang hamba.

Antara ILMU dan DAKWAH, yang mana satu perlu diberi keutamaan dan penekanan yang lebih? Adakah perlu memberi penekanan pada ILMU terlebih dahulu ataukah sebaliknya, atau mungkin kedua-duanya sekali.

Jika penekanan pada ILMU itu perlu dilakukan dahulu, jadi perhatikanlah bahawa ketika ini ramai sekali yang berilmu tetapi tidak melaksanakan dakwah.

Dapat diketahui juga, ramai yang berDAKWAH tetapi tidak bersungguh di dalam menuntut ilmu.

Umum mengetahui bahawa menuntut ILMU itu satu kewajiban dan menyampaikan DAKWAH itu juga satu kewajiban. Setiap Muslim itu wajib atas dirinya untuk berilmu dan berdakwah. Jadi mari kita sama-sama mengenal beberapa definisi mudah berkaitan ILMU dan DAKWAH ini dan moga dapat merungkai beberapa persoalan berkaitannya.

ILMU

light

Sesungguhnya makanan akal itu adalah dengan ilmu. Jika diperhatikan dan diamati, sebagaimana perut yang memerlukan makanan, jika tanpa makanan ia akan rosak, lalu memberikan kesakitan dan membawa penyakit yang lain kepada anggota badan, begitu jugalah dengan akal. Akal akan menjadi rosak dan tidak berfungsi sepenuhnya tanpa santapan pengisian ilmu. Tanpa ilmu akan membawa kepada kejahilan lalu berlakulah kejahatan.

Ilmu adalah cahaya. Sebagaimana cahaya menerangi kegelapan malam, begitu jugalah dengan ilmu menerangi kegelapan kehidupan dan memandu ke arah yang benar. Ia menerangi kehidupan dunia dengan pandangan mata hati (qalbu) sepertimana mentari menerangi bumi pada pandangan zahir. Bahkan dengan ilmu, ia akan menerangi liku-liku kehidupan sehingga melepasi alam dunia dan memasuki alam ghaib (kehidupan akhirat) yang mana tidak boleh ditembusi dan terjangkau oleh cahaya mentari.

Ilmu merupakan satu nikmat yang paling besar dan agung kurniaan Illahi. Dengannya sahaja manusia boleh mengenal Pencipta yang Maha Esa. Dengannya manusia menyembah-Nya, mendekati-Nya dan mencintai-Nya. Hanya dengan ilmu dapat mengenal tuhannya yang Esa. Walaupun harta, pangkat, nama, sokongan dan keselesaan dunia merupakan satu nikmat yang sering diburu, tetapi itu semua tidak akan membawa manusia lebih dekat pada Illahi jika tanpa ilmu. Itu semua tidak memperkenalkan manusia kepada tuhannya malahan boleh menyesatkan manusia dari kehidupan akhirat.

Menuntut ilmu adalah kewajiban setiap muslim dari kecil sehingga mati. Malahan ada seorang ulama’ pernah mengatakan bahawa menuntut ilmu itu bermula dari alam rahim yang mana ibulah yang mengasuh dan mendidiknya menjadi orang yang beriman.

Mengapa perlu menuntut ilmu sehingga mati? Sesungguhnya Rasullullah itu mengajar dan menyampaikan wahyu berupa ilmu kepada umatnya bermula dari baginda menerima wahyu sehinggalah baginda wafat. Begitulah juga kita sebagai umatnya yang mahu meneladani baginda.

Ilmu itu tiada titik noktah dan penghujung. Berhenti menuntut ilmu bererti berhenti menuju Allah. Mereka yang berhenti menuntut ilmu, bermakna dia berhenti berlari dalam perlumbaan menuju Allah. Allah mewajibkan setiap Muslim untuk berlari menuju-Nya.

Ilmu itu pelindung. Dengan ilmu, ia akan menjadi pelindung dari godaan gangguan syaitan dan juga musuh. Bermula dari penciptaan Adam, syaitan berusaha menggoda manusia untuk sama-sama berada di dalam ‘jemaah’ terkutuk yang akan menerobos ke dalam neraka. Usaha ini dilakukan tanpa henti sehingga manusia itu akan mati. Malahan lebih hebat lagi ketika manusia itu menghadapi ‘sakaratul maut’. Maka dengan ilmulah manusia dapat mengenal bentuk corak tipu daya syaitan dan juga musuh. Selamat dari gangguan syaitan pada hari ini tidak bermakna akan selamat pada hari esok. Tetapi selamat ketika ‘sakaratul maut’ bererti selamatlah dia selamanya.

Dakwah

masjid tapak dakwah

Menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran (amar ma’ruf nahi mungkar) adalah definisi mudah bagi dakwah. Ia bermula dengan menyeru manusia kepada kalimah tauhid yakni beriman pada Allah dan berakhir kepada berjihad menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Dakwah adalah matlamat utama perutusan para an’biya di muka bumi ini. Manusia berhajat kepada hidayah Allah untuk hidup di muka bumi ini. Mereka pula tidak akan menerima hidayah tanpa kerja dakwah dari para nabi kerana tanpa dakwah manusia tidak akan memperoleh ilmu tentang ketuhanan. Manusia tidak bersifat seperti nabi yang mana memperoleh hidayah daripada wahyu yang diterima.

Tugas utama para nabi adalah untuk berdakwah. Rasullullah ketika menerima wahyu dan dilantik menjadi rasul, bukan sahaja membina masjid, malah melakukan kesemua kerja berkaitan harian lalu dipraktikkan dakwah di dalamnya. Baginda menjadi guru untuk mendidik masyarakat dan menjadi ketua untuk membina masyarakat. Baginda menjadi pendakwah dan pendidik dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara.

Sebagaimana ilmu, dakwah juga menjadi kewajiban manusia dari kecil sehingga mati.

Walaupun berilmu, manusia masih lagi kufur dan melakukan kerosakan kejahatan. Jika diberhentikan dakwah bererti membiarkan insan lain ‘memakmurkan’ bumi ini dengan kerosakan dan membiarkan manusia terus sesat. Ini merupakan satu dosa yang nyata.

Sebabnya syaitan terus menerus berusaha menarik manusia bersama-sama untuk bergabung di dalam ‘jemaah’ yang akan memasuki neraka. Lebih-lebih lagi mereka berusaha keras untuk menarik manusia yang telah memperoleh hidayah Allah. Dan manusia beriman juga tidak terlepas dari disesatkan oleh kuncu-kuncu syaitan yang berupa manusia ingkar. Sesungguhnya dakwah yang berkesan adalah menjadi ingatan kepada manusia setiap masa.

ILMU & DAKWAH : Yang mana satu lebih utama. 

Dapat kita perhatikan bahawa, kedua-duanya berhukum wajib dan sama penting.

Bezanya, menuntut ilmu itu adalah kewajiban setiap murid manakala berdakwah itu kewajiban setiap guru. Mana mungkin di dunia ini seseorang itu kekal sebagai seorang murid hingga kiamat, begitu juga kekal sebagai seorang guru. Ia pasti akan membawa dua watak (murid & guru) dalam satu masa yang sama.

Diketahui bahawa ilmu ibarat penyuluh menyinari jalan, manakala dakwah adalah mengajak manusia bergerak dan berjalan mengikuti cahaya. Kalaulah manusia mampu bergerak tanpa cahaya, maka tidak bergunalah cahaya. Dan apa gunalah cahaya yang terang benderang jika tiada usaha mengajak ke arah cahaya itu untuk dimanfaatkan bersama.

Jika kehidupan akhirat itu diibaratkan sebagai satu buah yang masak meranum dan manis rasanya yang berada di atas pohon yang kukuh, maka galah digunakan untuk mencapai buah tersebut dan usaha dilakukan untuk mengambil buah tersebut. Sesungguhnya ilmu itulah galah, dan usaha itulah dakwah.

Ilmu adalah alat, dan dakwah adalah matlamat.

Mari fikirkan bersama, antara alat dan matlamat yang mana lebih utama???

Sukar untuk dijelaskan dan ditafsirkan. Ini kerana ia saling berhubung-kait antara satu sama lain.

Maka dengan ini, setiap muslim perlulah menyedari tentang hakikat kewajiban berilmu dan hakikat kewajiban berdakwah. Dakwah tanpa ilmu adalah cacat, tempang dalam perjalanan dan pincang halatuju. Ilmu tanpa dakwah adalah sia-sia dan tanpa hasil.

Semanis mana sekalipun buah itu masak meranum, sepanjang mana galah sekalipun, apalah gunanya jika tidak digunakan. Begitu juga, bagaimana untuk mengambil buah jika galah tiada.

3 Responses

  1. Dakwah tanpa ilmu adalah cacat, tempang dalam perjalanan dan pincang halatuju. Ilmu tanpa dakwah adalah sia-sia dan tanpa hasil.Ilmu adalah alat, dan dakwah adalah matlamat.
    Renung-renungkan dan selamat beramal…

    Ya, itulah kesimpulan utk artikel sy ini,
    selamat beramal juga utk saudara.

  2. salam mofas…toru suka cara mofas beri penerangan terhadap sesuatu topik tuh..ia x terlalu berat untuk diterima..

    ::smile::..

    leh x toru nk copy paste nih tp letak nama mofas la..utk letak dlm wbsite forum skadar utk peringatan sahabat2 lain..leh x?

    InsyaAllah…moga ada manfaat bersama…

    Ya Allah Ya Rahman, semoga apa yang terkandung didalam blog ini yang boleh dan telah diambil manfaat oleh setiap hambaMu yang membuahkan kebaikan dan mengundang rahmatMu, maka kumohon pahala ini mengalir secara berterusan ke sisi arwah ayahku dan juga roh ibuku semoga menjadi maghfirah dan kafarah buat mereka. Dan tidak dilupakan buat adik-beradik, ahli keluarga, guru-guru dan teman-teman. Insya-Allah. Amiin.

    Dipersilakan..Tiada hak cipta terpelihara.

  3. Ingin Pintar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: