KU TUNGGU TIKANYA UNTUK MEMINANGMU

Sanggupkah awak menunggu selama tiga tahun?” tanya ‘putera penyelesaian’ memecah kebuntuan di dalam satu sesi ‘perkenalan’.

Kenapa awak bertanya begitu?” soal ‘puteri keadilan’ kembali.

Saya akan usahakan untuk menyelesaikan pengajian peringkat sarjana dahulu dan dalam masa yang sama untuk mempersiapkan diri menempa sejarah hari mendatang,” jelas putera.

Saya juga ingin menyelesaikan pengajian peringkat sarjana dalam tempoh itu,” kata puteri.

Tempoh yang sama, masa yang sama, impian yang sama untuk memburu kejayaan hidup. Alhamdulillah

……………………………………………

Merindukan pendamping hidup adalah fitrah setiap insan. Pemuda, sebagai makhluk Allah yang cenderung bergiat aktif di medan juang memerlukan pendamping sebagai sayap kiri perjuangan. Manakala wanita pula, insan mulia makhluk ciptaan Illahi yang cenderung untuk dilindungi pasti berharap akan kehadiran seorang pemuda dalam hidupnya.

Dan saat menanti sama ada untuk meminang mahupun dipinang, adalah ujian berat bagi seorang gadis dan tidak terlepas juga bagi seorang pemuda. Sebagai bunga yang telah mekar atau sememangnya telah mekar sekian lama, seringkali ia akan terlena dengan tawaran manis si kumbang yang datang mempersonanya. Sayang, kebanyakan kumbang-kumbang itu sekadar ingin menggoda saja. Begitu juga, sebagai wira yang telah terbina, seringkali ia akan terlena dengan senyuman manis perawan yang datang menggoda. Tapi sayang, kebanyakan perawan itu hanya mahu menumpang kesenangan dan menghirup madu kemewahan saja.

Kerana itu setiap gadis muslimah perlulah pandai menjaga dan selalu berhati-hati, jangan sampai tertipu. Setiap jejaka muslimin juga perlulah menutup pintu hati serapat mungkin, jangan sampai terleka dan alpa. 

……………………………………………

“Kamu sudah bertunang?” tanya seorang teman setelah terlihat cincin bertatahkan batu zamrud hijau di jari manis.

Hanya senyuman yang saya lemparkan sebagai jawapan.

“Ya, saya sudah bertunang. Bertunang dengan kematian sejak saya dilahirkan,” jawap seorang insan solehah yang jamilah di ketika yang lain.

kematian

……………………………………………

“Jaga batas dengan baik dalam tempoh penantian ini,” nasihat seorang pakcik yang saya panggil ‘abi‘. 

“Abi, apakah yang sebaiknya dilakukan oleh seseorang yang dalam penantian?” tanya saya. 

“Tidak kira macam mana sekalipun, jangan dilupakan tujuan kita ini diciptakan untuk mengabdikan diri pada Allah, jadi perbanyakkan amal ibadah,” jawab abi.

“Jangan dilupakan juga konsep berdoa dan tawakkal, disamping itu persiapkan diri dan membekali diri dengan ilmu,” abi menambah.

“Membekali ilmu dengan mempelajari kitab munakahat seperti kitab yang sedang dipelajari ini ke abi?” tanya saya dengan nada gurauan.

……………………………………………

kedudukan-kepentingan

  • Memperbanyakkan amal ibadah – Seorang yang dalam penantian hendaklah semakin mendekatkan diri kepada Allah. Mendekatkan diri, bertaqarrub dan bermunajat kepada Allah dengan memperbanyakkan amal ibadah, khususnya ibadah sunat. Kerana ia merupakan perisai ampuh membentengi diri dari berbagai godaan.
  • Doa dan tawakkal – Semua tentang manusia ini telah pun ditetapkan Allah. Rezeki, maut, termasuk jodoh manusia telah diaturkan Allah dengan sebaik pengaturan, dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-Nya. Apa yang perlu dilakukan adalah berikhtiar menjaga perhubungan dan berdoa, kemudian bertawakkal kepada-Nya. Hanya kepada Allah kita berserah diri dan mohon pertolongan. Berdoalah agar pasangan merupakan seorang yang soleh/solehah, yang baik agamanya, baik akhlaknya dan elok rupa parasnya yang boleh membawa kebahagiaan bagi kita di dunia dan akhirat. Tanamkanlah keyakinan kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu mengikuti dan perkenankan apa yang disangkakan oleh hamba-Nya. Maka yakinlah doa kita akan dimakbulkan dan dengan itu janganlah kita berburuk sangka kepada Allah.
  • Mempersiapkan diri, membekali diri dengan ilmu – Persiapkan dan bekali diri dengan ilmu, khususnya ilmu agama terutamanya yang berkaitan dengan tatacara berumahtangga. Persiapkan diri dengan ketrampilan seorang yang akan berumahtangga. Pasangan pasti akan merasa gembira dan sejuk di hati melihatkan diri ini terampil dan bersedia menjadi insan soleh/solehah yang mana merupakan sebaik-baik perhiasan buat pasangan. Tidak lupa juga dalam mempersiapkan diri dari segi perwatakan dan kesihatan luaran dan dalaman supaya tampil baik, cantik serta segar. Tetapi ingat!!!, kecantikan itu tidak boleh diolah sebarangan, persembahkan hanya untuk pasangan tercinta kelak.

……………………………………………

“Dua hati yang jauh dipisahkan oleh laut membentang boleh bertemu apabila sama-sama bertaqarrub dihadapan Allah, boleh berbual apabila sama-sama bermunajat pada Allah. Maka ikatlah dua hati yang terpisah di hadapan Allah dengan sama-sama kembali kepada-Nya pada waktu yang sama,” kata abi menambah perkongsian pengalaman.

Menantimu puteri ibarat menenun songket kasih. Pedih bersengkang mata, sepuluh jari terluka, namun hasilnya menjadi penawar manis.

songket

9 Responses

  1. salam…
    wah, dh ape peningkatan dlm penulisn ni…
    satu perubahan dlm bntk penulisn…
    mmg btl2 mengaplikasikn pggunaan bhs melayu tinggi ni…bgs2

  2. salam,

    terima kasih kepada penulis yang sememangnya pandai berkata-kata..teruskn usaha , insyaallah akak doakan semoga tercpai segala impian, dan akan bhagia di dunia dn akhirat, bersama puteri yang di idamkan ….amin,

  3. salam kembali,

    pemuda – alhamdulillah, sy cuba memperbaiki kaedah penulisan sy dr masa ke semasa. ketika yg lain sibuk dgn bhasa inggeris, sy cuba mendalami dan mengaplikasikan bhs melayu tinggi.

    aizufiszian – sama-sama…harap perkongsian ini membuahkan manfaat bersama. terima kasih atas doa yg diberikan. aminn….

  4. Satu penulisan yang sangat baik saya kira.
    Jalan cerita juga kuat, percampuran antara perkara informal di dalam formal. Merupakan satu bentuk penulisan yang kreatif.
    Saya cukup suka dengan artikel ini. Pembawakan secara santai.

  5. Salam… Satu jalan cerita yang baik.
    Untuk pengetahuan semua , jalan cerita ini sama jalan cerita kisah hidup kawan sy tapi masih dalam fasa mengabiskan pelajaran peringkat sarjana muda.
    Insyaallah..Ada jodoh mereka..

  6. haha…whiteknight, jalan crite sma cam kawan ko dlm fasa degree ye…standard la tuh…tp dlm citer ni diorg nk habiskan master dlu…power tu…mcm kisah hidup sesorg je ko tulis nih mopas….

  7. kawan ke whiteknight??

    muahahahahahha

  8. Aiii…sume bernostalgia balik ke kat sini
    whoahahaha…..

  9. kekata yg mana satu kak yg dh xvalid tu???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: