SEMAKIN BERTERABUR

Al-QuranTiada penambahan yang ketara, sebaliknya makin berterabur,” tegur imam.

Kesempatan penulis balik bercuti beberapa hari di kampung halaman selain menziarahi emak dan melawat pusara ayah, penulis gunakan untuk ‘recharge‘ kembali ‘bateri hati’ penulis.

Apa yang ada dalam fikiran kamu sekarang ini?” tanya imam kembali.

Dua bulan lebih kamu pergi, balik ke sini tanpa ada penambahan yang besar, tapi semakin serabut,” tambahnya.

Ya, penulis akui, selama dua bulan lebih penulis meninggalkan kampung halaman untuk menyambung pengajian, tiada penambahan yang besar di dalam hafalan kalam-kalam Allah. Sebaliknya semakin berterabur dan berserabut.

……………………………………………

Orang di Timur Tengah sana tu, Al-Quran sudah tidak dipandang, sebab sudah menjadi perkara biasa. Yang menjadi perkiraan mereka adalah berapa banyak hadith yang telah dihafaz,” terang adik suatu ketika dahulu.

Alhamdulillah dia seorang hafiz di dalam keluarga. Yang menjadi perkiraan dia bukan lagi berapa juzu’ yang telah dihafaz, sebaliknya berapa banyak hadith yang telah diingat.

……………………………………………

Untuk menghafaz kalam-kalam Allah tidaklah sukar. Tapi sukar untuk mengekalkannya dan disimpan kukuh dalam ingatan, malahan lebih susah untuk dipraktikkan di dalam kehidupan.

……………………………………………

Kamu kena perbaiki bacaan Al-Quran kamu dahulu barulah kamu boleh bernikah,” tegur seorang ustaz di kampus pada seorang teman.

Meski pun boleh atau tidak membaca Al-Quran itu tiada di dalam syarat sah akad nikah, tetapi itulah menjadi ukuran bagi sesetengah pihak. Supaya ‘baitul muslim‘ yang ingin dibina betul-betul menjadi sebuah ‘baitul dakwah‘ yang bertunjangkan kalam-kalam Allah.

……………………………………………

Dan sudah pasti itulah yang menjadi ukuran yang ditetapkan oleh imam yang penulis panggil abi. Ditahap ini, abi mengatakan saya masih belum layak untuk bernikah. MasyaAllah jauh sungguh untuk melepasi kelayakan yang ditetapkan abi.

Walaupun dari sudut zahirnya ramai yang mengatakan tahap penulis kini sudah mencapai tahap wajib menikah, tetapi dilihat dari sudut rohaninya abi mengatakan saya masih belum cukup layak.

Untuk membina keluarga muslim dan keluarga dakwah, biarlah ianya ditunjangi sekurangnya dua juzu’ hafalan kalam-kalam Allah, yang merangkumi juzu’ amma dan surah-surah pilihan,” nasihat abi.

Yang pastinya, biarlah apa yang kamu bacakan itu kamu mengerti maksudnya. Supaya kamu tidak terleka di dalam mengalunkannya dan supaya kamu menjaga hak-haknya.

Perkara yang sama dinasihatkan adik kepada penulis. Tapi hakikatnya memang sukar untuk mengekalkan ingatan dan hafalan.

……………………………………………

Jaga hati, kawal pemikiran, dan awasi penglihatan kamu. Kerana itu semua berkait rapat. Hakikat yang bersih dan suci tidak akan boleh duduk di tempat yang kotor.

Abi faham pada peringkat dan tahap ini sukar untuk mengawal apa yang ada dalam fikiran kamu, tapi cuba jadikannya satu perkara positif yang mana menjadi pemangkin untuk kuat bertaqarrub, bermunajat dan seterusnya meningkatkan hafalan kamu,” kata abi memberi semangat sambil menjeling ke jari manis penulis.

4 Responses

  1. salam…
    haha…semakin berterabur dan bserabut yer…
    tp mmg benar, mudah utk menghafal tp sukar utk mengekalkan.bnyk bnda nk kene jg…teruskan mujahadah

  2. salam..
    apa y sy nk ucapkn..moga Allah permudahkn segala urusan bro Mofas..

    sbg lelaki,tgjwb kamu t’lalu besar..apatah lg bila melibatkan soal rumah tga kelak..

    teruskan berusaha utk hilangkan hal ‘berterabur’ ni..
    insyaAllah kamu boleh..

  3. yup..betul tu sahabatku..chaiyok..chaiyok…ku hanya mampu mendoakan setiap perjuanganMu…Moga segalanya dipermudahkan..AMIN

  4. salam kembali.
    pemuda – yup, skang ni pn dlm proses mujahadah…doakan sy terus iltizam.
    ida – thanks sis ida for ur supplication.sy terus berusaha belajar.
    oyinsna – insyaallah…aminn…thanks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: