SAYA BUKAN PEJUANG BAHASA

Saya bukan pejuang bahasa dan bukan pejuang bangsa. Saya cuba menjadi penolong dalam menegakkan agama Illahi di muka bumi ini disamping ingin melihat bangsa dan bahasa tercinta saya terus dimartabatkan sampai bila-bila.

Itulah jawaban yang diberikan penulis apabila penulis diajukan dengan persoalan bahasa. Soalan diajukan semata-mata kerana melihatkan penulis sedang membaca buku bahasa yang bertajuk ‘Bahasa Melayu di Samudera‘.

Walaupun penulis bukan pejuang bahasa, ini bukan bermakna penulis tidak perlu mendalami bahasa yang penulis tuturkan seharian. Penulis tertarik dengan ayat yang tertulis di dalam buku itu dan suka untuk penulis kongsikan di sini yang mana ia tertulis Benih yang Baik Menjadi Pulau.

……………………………………………

perhimpunan

Kamu sertai perhimpunan membantah isu bahasa?” tanya seorang teman.

Kenapa kamu bertanyakan begitu?” tanya penulis kembali. Soalan yang ditanya sebentar tadi tidak terus penulis jawab, sebaliknya sebuah soalan pula penulis lontarkan.

Akhirnya soalan itu tidak dijawab. Ya, terkadang sesuatu soalan itu tidak semestinya perlu dijawab dan terkadang suatu soalan itu perlu dijawab dengan soalan kembali. Itu lebih baik.

……………………………………………

Sepahit buah peria.

Adapun buah peria itu, kalau ditanam di atas batas sakar, dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan, atau diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga.

Di dalam proses penulis mendalami bahasa (dengan mempelajari Bahasa Melayu Tinggi), baru penulis sedar betapa tingginya nilai bahasa (yang mungkin kecil bagi sesetengah pihak) yang penulis tuturkan sehari-hari.

Satu perumpamaan yang panjang serta dianalogikan dengan alam. Sememangnya umum mengetahui bahawa buah peria itu sememangnya pahit (yang manisnya cuma ‘pria’, bukan peria. hehehe…).

Perumpamaan ini ditafsirkan sebagai satu sifat buruk yang dilakukan oleh manusia yang disama-ertikan dengan sifat pahit buah peria itu. Tapi, bukankah bunyinya terlalu prejudis? Hmm…

Bagi hemat dan pemikiran penulis, perumpamaan ini lebih baik diertikan sebagai sebuah jati diri, sama ada jati diri dalam berpegangan agama mahupun bahasa dan bangsa.

Sememangnya agak molek perumpamaan ini digunakan dan dihadam dengan baik, yang mana jika dilihat dalam skop berpegangan agama, walau macam mana sekalipun usaha dilakukan sesetengah pihak untuk menggugah agamanya, dia tetap berpegang kuat pada tali Illahi tanpa membeli dunia dengan mengorbankan akhirat. Itu yang terbaik.

Manakala jika dilihat dari skop bangsa dan bahasa pula, bagaimana hebat sekalipun acuan yang digunakan untuk mengadun bangsa dan bahasa kita, sebagaimana yang dilakukan oleh pihak-pihak penjajah sebelum ini yang mana menggunakan teknik menjajah minda dan budaya, kita sebagai rumpun Melayu tetap hidup dengan acuan kita. Budaya dikekalkan, bahasa dimartabatkan dan bangsa ditetap-teguhkan.

Sekalipun dewasa ini, zaman bertunjangkan keglobalan dan kosmopolitan, tapi tidak bermakna kita perlu menggadaikan pegangan agama, jati-diri bangsa dan bahasa.

Itulah kekuasaan Allah yang mana Dia telah berfirman bahawa tidak diciptakan semua ini dengan sia-sia. Hanya maka orang-orang yang mahu berfikir lalu beriman dengan-Nya sahaja merupakan orang yang beruntung.

……………………………………………

0303

Bahasa penulisan kamu agak baik Man,” kata seorang pembaca setia.

Saya pelajar yang baru bertatih dalam dunia penulisan,” kata Man ringkas.

Bagaimana kamu boleh menulis dengan agak baik begini?” tanya pembaca itu kembali.

Saya menulis dengan hati, menggunakan akal dan InsyaAllah bertunjangkan rujukan Al-Kitab dan As-Sunnah,” jawab Man.

Apa pun moga terus berjaya,” katanya kembali.

Doakan saya moga terus beriltizam dalam dunia penulisan ini,” sambut Man menamatkan perbualan.

6 Responses

  1. bahasa itu inidah jika btul digunakan..
    tp bahasa itu boleh memakan diri sendiri jika salah digunakan.

  2. Dan bahasa yg terindah itu sudah pasti adalah bahasa Al-Quran

  3. salam mofas
    satu penulisan yg makin hari makan ada penambahbaikan…ya sungguh menarik.

  4. salam ziarah,
    ya sy setuju dgn kata-kata pemuda, overall penulisan anda amat menarik.teruskan perjuangan n iltizam.
    anda tdk terlalu terikat2 dgn sesuatu perkara.anda lbh bersifat terbuka. bagus.

  5. boleh sy bertnya, berapa banyak buku yg saudara baca dan konsep bagaimana yg saudara baca.

  6. salam kembali semua,
    pemuda – hehe…abang, penulisan sy ni makin hari makin ade penambahbaikan ke atau ‘makan’ ade penambahbaikan..uihh…confuse sy nih…kalo makan tu xdela, sy hari-hari makan mcam biasa la

    nurul – insyaallah…terima kasih atas komen anda.

    mira – boleh bertanya tiada masalah kalau utk perkongsian. sebenarnya sy ini tidaklah bnyk sgt membca buku, tapi sy suka menanamkan sikap minat membaca dlm diri. jadi setiap masa sy akan membaca sekalipun label pada makanan. konsep pembacaan sy juga pelbagai, tidak kira novel, majalah, komik dan sebagainya. merangkumi juga segala jenis bidang ilmu sama ada bidang agama, sastera, kejuruteraan, sains.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: