MENCARI KEKUATAN DIRI

“Kenapa diam dan muram saja ni?” tanya seorang teman.

“Hati saya tidak berapa tenteram, izinkan saya mencari ketenangan,” itulah jawaban yang diberikan. Sememangnya diakui hati tidak berapa tenang, banyak perkara bermain di benak fikiran bergelumang di hati.

Banyak perkara yang difikirkan. Kerisauan, keresahan, dan sebagainya. Sudah pasti, inilah lumrah ketetapan dari Illahi ya Rabbi. Dalam perjalanan menuju kebahagiaan akhirat, sudah pasti banyaknya cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Itulah yang Allah S.W.T perkatakan dalam kitab-Nya, “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” Al-Baqarah:155.

……………………………………………

Ya Allah Tuhanku,

yang merubahkanku,

tetapkanlah..

hati ku…

moga sentiasa..

dalam agama Mu,

jua..

taat akan perintahmu…

……………………………………………

Tuhan..

usah bebankan kami,

dengan bebanan yang berat…

seperti yang pernah Kau berikan,

kepada umat terdahulu dari kami…

Tuhan..

jangan pikulkan kami,

yang tidak kami terdaya..

maafkan salah kesilapan,

ampunkanlah dosa-dosa..

Rahmatilah kami…

……………………………………………

Bukalah pintu jihad bermula dari dalam diri,” itulah kata-kata abi suatu ketika dahulu. Ketika penulis dalam perjalanan pulang dari destinasi yang sama dengan tujuan yang sama.

Cari dan binalah kekuatan diri di penghujung malam sesudah kamu mampu memperbaiki Subuhmu.

Dan berjuanglah untuk ikhlas. Kerana sesungguhnya orang yang belum pernah berjuang untuk ikhlas, maka dia belum pernah ikhlas.

Ingatlah untuk sentiasa memberi sumbangan dan pengorbanan, kerana orang yang memberi sumbangan belum tentu mampu berkorban, tetapi orang yang membuat pengorbanan sudah pasti telah memberi sumbangan.

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” Ali-Imran:92.

“…” banyak sungguh kata-kata nasihat yang penulis terima. Apabila satu proses mudah yang di ajar Islam cuba penulis praktikkan yakni proses muhasabah diri, sungguh tepat sekali apa yang abi nasihatkan.

Diri ini masih banyak lagi yang perlu dikenali dan diperbaiki satu persatu. Boleh di tanya, di mana taqarrubnya dan di mana munajatnya. Terasa juga diri ini semakin ‘lemah’. Baru sahaja diuji dengan kerisauan dan keresahan, hati sudah tidak keruan dan tenteram. Terganggu segala ibadah. Sehingga penulis diingatkan kembali tentang kalam-kalam Allah yang berbunyi:

“Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (solat), dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).” Al-Hijr:98-99.

……………………………………………

Bukannya mudah menyusur denai,

onak duri bertaburan melata di jalanan,

pasti terhiris juga kaki nan melangkah,

dalam menyusur langkah perjuangan.

16 Responses

  1. semua org akan merasa tidak tenteram, tak kuat..tapi kita harus tabah menghadapi semua cabaran yg diberikan.
    mengikut satu nasihat yang sy dengar minggu lepas, kebiasaannya org yg banyak bersabar akan menempuh banyak dugaan.terpulang pada kita untuk mengendalikannya.

  2. mmg benar, semakin kita sabar bila diuji, semakin kuat ujian yang diterima kerana kedudukan kita di sisi Allah itu adalah dekat. sebagaimana kekasih-kekasih Allah yg lain. cuma adakah kita sudah cukup dekat pada-Nya?

  3. Salam.. Setiap manusia akan melalui saat-saat dimana kita tidak tenteram apabila diberi dugaan. Allah memberi dugaan setimpal dengan kemampuan kita. Jadi, trust yourself. You can do it.. Jika kita hilang petunjuk,mohon pada Maha Petunjuk dan Maha Penyayang..Chaiyok2!!!

  4. terima kasih kepada wawa, angin dan jg whiteknight.

    wawa – mmg benar apa yg wawa perkatakan, InsyaAllah moga sy tergolong dlm gol org yg bersabar. teringat sy akn kalam Allah “sesungguhnya Allah bersama org2 yg bersabar”.

    angin – pd peribadi sy merasakan masih jauh dgn sang Maha Pencipta. tetapi Allah itu dekat dgn kita. maka sy perlu berlari utk mendekatiNya.

    whiteknight – ya, setiap dugaan itu selaras ats kemampuan hamba-Nya.smemangnya Allah itu Maha Mengetahui.mgkn jg sbg kafarah dosa2 sy. InsyaAllah sy akn optimis dlm menghadapinya.

    Terima kasih semua.

  5. betul tuh whiteknight….dugaan yg tuhan bagi tuh setimpal ngn kemampuan kita..

    ade org yg x pernah lalui pun cerita hidup sbgaimana org lain dilalui…huhu..hidup kita berbeza…tp menuju destinasi yang sama..destinasi abadi kan mofas..

    kalau shbt bertanya apa nk buat kalau x tenang…huhu

    amik air smayang..smayang nanges puas2 cerita segalanya..insyaallah…tenang..kerana tuhan pasti mendengar segala yang kita ucap..hanya tuhan yg leh kita percy dan yakin yg DIA xkan menipu kita…hanya TUHAN tmpat kita leh bergntung harap tnpa die hampakan kita kan…

    ::smile::

    i love the way u write mofas…i love the way u deliver ur knowledge to share with others…

  6. saye betul2 lemah..
    Ya Allah kuatkan hati kami yang ingin dekat denganMu..

  7. Ya Allah, kuatkanlah hatiku…
    dlm menempuh mcm2 dugaan cabaran..
    hanya pada Allah saja aku mengadu..

    “apabila seseorang itu banyak mengadu pada manusia,maka sedikitlah pengaduannya kepada Allah,lantaran telah dilepaskan kekecewaanya dan pengaduannya kepada manusia,maka dimanakah Allah di dalam hatinya?semakin banyak pengaduan,masalah dan kekecewaan yang ingin dikongsi dengan Allah,maka semakin banyak pula masa yang diperuntukkannya bersama Allah,Inilah antara punca orang-orang yang beriman bangun di tengah malam,kerana pengaduan yang hakiki selayaknya hanya untuk Allah Taala..”

    Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata, (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

  8. wahh bang mofas, artikel yg bagus nih…ramai yg baca bg komen…

    puteri norhana – mmg bagus respond sdari.
    cuma ade seorg abg pernah nasihatkn pd saya, mmg kita perlu mengadu pd Sang Pencipta yakni Allah, tp dlm masa yg sama, mengadulah pd org yg rapat dgn kita. sekurangnya kita dpt melegakan perasaan. sesungguhnya insan yg rapat dgn kita pn datangnya dari Allah.

  9. Alhamdulillah…moga dgn tulisan ini dapat memberi manfaat pd yg membaca dan juga pd diri ini.

  10. betul tu en hafiz…=) terima kasih..
    sy pun kdg2 ngadu kat kawan2 yg rapat…
    sbb kite pon manusia biase,…kdg2 mmg susah kalau terlalu pendam….lebih2 kalau pendam sorang2..
    tpi kalau bole,…sy lagi nk rapat dgn Pencipta kite…
    ngadu pade Die dulu…then, bru share masalah ngan org len…=)

  11. Salam..kepada s’dara n s’dari sekalian..sebenarnya sy masih mencari kekuatan dlm diri sy utk sy berikan smgt sy kpd org yang inginkan smgt dri sy, ttp sy tak t’daya skang rasenye..sy cube utk kuatkan diri sy sndri..sy cube dktkan diri pada yg Maha Esa..sesunggunya apa yg b’laku pd sy skang,benar2 menuntut kesbran yg tinggi..sy sntiasa b’doa sy dpt lalui kesulitan nie dgn sebaik mungkin..kepada s’dara n s’dari sekalian, sekiranya anda semua boleh beri pndapat..sila beri ye..sesungguhnya sy memerlukan insan utk b’kongsi pndpt..tq

    • teringat petikan dr saifulislam.com…

      “jika manusia ni tak mampu mengubati hatimu Bentangkan sejadahmu, DIA teman Sejatimu”

  12. salam kembali yusika
    boleh saya tahu apa masalah yusika?

  13. […] KEKUATAN DIRI Posted: July 29, 2010 by pangsapuriserimewahblokc in Uncategorized 0 MENCARI KEKUATAN DIRI “Kenapa diam dan muram saja ni?” tanya seorang […]

  14. Saya insan yg lemah byk kali saya terjatuh…..xtahu bila masanya saya akan kukuh tegak berdiri????

  15. banyaknya jatuh itu bukan menjadi ukuran
    tapi ape yg dinilai di sisi Allah adalah berapa kali kita usaha untuk cuba bangkit dari setiap kegagalan….

    Bangkitlah dan teruskan usaha
    InsyaAllah, Allah bersama orang yang sabar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: