BILA DIRI MULAI LEMAH

Mengapa saya susah untuk khusyu’ dalam ibadah?” tanya seorang pemuda.

Sejak akhir-akhir ini, nilai ibadahnya terasa kosong. Walaupun dari sudut zahirnya kelihatan seperti tiada yang kurang, tetapi hakikatnya dia dapat merasakan kekurangan dari sudut rohaninya.

Terasa malas benar untuk beribadah seperti dahulu. Bolehkah saya berehat sebentar untuk mencari synergy seperti dahulu?” keluh pemuda itu kembali.

Kita dibenarkan untuk berehat dalam beribadah, malah berehat itu adalah perlu bagi memperolehi momentum baru. Tetapi untuk bermalasan itu tidak boleh berkompromi. Berehatlah, moga hari esok masih ada untuk kamu. Jangan perasaan kamu esok dirugikan dengan keadaan kamu pada hari ini,” jawab seorang pakcik melalui talian yang disambungkan.

……………………………………………

Sesungguhnya iman itu bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan maksiat. Jadi permasalahan letih dan malas sering kali wujud yang mana selama kita menjadi manusia, maka kita pasti akan mengalami dan merasai satu keadaan yang namanya pasang dan surutnya iman. Perkara ini sememangnya pasti kerana kita adalah manusia bukannya malaikat.

Hanya saja, mereka yang terbaik adalah yang sentiasa mempersiapkan diri, yang mana setiap saat menyedari bahawa iman mereka boleh saja turun atau lemah, kemudian itu mereka memperbanyakkan amalan, menghadiri majlis-majlis ilmu, bersahabat dengan orang-orang alim sehingga dengan izin Allah dapat menolong dalam memelihara iman lalu meningkatkan kembali tahap iman.

……………………………………………

Inilah peri pentingnya kita bergabung ke dalam gerakan dakwah, yang mana dapat saling memperingatkan antara satu sama lain,” terang seorang sahabat di perantauan yang jauh.

Walaupun menisbatkan diri ke dalam manhaj dakwah, tidak bermakna kumpulan dakwah ini sempurna sehingga tiada cacat cela. Selagi ianya dianggotai oleh sekumpulan manusia pasti akan wujud kelemahan dan kekurangan kerana manusia itu tempat berkumpulnya kesalahan dan kealpaan.

……………………………………………

“Jika kita mendapati seorang teman tidak kira ikhwan atau akhwat, dan dilihat keadaan mereka sedang futur (malas), apa salahnya kita sebagai saudara seakidahnya menegur lalu mengingatkan mereka. InsyaAllah dengan qalallah dan qalarrasulullah, hati-hati mereka akan kembali ruju’, kerana sesungguhnya gerakan dakwah kita ini tertegak di atas dalil dan keadilan.”

Kata-kata seorang guru suatu ketika dahulu, yang pernah menegur, mendidik lalu membimbing penulis ke arah satu horizon perubahan dalam hidup.

Tanpa menutup sebelah mata apabila melihatkan fenomena ‘malas’ di kalangan ahli gerakan dakwah mahupun penganut Islam yang lainnya, marilah kita saling menasihati di dalam kesabaran dan saling menasihati di dalam kebenaran.

Menasihati tidak bermakna dengan perkataan yang dilisankan oleh mulut. Tidak bermakna dengan tutur kata yang ‘pedas’ lagi ‘tajam’ walaupun dengan tujuan untuk menusuk qalbu insan yang ditegur supaya berubah.

Konsep menasihati dan membimbing ini boleh dilihat dari konteks dan skop yang luas. Menasihati tidak bermakna perlu dilakukan oleh diri kita terus kepada insan yang ingin dinasihatkan. Ianya juga boleh melalui satu medium malah melalui pelbagai medium perantaraan selagi mana tidak bertentangan dengan syariat. Apa yang pasti adalah kita mahupun satu perubahan kepada insan yang ingin ditegur.

……………………………………………

Tetapi bagaimana pula untuk menegur diri sendiri jika berada dalam kemalasan dan membimbing hati untuk kembali khusyu’?” keluh pemuda itu kembali. Terasa benar dirinya semakin hari semakin kosong. Bateri hatinya memerlukan satu penjanaan yang pastinya dari sumber janakuasa yang betul-betul kuat.

Bagaimanalah keadaan kamu suatu ketika nanti jika ditakdirkan pakcik dipanggil untuk menghadap Illahi kalau kamu tidak mampu memotivasikan diri sendiri?” kata pakcik dengan nada yang rendah.

Terkedu pemuda itu mendengarkan kata-kata tersebut. Persoalannya di awal tadi tidak dijawab tetapi diajukan dengan persoalan pula. Satu soalan yang sememangnya tidak diinginkan untuk pemuda itu jawab, tetapi cukup memberi kesan di dalam diri.

Kamu perlu belajar untuk memotivasikan diri ketika merasakan diri kamu mulai lemah. Kamu tidak boleh terus menerus bergantung pada insan lain untuk memotivasikan kamu. Ambillah segala pengajaran yang telah Allah ciptakan di dunia ini untuk kamu membina diri.

……………………………………………

Kembalilah mengenal diri, di situ terletaknya kunci pemangkin semangat diri. Selami kehidupan insan-insan yang terdahulu yang sememangnya diketahui kekuatan dan kejayaan mereka tidak kira dari sudut rohani dan jasmani. Hayati kisah-kisah perjuangan para nabi dan para salafussoleh.

Kunci yang terbesar sekali untuk menghilangkan sifat malas sudah pasti dengan mengingati mati. Sesungguhnya dengan mengingati mati itu, hati-hati akan menjadi tenang. Kerana tiada sebaik-baik pengajaran di dunia ini melainkan dengan kematian. Tetapi apabila dengan kematian itu tidak memberi pengajaran kepada kamu, tiada apa lagi yang dapat membantu kamu selain dengan mengharapkan rahmat dari Illahi moga kamu dirahmati.

ingat mati

12 Responses

  1. Salam..Saya suke artikel ini kerana ianya realiti.
    Jika kita ingat asal tujuan kewujudan kita di dunia,
    InsyaALLAH.Mungkin kita tidak mulai lemah.
    1. Saya sokong dengan kenyataan bahawa tidak boleh terus menerus bergantung pada insan lain untuk memotivasikan diri kita. Kita mesti kenali diri sendiri supaya kita lebih mudah mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kita dapat memanipulasi kelemahan supaya ia akan bertukar menjadi kekuatan kita.
    2. Saya tidak menafikan “suasana yang baik (islamic environment)” banyak membantu seseorang itu daripada hanyut dalam hal duniawi.InsyaALLAH.
    3.Muhasabah diri mungkin satu method yang boleh digunakan untuk meneliti kembali segala pekerjaan kita lakukan seharian (checklist). Jika ada kekurangan dalam pekerjaan pada ketika itu kita boleh menambahnya semula.

  2. salam…
    hampir semua artikel dlm blog saudara sy fikir menyentuh perkara yg realiti…ya bagus mengadaptasi perkara realiti ke dalam satu penulisan.

    smamngnya manusia ni ada masa iman dia akn naik dn turun krn kita bknnya nabi mahupun malaikat. utk itu, perlulah kita mempunyai ILMU, krn dgn ILMU lah yg membuatkan kita sedar tntg keadaan iman kita.

  3. ingatlah,sesuatu yg brlaku tu bkn blaku dgn sia2.
    tak khusyuk,malas n semuanya tu dh ditetapkan Allah.
    mgkn ianya sbg satu ujian dr Allah.jk dh bjaya melepasi ujian tu kta akn lbh bsemangat.mgkn ada rahmat Allah sbaliknya.

  4. Seorang yang soleh pernah berkata, “Barangsiapa yang menghidupkan perkara lahirnya dengan mengikuti sunnah, dan batinnya senantiasa mendekatkan diri pada Allah, menjaga pandangannya dari hal yang haram, menjaga jiwanya dari syubhat dan makan makanan yang halal maka firasatnya tidak akan keliru.” Maka balasan yang diberikan akan setimpal dengan amal perbuatan yang dilakukan. Barang siapa menjaga pandangannya dari hal yang haram, maka Allah akan memberikan cahaya pada hatinya.

    Badan akan malas apabila hati mula leka dan lalai dengan kenikmatan dunia. Maka peliharalah mata dari memandang perkara yang haram.

  5. salamun’alaikum…

    whiteknight – terima kasih ats komentar saudara. Mmg benar suasana islamik bnyk membantu dlm membentuk diri.

    i’m not d great – Ya sdra benar. Byk prkara sy cuba adaptasi dr realiti. Dn yg pastinya i’m not d great too ..huhu

    soldier – Ya harapnya begitulah. Moga dikurniakan kekuatan oleh Allah.

    abdillah – Terima kasih ats perkongsian ilmu dan ingatan sdra.

  6. Merenung kebesaran Allah utk kembali memotivasikan diri. Orang yg kuat akn menggunakan segala apa yg ada dsekeliling mereka sebagai kelebihan.Teruskan mujahadah

  7. memotivasi diri…

    thanks mofas…i got a lot from this article..

  8. sy dpt rasakan spt abg menulis artikel ini khas utk sy..
    xsangka, kata-kata abah yang abg tulis tu akhirnya itu yg mengubat diri ini…
    Ya Allah.
    Beratnya ujian yg kau timpa pd ku…
    moga ia menjadi kafarah buatku

  9. aii adik2 aku nih
    macam2 kerenah la…
    pastu ape la nk jadi kalo aku plak yg xde nanti…

  10. xde apa yg berlakunyer….
    sy yg akan xde dlu
    InsyaAllah takdir Allah menentu segalanya

  11. Buat Hafiz dan Mofas…..

    akak rasa akak faham apa yang adik-adik lalui, mereka yang pernah kehilangan seseorang yang disayangi tambah pula penaung keluarga pasti sangat terasa kehilangannya…pastinya berbeza yang sedari kecil sudah tiada ayang dan ibu kerana minda kecil pasti tidak sesedih orang dewasa kerana mereka tidak ingat dan mengerti apa yang berlaku…

    Bohonglah kalau tak sedih..pasti sedih…cuma masa saja yang akan mengurangkan kesedihan mu dik…sampai saat ini pun akak masih sedih jika teringatkan ayah. teringatkan impian yang ingin dicapai bersamanya.tapi tidaklah sesayu dulu hingga waktu menyuap nasi ke mulut pun air mata bisa jatuh..sampai betul kata orang berulamkan air mata..
    hanya doa sahaja dihadiahkan untuknya..sesekali hadir dia didalam mimpi yang singkat menjadi ubat kepada rindu yang mendalam ini…

    tapi dik, masa berganti masa allah akan hadiahkan perkara2 lain yang lebih baik untuk ubati kesedihan sedikit demi sedikit…

    kadang-kadang akak pun sering lemah…
    bukan takat perasaan sedih ni..tapi kesungguhan beribadah kepada allah dan kekuatan untuk menahan sabar. bila akak lalai akak rasa akakla hamba yang paling buruk disisi Allah…

    Apa yang akak buat berdoa padanya untuk kembalikan kesungguhan dan kesabaran tu…

    pastinya allah tak akan mensia-sia..malah berdoa itu adalah praktis minda bawah sedar untuk kita berasa lebih bermotivasi.

    sabar la dik…moga allah kuatkan semangatmu selalu….

  12. […] Subuh Mu‘, dan akhirnya kepada penemuan dua artikel yang sangat menyentuh hati iaitu, ‘Bila Diri Mulai Lemah‘ dan ‘Aku Akan […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: