JASA AYAH IBU

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan keizinan kepada penulis untuk terus hidup dan meneruskan amal bakti soleh kepada-Nya kembali sebagai tanda seorang hamba.

Alhamdulillah, syukur penulis panjatkan ke hadrat Illahi kerana telah memanjangkan usia penulis dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun. Dengan izin-Nya juga, hari ini genaplah setahun tambahan umur yang Allah kurniakan.

Bila penulis renungkan kembali, berapa ramai hamba-hamba-Nya yang Allah tidak izinkan mereka untuk menerima penambahan umur yang seterusnya kerana telah terlebih dahulu dipanggil Illahi. Maka dengan ini, bertambahlah syukur penulis kerana masih lagi dibenarkan dan ditambah kurnia umur setahun lagi dari tahun yang lepas. Cuma tidak dapat dipastikan adakah penulis masih lagi dapat menerima penambahan umur setahun lagi pada tahun hadapan. Yang pasti penulis mengharapkan agar penulis masih lagi dipanjangkan umur dan memenuhi hidup ini dengan amalan soleh yang diredhai

…………………………………………….

Selamat hari lahir buatmu, dan tidak dilupakan juga terima kasih yang tidak terhingga buat ibu yang melahirkan insan yang istimewa ini.” Ucapnya semalam, seorang insan istimewa dalam hidup ini.

Satu ucapan lagi penulis terima dari seorang pemuda yang berada di perantauan jauh, yang penulis kira satu ingatan yang sangat berharga juga untuk penulis kongsikan.

Selamat hari lahir abang ucapkan dari perantauan.

Dalam kegembiraan ini,

ingatlah kembali,

setinggi mana pun puncak kejayaan telah kau daki,

ceruk mana pun di dunia ini telah kau terokai,

sehebat mana pun dugaan telah kau tempuhi,

semanis mana pun kenikmatan dunia telah kau kecapi, 

sebanyak mana pun pujian yang telah kau terima,

bermulanya kamu tanpa reti urusan dunia,

lahirmu ke dunia dari rahim ibu yang mulia.

Jangan dilupakan pengorbanan orang yang telah menjaga dan mendidik kita,

iaitu ibu dan ayah tercinta.

…………………………………………….

JASA AYAH IBU

Terdiam seorang diri. Merenung kembali perjalanan hidup. Tak terbalas jasa mereka, moga doa yang tulus ikhlas harap dimakbulkan.

…………………………………………….

Terima kasih emak kerana melahirkan saya ke dunia ini.

Terima kasih juga buat arwah ayah kerana telah mendidik saya selama ini.

Ya Allah Ya Illahi Rabbi, anta maksudi wa ridhaka matlubi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, angkatkanlah darjat mereka, rahmati dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik aku sejak kecil. Ya Allah, jadikanlah aku sebagai anak yang soleh, sebagai pengubat dan penyejuk mata buat kedua orang tuaku, sebagai salah seorang aset meraka yang berharga di barzakh dan di akhirat nanti. Aminn…

10 Responses

  1. salam kepada penulis,
    selamat ulang tahun.
    penulisan anda menginsafi sy yg mbaca, harap jg utk pmbaca yg lain. setiap pnulisan anda pasti terselit pengajaran. beruntung jg anda mmpunyai insan2 yg sentiasa mengingatkn anda tntg kehidupn.

  2. salam ziarah.
    mmg btl apa yg mrk ckpkn, brape ramai yg menymbt hr kelahiran dan berjaya hingga kini, tp mrk lupa dr mana mrk dtg. sungguh tersentuh video di ats tu.

  3. salam bang…wahh ni ke parents abg…
    patutlah pn, abg la output rumah muslim mereka…
    no wonder la abg mmg baik pn, tgk parents pn tsiqah.
    didikan dan kasih syg mereka.

  4. salam ziarah,
    selamat hari lahir buat akhi mofas,
    moga dgn pertambahan umur kurniaan Ilahi membuatkan anta lebih dekat kepada-Nya.
    salam mujahadah.

  5. salam,
    slmt hr lahir jg dr sy.
    maaf lambat ucap, br menjengah ke blog sdra.
    moga dipnjgkn umur dan murah rezeki.

  6. salam sejahtera,
    selamat hari lahir juga dr sy buat saudara,
    moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.

  7. Ya mmg sangat bagus nasihat dr abg sdra itu,
    bermulanya kita tanpa kenal erti dunia, tp bila kita telah kenal dunia, kita lupakan mereka yg tlh berjasa pd kita…astaghfirullah….

  8. woii…mofas, sorilah aku lupa besday ko smlm
    aku dh wat reminder kat hp, tp smlm quite busy la…
    apa2pn, hepi besday my fren…
    may Allah bless u n all muslims
    all d best my geng

  9. mofas, sori la geng, aku lupa besday ko
    sib baik atan bgtau, kalo x tahun depan la plak aku wish ko…
    tu pn kalo aku ingtla.
    ape2 hl pn cam biasa la, slmt hrjadi
    moga hidup diberkati
    n moga cool n calmness ko tu terus diamalkn
    haha….

    weii…sedih giler tulisan ko nih…video tu pn mmg wat aku sedih siot.teringat mak abah aku kt kg…
    mofas, mane yg dh pg tu jgn dilupakan..doakan la utk ayh ko…amiin

  10. salam.
    sahabat roomate lama ku, lama giler aku xjumpa ko.
    slmt hr lahir yg ke 24…moga sgla urusan ko dipermudahkn Allah.

Leave a reply to soldier Cancel reply