PERGINYA SEORANG NAKHODA KELUARGA

……………………………………………

Ayah,

bertahun sudah kau pergi,

biar pun langkah hilang di mata

jejakmu kekal di hati,

peribadimu tegas

kini menjadi ikutan,

sikapmu menjadi tauladan.

Jika dahulu,

dirimu wujud pemberi semangat,

mendorong untuk berjaya,

terkadang berbohong

demi anak bahagia.

Namun kini,

dirimu wujud sebagai ingatan,

pembakar motivasi

biarpun diri tiada,

ilmu diberi buat

bekalan abadi,

anak-anakmu

menjadi nilaian berharga,

sebagai penyelamat di kemudian hari.

Ayat-ayat suci ku kirimkan,

iringan doa ku hantarkan,

moga dirimu tenang

dengan bekalan.

Aminn…

……………………………………………

WHAT IS THAT?

Something worth to watch it.

Really touching. This video remind me of how we forget how much our parents have done for us. I guess, nowadays, visuals work better than stories. And visuals are the perfect medium to deliver information.

Dear honored fellow friends and readers, go give your parents a hug. If you stuck somewhere and can’t get to them and physically hug them, why not you hug them by spiritually by sending your duas to them. And the most important thing to do is, give them a phone call.

[p/s – Dad, how come I can give you my hugs…huhu]

……………………………………………

Pagi ini penulis dikejutkan dengan satu nada dari telefon genggam untuk mengingatkan penulis tentang satu peristiwa penting yang telah berlaku pada hari ini. Satu peristiwa yang membawa satu lipatan sejarah dalam hidup yang berkekalan. Iaitu perginya seorang insan yang sangat penulis sanjungi dalam hidup, perginya seorang nakhoda keluarga yang memimpin penulis pada suatu masa dahulu.

Dua tahun dahulu..

Pagi esok ayah akan jalani operation,” itu pesanan yang penulis terima melalui sistem pesanan ringkas. “Kalau boleh balik, baliklah,” satu lagi pesanan yang penulis terima sebagai tambahan.

Pesanan itu penulis terima pada hari Ahad malam Isnin. Ini bermakna pagi Isnin ayah akan menjalani pembedahan membuang tumor di dalam kepalanya. Fikiran penulis mula ligat memikirkan dan mengingat kembali tentang usaha demi usaha yang telah keluarga lakukan untuk melihat ayah sembuh. Dan akhirnya terpaksa juga jalani pembedahan.

Bagaimana abang nak balik?” monolog penulis. “Ya Allah, Engkau selamatkanlah ayah dan lancarkan urusan esok,” doa penulis. Itu sahaja yang mampu penulis buat memandangkan ketika itu penulis berada di rantauan orang, yang mana dipisahkan dengan sejarak beribu kilometer. Ketika itu penulis berada di negara China.

Keesokannya dalam masa penulis bersiap untuk kembali ke tanah air, satu SMS menerjah ke dalam kotak simpanan telefon genggam. “Alhamdulillah, operation berjaya,” itu sahaja pesanan yang penulis terima. Walaupun ringkas tapi memberi banyak makna.

Sekembalinya ke tanah air pada Isnin malam, penulis tidak sempat untuk terus ke timur semenanjung. Maka perlu pula menunggu keesokan pagi Selasa untuk mengambil bas ke timur. Petang Selasa baru sampai di Kuala Terengganu dan terpaksa pula mengambil bas lain ke Kota Bharu. Satu hari telah dibazirkan untuk melawat ayah.

Dan pada pagi Rabu, usai sahaja sarapan, terus abang ipar mengajak penulis keluar ambil angin. Tidak sangka ‘ambil angin’ yang abang ipar maksudkan adalah dengan melawat ayah di wad ICU. Namun pagi itu tidak dibenarkan untuk melawat. Maka pada sebelah petang barulah penulis berpeluang melawat ayah. Alhamdulillah. Dari berita yang disampaikan oleh doktor yang memantau  ayah, perkembangan buat masa itu dalam keadaan yang memberangsangkan.

Hari Khamis berlalu dengan baik dan mendapat berita demi berita yang memberangsangkan. Abang ipar dan akak mengambil keputusan untuk pulang ke Seremban memandangkan kesihatan ayah mula bertambah baik. Masuk pula pagi Jumaat, satu berita yang kami adik beradik lelaki dapat.

Buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, begitu juga dengan sistem operasi hati. Maka ia memberi kesan buruk terhadap jantung dan juga otak,” kata seorang doktor dengan tenang.

Ya Allah, hanya Tuhan yang Maha Agung sahaja yang tahu. Berita itu cuba disampaikan oleh adik lelaki kepada emak dengan lembut dan berhemah. Adik beradik yang lain semua sudah berada di sisi ayah, kecuali akak yang baru lepas bersalin berada di Seremban.

Usai solat Asar, sekali lagi kami adik beradik lelaki dipanggil doktor.

Bersedialah dan redhalah dengan apa yang akan berlaku nanti. Sampaikan pada emak dengan baik. Panggillah saudara mara untuk bacakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai mengiringi pemergian ayah kamu. Dia sedang nazak.

…..

Ayah, dalam diam aku menghormatimu.

Ayah, kini kau berbaring kaku di depan mataku,

sudah tiada air mata ini mengalir mengiringi pemergianmu,

begitu juga dengan emak,

kering sudah air mata seorang isteri,

meredhakan pemergianmu dengan lesu.

Lenyap sudah segala ujian dunia yang melelahkanmu,

hilang sudah bebanan tanggungjawab yang kau pikul selama ini.

Moga roh ditempatkan di dalam golongan orang yang Allah redhai.

Aminn…

Al-Fatihah buatmu ayah yang sentiasa aku ingati.

Beloved Parents…..

Apabila anak Adam meninggal dunia maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah (amal) jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya (ibubapanya). (Hadis riwayat Imam Muslim).

Ya Allah ya Illahi Rabbi, anta maksudi wa ridhaka matlubi.

Ya Allah ya Rahman, jadikanlah aku sebagai seorang anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapaku dan menjadi aset yang berharga untuk mereka.

Jadikan juga aku sebagai seorang ayah yang baik lagi bertanggungjawab kelak. Memikul dan mendidik isteri serta anak-anak dengan ikhlas.Aminn…

18 Responses

  1. whuaaa….whuaaa…whuaaaa……
    nak blk kg…nk blk kg…nk blk kg….
    Ya Allah,sedihnyer bang,artkel kali ni..huhu
    2 2 video yg abg attachkan tu mmg feeling la…really touching..
    these videos brought me back n my memories to my hometown, my precious village, my memorial cottage, huhu…emak abah, pis nak balik..huhu
    emak, i luv u mom
    abah, i luv u dad
    how come i can give u all my hug, i’m stuck in my office.huhu….
    Ya Allah panjangkanlah umur mereka supaya mereka boleh tersenyum bangga melihat aku naik kepentas dewan kerana berjaya dalam pelajaran.
    Izinkan aku untuk terus berbakti pada mereka ya Allah….huhu…Aminn…

  2. huhu…ape lg…pg la stesen putra, pastu head to Trans kaunter, or Mara Liner, or ape2la kaunter…amik tiket bas balik kg…huhu…jgn lupa kirim salam abg kat emak n abah.

    so,if u stuck on ur office, why not give them ur spiritual hug, give them ur du’as…n for sure give them a phone call, bcose of cos u can’t give them brain-wave call…huhu

    bro, abg pn doakan moga umur mereka dipanjangkn.at least skang ni diorg dh tau kejayaan ank diorg.

  3. Al-Fatihah buat Allahyarham..

    Allahummagh-firlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu..(3x)

    • aikk…camne komen puteri leh ade plak…
      tadi xde…huhu..ajaib tul la…
      siap ade ats aku plak tu…
      apapun, baguslah, menantu pn kene mendoakan kebaikan mertua.mertua pn sama level dgn ayh sendiri tau.

      haha..bro, td puteri komen dlu, cuma sy lambat approve
      ntah nape kene approve blk td…
      hehe..mmg bgs komen bro, menantu pn kene mendoakan kebaikan utk mertua…yes yes yes…absolutely right

  4. huhu…sedih gak aku baca artikel ko nih…
    pandai bermain dgn ayt erk…huhu
    feeling..

    relax la bro…
    tapi masa menulis ni mmg dok menekan perasaan la
    menitis la juga setitis dua air mata kerinduan…huhu

  5. tula..mmg sedih gak..lbh2 sy ni tau serba skit family abg..huhu
    Alhamdulillah emak n abah dpt melihat kejayaan sy

    itula, beruntung ko…cam abg,msk tahun tiga ayh dh meninggal.so drop la jg pointer dlu..huhu..setahun lebih jg utk mencari semangat baru..alhamdulillah final year leh ok.
    time konvo pn sorg jerk.adik yg dpt medic pn ayh dh xkabar time tu..huhu

  6. Selami hati..
    Fahami maksud..
    Cermati niat..
    Serlahkan kenyataan..

    Jauhkan godaan nafsu..
    Firman dan sabda menjadi pegangan..
    Pergunalah akal..
    Sematkan budi..

    Datang tidak diseru..
    Pergi tidak disuruh..
    Setiap yang hidup pasti kan mati..

    Demikianlah dunia..
    Kehidupan yang tiada abadi..

    • MasyaAllah, muluk sungguh puisi puteri.
      ya setiap yg hidup pasti kan mati.

      • yup, muluk ‘singgah’ puisi puteri…
        whoahaha…woi mofas, bkn singgah la
        tapi sungguh…ape nih nk memperjuangkan bhs melayu tinggi
        eja pn xreti
        hahaha..pandai lg ridhwan mengeja

      • aikkk…dan dan je terus berubah ejaan dia…
        nape hari ni bnyk blaku bnda yg pelik
        td komen pteri pn sama
        sblm aku komen ade plak komen dia
        pas aku komen, dan dan ade komen dia tas aku….
        uihhh pelik giler….
        mmg patutla korg jd pasangan mempelai
        pasangan penuh kepelikan
        haha

        haha..silap besar la bro
        sy kan ade 2nd editor…dh ditegur awl2 lg…hehe
        biasalah pasangan bhgia..InsyaAllah

  7. ya muluk sungguh puisi kak puteri…
    hehe….amboi kak…
    lama menyepi…
    sihat?
    alhamdulillah, inilah menantu yg solehah
    muncul apabila ada kaitan dgn keluarga
    mendoakan kebaikan utk mertua

    haha…baru ko tau ke akk puteri ko ni
    menantu yg solehah, bkn solehah je, tapi jamilah tau
    ko pn kene cepat2 la cari..buang tittle lone-ranger ko tuh

  8. Masa ayah akak meninggal pada tahun 2001,masa tu akak tahun 1, sem 2 pengajian diploma. kali terakhir jumpa ayah 2 minggu sebelum tu.Masa kejadian tu akak kat KUiTTHO . Akak cuma sempat tengok jenazah yang terbaring kaku. Masa ayah akak hantar naik feri untuk balik ke ito, tula kali terakhir akak peluk dan cium ayah dan kali pertama selepas baligh akak cium dia…masa tu akak dah fikir mana tau kepergian akak kali ni mungkin salah seorang drpada kami akan pergi jauh sangat2. Balik ke ito, terdetik untuk hadiahkan yasin dan fatihah untuk ayah dan mak setiap hari sebab asyik terfikir kalau2 jadi sesuatu. 16 November 2001 ayah akak pergi…Masa tu rasa kehilangan yang amat2 sangat..akak rasa tula kesedihan paling besar lam hidup akak sampai hati akak jadi susah untuk menangis lepas tu sebab akak rasa takda orng lain lain sedih dr akak…bila dah matang barula perasan tak kesian kat orng tu hilang…

    untunglah sape yang masih ada ayah dan mak…bila hilang tiada galang ganti…mudah-mudahan ayah berbahagia disana dan insyaallah kita bertemu nanti….

    • InsyaAllah, doakanlah mana yg telah pergi…moga kita tergolong antara 3perkara yg disebutkan nabi yg dapat memberikan kebaikan utk org yg telah ‘pergi’ iaitu menjadi ank yg soleh/ah yg sentiasa mendoakan org tuanya.

  9. Allahummagh firlahum warhamhum wa’afihi wa’fu’anhum. Smg Allah merahmati dan memelihara saudara2 kita yg telah pergi, dan kepada yg masih ada, penuhi usia dgn amal kebaikan disamping jauhi segala yg melalaikan.. kerana lalai itu punca segala dosa..

  10. Amiinn…

  11. Salam…
    tersentuh bila membacanya…
    Semoga ayahanda saudara ditempatkan bersama-sama org-org yg beriman.

    Sebenarnya rase kehilangan itu tidak dapat digambarkan dengan kata2..
    Hanya yg pernah merasai akan lebih memahami..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: