ANGKARA H1N1

Kalau kamu tidak sihat, pergilah klinik dapatkan rawatan doktor supaya ianya tidak melarat.” Itulah kata seorang abang setiap kali dia membuat talian telefon dengan penulis.

Sudah hampir tiga hari kesihatan penulis agak terjejas. Bukan tidak mahu ke klinik sebelum ini tetapi agak sibuk dengan tugasan yang lain, sehingga pernah ditegur seorang teman, “sibuk sangatkah sehingga tidak sempat menulis artikel di blog?

Ya, agak benar apa yang teman penulis itu katakan, sejak melaporkan diri sebagai seorang pendidik dan ahli akademia, penulis telah diberikan tugasan demi tugasan berturut-turut. Kerap tidak mendapatkan rehat yang secukupnya. Dan sejak pulang dari pertandingan kereta yang diadakan di USJ baru-baru ini, kesihatan penulis agak terjejas teruk.

…..

Ya, boleh saya tahu apa sakit saudara?” tanya doktor lelaki itu dengan mengadap komputer di hadapannya tanpa memandang saya.

Soalan itu tidak terus saya jawab, sengaja saya mengambil masa dan menoleh pada jururawat yang hanya terpaku menunggu arahan yang ada di dalam bilik rawatan ini. Sambil menghela nafas yang berat, saya pun menjawab dengan tenang, “mungkin saya terkena penyakit influenza H1N1.

H1N1

Terkesima, terkejut dan kaget seketika penulis lihat di wajah doktor dan jururawat yang ada. Lantas doktor mengarahkan jururawat itu keluar dan menutup pintu bilik rawatan.

Sila nyatakan dengan jelas, sudah berapa lama awak sakit, sakit apa yang awak alami, dan sebelum ini awak berada di mana?” soal doktor itu bertalu-talu dengan wajah yang serius sambil memeriksa kesihatan saya.

Dan akhirnya, “InsyaAllah awak bebas dari penyakit influenza H1N1,” kata doktor dengan wajah lega lalu satu suntikan diberikan kepada penulis kerana suhu badan yang agak tinggi dan beberapa jenis ubat untuk dimakan.

Syukurlah penulis bebas dari penyakit ini, jika tidak, pasti satu universiti ini terpaksa ditutup, Minggu Haluan Siswa untuk pelajar baru mendaftar diri pasti akan ditangguh, dan sudah pasti segala aktiviti serta tempat yang penulis hadiri sebelum ini pasti akan dijejaki dengan terperinci. hehe…

……………………………………………

H1N1: Arahan tutup seminggu

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan. com.my

PUTRAJAYA 21 Jun – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur menjadi premis pertama di negara ini ditutup selama seminggu ekoran wujudnya penularan tempatan penyakit selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut penting bagi mengelakkan penyakit itu menjadi satu wabak yang sukar dikawal pada masa depan.

Menurutnya, ia juga sejajar dengan protokol yang telah ditetapkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak Influenza A (H1N1) pada 18 Jun lalu.

”Saya telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tentang situasi penyakit itu di sekolah terbabit pada tengah hari tadi.

”Beliau berpendapat kebimbangan dalam kalangan ibu bapa murid memerlukan kita mengambil langkah untuk menutup sekolah itu selama seminggu,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kejohanan Mendayung Jabatan Perdana Menteri 2009 di sini hari ini.

Hari ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes H1N1 melibatkan seorang murid perempuan berusia 11 tahun dari SJKC Jalan Davidson di sini, menjadikan jumlah kes itu di seluruh negara meningkat kepada 50 setakat ini.

Murid tersebut adalah rakan sekelas kepada kes terdahulu di sekolah berkenaan iaitu di Kelas 5 (I), menjadikan kes H1N1 di sekolah itu kepada tiga, dua daripadanya kes penularan tempatan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, tindakan menutup sekolah itu selama seminggu adalah wajar walaupun ia melibatkan jumlah murid yang kecil.

Beliau menambah, walaupun penting untuk tidak mengganggu pelajaran murid-murid di sekolah, tetapi soal keselamatan dari segi kesihatan lebih diberi keutamaan.

”Jangan jadi satu wabak yang ramai murid sekolah itu terlibat dan pada waktu itu sudah terlambat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, sama ada sekolah terbabit dibenarkan memulakan sesi persekolahan selepas tempoh kuarantin itu bergantung kepada keputusan Kementerian Kesihatan.

”Kita akan memaklumkan keputusan itu kepada pihak sekolah sama ada tempoh itu dilanjutkan atau sebaliknya beberapa hari sebelum ia tamat.

”Selain itu, soal sesi pembelajaran yang tertinggal selama seminggu itu bergantung kepada budi bicara guru besar sekolah terbabit sama ada perlu menggantikannya pada hari lain atau sebaliknya,” katanya.

Katanya, dua buah sekolah lagi, Sekolah Kebangsaan Assunta 2 (Petaling Jaya) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9, Shah Alam yang sebelum ini dilaporkan pelajarnya dijangkiti H1N1 masih dalam pemantauan Kementerian Kesihatan.

”Kementerian Kesihatan masih memantau keadaan di dua buah sekolah itu dan sehingga kini, kami belum memberi sebarang cadangan untuk menutupnya,” ujar beliau.

……………………………………………


49 Responses

  1. emm..
    kesibukan bukan 1 alasan y kukuh untuk mengabaikan kewajiban dlm menjaga kesihatan..

    # Adalah menjadi satu KEWAJIBAN untuk menjaga kesihatan (nyawa)..

    Maqasid Syariah..

    1) Wajib menjaga Agama
    2) Wajib menjaga Nyawa
    3) Wajib menjaga Akal
    4) Wajib menjaga Nasab
    5) Wajib menjaga Harta

    Maaf andai terkasar bahasa..
    terguris bicara..
    tercalar suasana..
    ampun maaf kupinta..
    atas kerisauan yang melanda..
    kebimbangan yang bergolak d dada..
    moga dirimu lebih peka..
    perasaan insan sekelilingmu yang ternyata..
    sentiasa bermuram durja..
    andai kesihatanmu dipersia..
    Kurniaan y tak thingga drNya..

  2. hmm…ya, kesibukan bkn alasan, tapi…..
    huhu….

    InsyaAllah, tiada apa yg perlu maafkan, tiada salah
    kerana semuanya benar dan muluk belaka

  3. haha…sempat lg ye bro wat lawak….
    doktor tu gerenti cuak pnyalh…kalo btl la abg kene influenza A tu, mmg cipta rekod dlm sejrah la..haha…1st IPT kene quarantine…whoahahaa

    bang, cu bc gak komen akk ptri tu, fahamkn molek…
    cu fhmkn pe akk nk ghoyak n sampaikn tu

  4. hehe..bengang gakla..dhtu wat muka selamber je tnya..dhla time tu abg tgh lemah..amikkk…kan cuak tahap super duper uper hyper..whoahaha…siap suruh nurse kuar n tutup pintu…
    pastu br dia serius rawat abg..haha

    huhu…ambe pehe dohh…demo relax la…ambe tau guane care nk atasi akk mu tuhh…huhu

  5. haha..pandai giler ko wat doktor tu cuak…wahaha
    kalo aku pn nk marah gak kalo dia wat derk je ngan patient…

  6. huhu…
    tula, baru doktor tu tau…

  7. tapi ko ni mmg jenis unpredictable n tricky la mofas…
    time sakit2 pn ko leh fikir camne nk kenekan doktr tu…hahaha…mmg brilliant cam dlu2 gak…patut pn hafiz dok admire ko giler2.

    so camne ngan kshatan ko? xpela, sekurangnya aku lega la skit bila ko ckp puteri yg selalu amik berat tntg kshatan ko…blh la aku tumpu pd keje aku dlu.

    puteri, ooo puteri…thanks yeah sbb ko jg mofas utk aku

    • Emm..
      Maaf jg kerana x dpt jaga sebaiknya..
      (maklum la..dr jauh..)..

      Then agak bz dgn pengajian (master)..
      Maaf buat abg Mofas.. =(

    • haha…tula pasal…camne la bang mofas ni leh relax je ckp gitu…time tu mst abg tgh tenang..biasenyer org tenang ni dia leh fikir bnyk bnda.
      opss…lupa, abg mmg org yg jenis gitu.tenang dlm dunia sndr..haha

  8. wat masa ni sy sihat alhamdulillah…xde mslh..bro jgn risaula..smlm pn dh kene inject n mkn ubat…hari ni sy sihat walafiat.just focus on ur job ok, bro….

    bro jgn risaula, insyaallah puteri yg jaga…

  9. oho..bagusla camtu.so xdela aku nk risau sgt cam sblm ni..nk fokus keje lg n kesihatan ko lg…
    jg diri ko tu elok2 la bro…
    hafiz tu aku nmpk cam dh mula nk terikut2 cara cam ko…
    jns xjaga kesihatan..tidonyer ntah terabai je..mkn xjg

  10. yup..jgn risau la bro..puteri pn jg dgn sgt baik…
    xyah risau la…just tumpu pd keje tu…

    huhu…nk kene tegur tu bro…bad habit tu nnt

    bro pe kabar? taufiq n ridhwan cmne?

  11. aku dh tegur pn budak tu..still camtu gak..same ngan ko la dlu…mmg menurun sifat cikgu dia nih…

    aku sihat alhamdulillah..cuma akk ko n ank2 je xbrape sihat…diorg demam skit…
    oklah bro..aku nk brehat…see ya
    jg dr

  12. ala…td bro pemuda online ker….
    lambat masuk la…

    bang, btl ke ni abg ok…ntah mlm ni sy rasa cam xsedap hati jer…nape ni yer..dr masa meeting td lg. risau plak pasal abg.dhla dok sorg…hope ok la

  13. bkn ko sorg je rs cam xsedap hati..aku dr ptg td lg…cuma bila mlm je aku rasa lg xsedap.sbbtu aku call dia mlm td n then aku online kjap cek blog dia ni, tgk dia tulis artikel camni plak… tu yg wat aku lg xsedap hati…tp diam jela,rupanya ko pn sama

  14. oho..korg rase xsedap hati yer..baik gi cek klinik,dptkn rawatan doktor..maybe korg kene influenza A H1N1 kot…
    whoahahaha….

    puteri,
    xperlu mnta maaf…xde ape yg perlu dimaafkn,semuanya muluk belaka.

  15. Jaga la kesihatan leklok..
    Mkn ubat on time.. =(

  16. ubat hilang…huhu 🙂

  17. Cmne leh ilang?

  18. haha…abg letak merata nih…

  19. huhu…gurau jela🙂

    ko nih hafiz, pandai jerk menambah ye

  20. emm..
    klu ubat tu hilang tul2..
    wat la mis cal yer.. =)

  21. hmm….hehe
    dh try call bnyk kali…sbb hilang tula jd missed call…haha

  22. meh bg no ubat tu..
    nk cal smula..
    kot2 ubat tu tanak ckp dgn org y culas mkn ubat..

  23. uhukk….(tersedak minum air lepas baca komen ni..huhu)
    culas tu ape?
    ulat beluncas?

  24. culas tu sejenis kuih warna coklat dan liat..=)

  25. kuih ape tu?
    camne rasanyer?

  26. rasanya liat la..
    meh la no ubat tu..

  27. haha….xpela…dh hilang xyah contact la…
    nnt nk cari ubat lain yg lebih mujarab

  28. emm..ubat apa y lbh mujarab?

  29. hehe…rahsia minggu depan

  30. nape msti mggu dpn ye?

  31. time tu je sy boleh amik cuti
    hujung minggu ni sy kene jg pendaftaran pelajar baru masuk

  32. oo..
    Jd nk dtg cni ye..

  33. huhu…
    xtaula…tgk la katne ade ubat mujarab

  34. jauh klu nk dtg.. =)

  35. huhu…xtaula…tapi kenape puteri tny sy nk dtg sana plak?

  36. saja..=)

  37. oho…
    tempat nk dptkan ubat mujarab tu rahsiala…
    tp mmg nk pg dapatkn minggu depan…
    cmne pn mmg nk kene dptkn minggu dpn…

  38. Ingat org laen x paham yer.. =)

  39. faham ape?

  40. xde pape.. =D

  41. hehe…kalo xde pape, xpela gitu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: