UCAPKAN DENGAN NILAI YANG POSITIF

Salamun’alaikum…

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan peluang kepada penulis untuk mencoretkan sedikit perkongsian di ruangan ini. Sejak terlibat sepenuh masa di dalam dunia akademia ini, masa penulis untuk mengarang dan membenarkan jari-jemari menari di papan kunci ini agak terbatas. Namun kini, baru penulis berkesempatan dan alhamdulillah dapat menggunakannya sebaik mungkin.

Setelah beberapa kali berlaku rombakan terhadap jadual mengajar, akhirnya barulah dapat jadual mengajar yang muktamad (tapi dengar khabar mungkin akan berlaku rombakan lagi). Pada awalnya jadual yang penulis dapat hanya perlu mengajar pada hari Selasa dan Rabu sahaja dan pada hari-hari yang lain adalah kosong, tetapi setelah diperincikan akhirnya penulis perlu mengajar pada hari Isnin hingga Khamis. Pada mulanya penulis telah merancang untuk mengisi hari-hari yang kosong pada jadual sebelum ini dengan melakukan beberapa penyelidikan teknologi, namun terpaksa mengubah perancangan.

……………………………………………

Mofas, Dr. Ahmad minta kamu mengajar subjek pada semester ini, walaupun kamu sepatutnya tidak perlu mengajar subjek lagi pada semester ini, tapi ini permintaan dari ketua jabatan.” Terang seorang rakan sejawatan yang pada ketika ini memikul amanah sebagai penyelaras jadual mengajar staf.

Jadi saya perlu mengajar subjek apa semester ini?” tanya penulis kembali.

Kamu dikehendaki mengajar subjek Termodinamik yang mana para pelajarnya adalah pelajar mengulang untuk subjek itu,” jawabnya.

Mengulang?” soal penulis di dalam hati.

Jika disebut sahaja perkataan ‘mengulang’ pasti terlintas di fikiran para pelajar bahawa mereka yang ‘mengulang’ subjek ini pasti seorang yang gagal, jika tidak, masakan perlu mengambil subjek tersebut untuk kedua kalinya.

Tapi sebenarnya, para pelajar yang mengulang ini bukan seorang yang gagal, tetapi kurang berjaya pada permulaan percubaan. Tidak berjaya pada permulaannya, tidak bermakna gagal. Itulah persepsi salah yang sering ada di minda para pelajar masa kini.

…..

Sebelum saya memulakan kelas, saya ingin tahu apa motivasi dan harapan kamu terhadap subjek Termodinamik yang akan saya ajar sepanjang semester ini,” ucap penulis di permulaan kelas selepas membukanya dengan surah Al-Fatihah.

Kami harapkan lulus sahaja encik, supaya dapat ambil subjek Termodinamik 2 dan seterusnya.

Encik, benarkah subjek Termodinamik 2 lebih senang berbanding dengan Termodinamik 1 yang dikatakan susah ini?”

Subjek Termodinamik ini sudah dikatakan killer-paper, bagaimana pula dengan subjek Pemindahan Haba, mesti lagi susah nak lepas.

Itulah antara apa yang difikirkan oleh para pelajar semasa pertama kali sesi perkuliahan bermula.

Sebenarnya begini, subjek Termodinamik 1 adalah mudah, tapi subjek Termodinamik 2 lagi mudah dari Termodinamik 1. Dan subjek Pemindahan Haba bukannya susah sebagaimana yang kamu fikirkan, cuma subjek itu agak mencabar sahaja. Kalau kamu berusaha dengan sungguh, InsyaAllah kamu akan lulus dengan cemerlang,” jelas penulis.

never ever ever give up

Memang diakui, subjek Termodinamik dan juga Pemindahan Haba adalah antara subjek yang selalu digelarkan sebagai killer-paper bagi sesetengah pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal, akan tetapi jika di awal perkuliahan minda pelajar telah di’set‘kan dengan mengatakan subjek ini susah, maka susahlah jadinya. Ia akan membantutkan daya usaha tinggi para pelajar dan akhirnya keluarlah perkataan yang tidak sepatutnya seperti ini, “kami harapkan lulus sahaja encik.

Ya, terima kasih encik, ini baru pertama kali kami dengar pendidik memberikan motivasi begini. Selama ini mereka selalu kata jika Termodinamik 1 pun tidak lepas bagaimana hendak lepas Termodinamik 2 dan juga Pemindahan Haba yang jauh lebih sukar.

Penulis tidak menyalahkan mana-mana pendidik, mungkin pendidik tersebut berkata begitu sebagai satu bentuk cabaran kepada para pelajar. Setiap pendidik berbeza kaedah mereka. Bagi penulis, konsep yang penulis gunakan adalah dengan memberikan motivasi demi motivasi dan juga dorongan untuk mereka terus berjaya.

……………………………………………

Mofas, pandai ya kamu memberikan kata-kata semangat membangkit motivasi para pelajar.

Sudah itu tugas dan tanggungjawab saya sebagai pendidik, bukan sahaja menyampaikan ilmu malah perlu memastikan para pelajar berilmu dengan baik.

5 Responses

  1. Susah satu subjek bukan kerna silibus tetapi
    mind set para pelajar itu sendiri ..

    Sekadar ingin berkongsi cerita tentang subjek ini.
    Dlm pendidikan, kami pakai istilah lain tetapi “content” sama.First test : tiga per empat kelas fail termasuk sy.

    Dalam keadaan gawat sebegitu, ada kwn sy yg pernah dpt 4.0 flat pointer (budak paling pandai dlm kelas) hendak drop subjek kerana tidak yakin carry subjek ini. Maklum la first test dah fail.

    Sebagai shbt, kami suggest spy tidak drop
    kerna kami nak graduate sama2 kerna subjek ini ditawarkan pada SEM 1 setiap tahun.
    Dahla 15 org je kos sy (limited edition).
    Kalau tiada seorang sgt merasa kehilangannya.

    Berkat kerjasama antara rakan2 & pensyarah.
    [Apa yg penting?? 2x “kerjasama!!”(worldpet)]
    At the end of sem, alhamdulillah semua kelas pass dgn cemerlang..
    Itulah saat yg xdpt dilupakan kekecewaan melanda kos sy.

  2. Yup, mmg betul ape yg disampaikan ni, ramai yg selalu silap bermain dengan minda. terlalu pesimis terhadap diri. apabila terlalu pesimis, maka minda bawah sedar akn sentiasa menghantar signal yang tidak memotivasikan diri.

    Sepatutnya setiap sesuatu itu kita perlu lakukan dengan minda yg optimis. Segala halangan yang dihadapi anggapkan sahaja sebagai cabaran yang akan mematangkan diri.

    Mofas, ko mmg pandai menggunakan ayat yg sesuai setiap kali berkata dan menulis. aku suka dgn penulisan ko berbentuk memotivasikan camni, “daya usaha tinggi”…
    kalo ayt tu just ‘daya usaha’, bila kita membacanya seperti tiada apa2 erti…
    tapi bila ko tambah perkataan tinggi menjadi ‘daya usaha tinggi’, terasa seperti satu semangat dari ayat tu…
    aku pn dah mula berminat dgn bhs melayu tinggi lepas ko describe perbezaan istilah ‘silap’ dan ‘salah’….
    awal2 dlu aku ingtkn sama je, rupanya sama tapi berlainan maksud.

  3. Whiteknight – pengalaman yg hampir sama dgn penulis. ketika subjek control engineering, pensyarah yg mengajar adalah lulusan jepun utk 1st degree dan juga lulusan german utk post-degree. masa 1st test, semua kelas fail, dan ramai yg dapat 0 walaupun jalan pengiraan berjela-jela. alasan yg diberikan pensyarah, jika jawapan last salah, jln kira xdiambil kira langsung. akhirnya drpd 60 pelajar yg berbaki adalah lbh kurang 15 org termasuk penulis. lepas dari tu, barulah penulis tau strategi pensyarah itu, bila dh tinggal sikit baru la dia fokus utk mengajar dan akhirnya semua lulus cemerlang. Alhamdulillah.

    Pemuda – ya mmg benar ape yg pemuda katakan. bukan utk merendahkan bangsa melayu kita, tapi itulah hakikatnya. dalam kelas saya pun, saya lebih bnyk menggunakan konsep discussion berbanding hny menyampaikan kuliah. pelajar bangsa lain banyak yg ikut perbincangan, malah ada yg berani berdebat secara ilmiah, cuma bangsa kita bnyk berdiam diri.

    sayangnya, bangsa kita kurang berminat terhadap ilmu.

  4. STUDENT HAVE 365 DAY’S

    It’s not the fault of student if
    he/she fails because the year ONLY
    has 365 days…
    typical academic year for a student:

    1. Sundays – 52 Sundays in a year, you know Sundays are for rest.
    Days left 313.

    2. Summer holidays – 50 where weather is very hot and difficult to study.
    Days left 263.

    3. 8 hours daily sleep – 130 days GONE.
    Days left 141.

    4. 1 hour for daily playing- (good for health) means 15 days.
    Days left 126.

    5. 2 hours daily for food & other delicacies (chewing properly & swallowing) – means 30 days.
    Days left 96.

    6. 1 hour for talking (man is a social animal) – means 15 days.
    Days left 81.

    7. Exam days – per year at least 35 days.
    Days left 46.

    8. Quarterly, half yearly and festival (holidays) – 40 days.
    Days left 6.

    9. For sickness – at least 3 days.
    Days left 3.

    10. Movies and functions- at least 2 days.
    1 day left.

    11. That 1 day is your birthday.
    How can you study on that day ?!?!?!?!?!

    Balance = 0
    ‘ How can a student pass ????
    especially thermo subject..
    hihihi

  5. mmg patut pn student fail kalo camni
    hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: