PERARAKAN VS DEMONSTRASI

Pada hari Khamis lepas, sebelum peristiwa berlaku…

Encik terlibat atau tidak dengan perarakan pada Sabtu ini?” tanya seorang pelajar.

Oh, perarakan itu ya, yang telah lama dijadualkan itu. Ya InsyaAllah saya terlibat sekali. Kamu bagaimana pula, terlibat juga?” jawab saya kembali disusuli dengan soalan.

Saya juga terlibat encik. Petang esok saya bertolak. Emak dan ayah saya pun sudah sampai sana.” jawab pelajar itu.

Emak dan ayah?” soal saya kembali.

Ya, saya juga mahu turut serta di dalam perarakan kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA pada Sabtu ini,” jelas pelajar itu.

Okey,” jawab saya ringkas.

…..

Memang telah ditentukan oleh Illahi Rabbi bahawa pada Sabtu lepas iaitu pada tanggal 01 Ogos, telah berlakunya dua perkara besar. Pertamanya adalah perarakan sempena majlis konvokesyen universiti dan keduanya adalah demonstrasi mansuhkan ISA.

Dan yang pastinya, yang dimaksudkan oleh pelajar ini bukannya satu yang bersifat perarakan, tetapi lebih bersifat demonstrasi yang mana konsepnya adalah dengan berhimpun untuk menyatakan pendirian terhadap sesuatu perkara. Itu lebih tepat.

…..

Apa hukumnya kalau kami turut serta atau tidak dalam demontrasi pada Sabtu ini?” tanya pula seorang teman baru-baru ini.

Aku pun tidak tahu hendak jawab bagaimana terhadap soalan kamu ini, tapi aku cuba berikan beberapa jawaban yang telah pun disampaikan seribu tahun dahulu.

Hai orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu:Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (9 : 38)

Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (9 : 39)

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalann Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (9 : 41)

Jadi, kamu fikirlah sendiri dengan jawaban yang telah sedia ada ini. Aku hanya mengingatkan kembali,” jawab penulis.

……………………………………………

Pasca peristiwa yang berlaku…

isaEncik, kenapa kita perlu bantah dan mansuhkan ISA?” tanya seorang pelajar. Soalan itu dilontarkan ketika penulis membenarkan mereka bersoal-jawab dengan penulis tentang perlbagai perkara, dalam erti kata lain tentang isu terbuka.

Jawabannya mudah sahaja, kerana itu satu bentuk kezaliman,” jawab penulis.

Kenapa pula ia satu kezaliman?” soal pelajar lain.

Cuba kamu bayangkan jika kamu sedang memandu dan kemudian  ditahan oleh seorang polis trafik, tanpa menyatakan apa-apa tentang kesalahan kamu, lalu diberinya satu surat saman. Apa perasaan kamu?” saya cuba memberikan ideologi untuk mereka berfikir.

Mesti kami marah, sebab kami tidak tahu kesalahan kami.

Maka, samalah juga konsep yang diguna pakai oleh sistem ISA. Malah dalam keadaan tertentu lebih buruk lagi,” terang penulis.

Kamu semua para pelajar tergolong dalam golongan cerdik pandai, maka gunakanlah teknologi canggih yang sedia ada ini untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat-maklumat berkaitan, lalu kamu analisis dan nilailah dengan sebaiknya. Cuba berfikir dan menilai dari sudut kemanusiaan dan keadilan. Selami hati dan perasaan orang-orang yang ditahan dan begitu juga insan-insan yang ditinggalkan,” terang penulis dengan panjang lebar sebelum mengakhiri kelas dengan tasbih kafarah serta surah al-asr.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: