ANDAI PENGETAHUAN ITU SEBIJI KEK

Sebuah peristiwa di dalam sebuah kelas…

Okey, ada masalah atau tidak dengan soalan-soalan tutorial yang saya berikan minggu lepas?” soal seorang pengajar di hadapan beberapa orang penuntut.

Suasana hening seketika, sehinggalah pengajar itu bertanya lagi soalan yang sama buat kali keduanya barulah mendapat respon, itu pun menghampakan. Dari enam soalan tutorial berbentuk pengiraan, hanya satu sahaja yang dijawab itu pun tidak tepat.

CB106471

…..

Encik, soalan ujian nanti siapa yang sediakan?” tanya seorang pelajar.

Untuk subjek ini, hanya dua orang sahaja yang mengajar dan yang pasti bukan saya yang sediakan soalan ujian itu. Ini bermakna pensyarah seorang lagi yang sediakan,” jawab saya.

Tapi kertas jawapan kami nanti encik yang tanda, betulkan?” soal pelajar yang lain pula.

Itu saya tidak pasti, mungkin juga pensyarah itu juga yang akan tandakan. Tapi apa salahnya kalau dia seorang yang tanda,” jawab saya kembali.

Bukan apa, kami dengar kalau Doktor itu yang sediakan soalan pasti susah, dan jika Doktor itu juga yang menanda pasti susah dapat markah tinggi,” terang seorang pelajar.

Sebenarnya tidak kira pensyarah itu membuat soalan susah atau tidak. Yang menjadi isunya adalah, tahap kesediaan kita dalam menghadapi ujian itu. Jika kita betul-betul bersedia, maka InsyaAllah mudahlah soalan itu kita rasakan. Tapi ia akan jadi sebaliknya jika kita tidak bersedia. Dan pasti setiap soalan itu tidak susah sehingga langsung tidak dapat diselesaikan, cumanya adalah kesukaran sesuatu itu untuk diselesaikan. Susah dan sukar itu mempunyai tafsirannya yang tersendiri.

…..

Baiklah, bahagian mana yang kamu tidak faham dan soalan mana yang kamu masih belum mampu selesaikan?” tanya saya kepada sekumpulan pelajar yang kesemuanya lelaki.

Bahagian sistem terbuka encik,” jawab seorang pelajar berbangsa India.

Oh, bahagian ini mudah sahaja, sistem terbuka bagaimana laju sekalipun aliran yang masuk dan keluar, yang pasti isipadunya tetap di kawal,” jawab penulis memberi penjelasan kepada para pelajar.

Bahagian proses dan kitaran,” kata seorang pelajar yang lain pula mohon diberi penjelasan yang mendalam.

Baik, proses adalah semua kerja yang melibatkan sesuatu kerja ataupun perubahan dan juga pergerakan. Kitaran pula adalah satu perjalanan yang mengalami pelbagai proses dan akhirnya ia kembali ke bentuk yang asal,” terang saya kembali.

Bahagian pengiraan pula encik,” tanya pelajar yang lain pula.

Lalu beberapa jalan penyelesaian untuk beberapa soalan tutorial berbentuk pengiraan telah penulis buat di papan putih, bermula dari asas. Setiap langkah kerja penulis tunjukkan. Bagaimana untuk mendapatkan data dari properties table penulis tunjukkan. Dan akhirnya kelas yang berbentuk tutorial itu telah bertukar kepada bentuk bengkel pula. Semuanya perlu penulis tunjukkan.

Setelah kelas di buat bagai sebuah bengkel akademik, jalan demi jalan penyelesaian penulis tunjukkan, barulah mereka faham untuk menyelesaikan soalan-soalan tutorial yang diberikan.

Penulis bermonolog sendiri bila mengenangkan keadaan seperti ini. “Mengapa mereka ini susah sangat untuk faham subjek yang diajarkan ini?” Akhirnya barulah penulis sedar, mengapa ramai pelajar yang ingin mengambil subjek dengan penulis berbanding dengan pensyarah seorang lagi, mungkin mereka perlu diajar dengan penuh prihatin dan bukannya dengan menyuruh mereka untuk berdikari sendiri.

Terkadang penulis juga ada bermonolog sendiri, “mengapa setelah diajar berulang-ulang kali mereka masih juga tidak dapat memahami untuk subjek ini?” Alangkah bagusnya jika ilmu itu ibarat sebiji kek, hanya potong sebahagian kek dan serahkan pada pelajar yang susah sangat untuk faham. Tapi penulis sedar, itulah tingginya nilai sebuah ilmu, tidak semuanya dapat diperoleh dengan mudah. Ia perlu dicapai dengan penuh susah payah, barulah dapat dikecapi kemanisannya kemudian hari. Nilai ilmu itu memang sangat tinggi, sekalipun diberikan dan diajarkan pada orang lain, ianya tidak akan berkurang di dada, malah ia semakin mantap dalam penguasaan.

Itulah tingginya nilai sesuatu ilmu dan pengetahuan, sudah pasti tidak dapat diandaikannya sebagai sebiji kek.

piechart_384

28 Responses

  1. wahhh sedapnyer tengok kek tu
    makan xajak yerk

  2. haha..ingatkan ape yg bro komen tadi
    tapi mmg nmpk sedapla
    sib baik belum bulan ramadhan
    hehe

  3. salam ziarah..
    Apabila terbaca peristiwa ini, sy teringat sewaktu sy melalui latihan mngajar.Sy mengalami situasi yg lebih kurang sama. Mungkin sy dapat berkongsi sedikit kutipan pengalaman sy semasa LM.

    Dilema pendidik, pemahaman pelajar vs kejar silibus

    Tips dari guru cemerlang KSAH
    1. Bln pertama proses P&P berlaku, pertama sekali pendidik kena selit @ menanam satu minat & konsep bhw subjek yg diambil mudah serta berguna. Apbila seseorg berminat, dia akan sentiasa mencari.

    2. Susunan silibus diolah mengikut perkaitanan satu topic dengan topic yg lain. Sememang silibus mngkin dah ada tapi pendidik perlu pandai mengolah dr senang ke susah.

    Secara peribadi, menjadi seorg pendidik bukan mudah.
    Sy suka mendefinisi pendidik yg baik iaitu KREATIF,PENGETAHUAN dan FLEKSIBEL.
    Sy masih lagi mencari & belajar method terbaik dlm p&p.
    Mungkin ada kekurangan serta kelemahan dari sy.

  4. bagus perkongsian itu whiteknight
    sebenarnya, seorang guru atau pun pendidik itu perlu ikhlaskan niat. apabila niat kita ikhlas utk mengajar, maka secara automatik kita akan mencari method ataupun kaedah yang terbaik utk memahamkan pelajar.

  5. Yang pastinya adalah, lakukan semua pekerjaan itu sebagai salah satu bentuk pengabdian kita kepada Allah yang Maha Esa.

  6. tapi mmg benar ape yg abg mofas katakan tu
    seperti apa yg telah ada dalam ibu quran dan juga ibu politik – surah Al-Fatihah
    hanya Engkau yang aku abdikan diri dan hanya Engkau aku mohon pertolongan
    orang salah terjemah ayat itu dengan mengatakan hanya Engkau yang aku sembah dan hanya Engkau aku minta pertolongan
    sebenarnya ada perbezaan antara pengabdian dan penyembahan.
    pengabdian ini merangkumi semua perbuatan kita untuk mendapatkan kerahmatan Allah

  7. yup muluk sungguh apa yang diperkatakan oleh seorang pemuda yang bergelar al-hafiz
    sebagaimana namanya, begitu juga dengan huraiannya

  8. hahaha….tapi kalo abg mofas kutuk mengutuk ni, ayt dia slow je tp mmg berbisa giler..huhu
    seorang yang tenang n penyabar, tp bila dia start mengutuk, penuh dgn nada cynical. cakap relax je n xtujukan pd org tertentu, tp mmg org akn terasa…haha

    • nie kes kutuk mengutuk
      direct masuk hati…
      pedih woo..
      mcm ada pengalaman je
      Hoohoo😛

    • sbb ada pengalaman la aku cakap cenggini
      selalu gak aku kene kutuk ngan abg mofas
      time dia cakap tu wat muka selamber je, tp pedihnya bukan main…

    • tula ko nakal la tue
      pdn muka !!!
      xder org nk sound
      without any reason…
      hikhik😛

    • semua yng berlaku tiada kaitan samaada yang masih hidup atau telah meninggalkan kita

  9. phuhhh…baru tinggalkan kejap blog ni dh bertimbun komen korang kat artikel ni yerk

    mofas, nmpk gayanya ko kene selalu tulis travelogue ko la…tulisan n sharing ko yg lain xdapat sambutan hangat…betul ape yg hafiz kata…haha

    actually aku pn tertunggu-tunggu gak artikel travelog ko sebelum ni
    haha

    • jenuh la bro nk menaip
      sy pn agak sibuk
      kalo u all x call sy, alamatnya mmg senyap la
      maklumla bnyk bnda nk fokus
      pd mengajar n belajar
      pd research
      n management

  10. yela tu bang, macam la abg tu selalu call kitorg
    dr dlu tetap camtu
    dok dlm dunia sendiri, lone ranger la kononnya dlu

    weiii whiteknight, pah mane toyu
    senyap jerk….

    engku al-amin pn xde

    kak rulza n kak sofea

  11. hafiz, diorg ni saje nk kita response dlu barula diorg response
    kalo x senyap jerk

  12. Hafiz,
    toru kan praktikal..
    mestila bz nk ciapkan Alat Bantu Mengajar(ABM),
    lesson plan, lect & guru pbimbing nk dtg observe.
    lect 3 kali observe.guru pembimbing 6 kali tau..
    LM xmcm LI la…

    pemuda,
    tuan rumah la kena jemput dulu.
    kiki…
    toi x akk puteri??

    last sem lect sy guna facebook 4 discussion tok mengganti elearning tuk subjek design web kami.
    setiap group upload design web msing2.
    komen yg diterima bkn dr msia tetapi seluruh dunia
    (kump. kritik memg berltrblkg design: nike, adidas)
    menarik n berkesan..
    Rupanyer lect sy guna method ini utk kumpul
    respondent n data for her phd.

    kalo diubahsuai dlm dakwah,sy rase sesuai dengan struktur, layout n kemudahan fb
    tp kena mengikut acuan n lndsn yg betul

    • ko nk aku citer hikayat ape wahai whiteknight???
      ko mnta mofas citer pasal saasatul ibad la..
      karangan faisal tehrani
      ko dh hbs baca ke mofas?

    • BOIKOT PEMUDA
      xpegang pd janji

    • amboii whiteknight
      aku baru main2 je ko dh nk boikot aku yer
      aku bg makan biskut baru ko tau

      ok2…InsyaAllah aku akn introduce myself
      but not tonight
      akk ko dh jeling2 tu
      nk ajak tido
      haha
      next time la aku intro
      jgn marah geng

    • dan dan je nk tido
      akk dh jeling la konon
      haha

      xpe2….
      sabo jela…tp dh intro nama pn kira ok la mlm ni
      so others, pls shoot him with ur question
      bg dlu ape yg bro kene intro
      nnt dia jwb la

    • phuh…sib baik menjadi reason aku
      haha
      tido dlu geng
      oyasumi
      makan sumi
      haha

    • ok, sy pn mnta diri
      pg esok ade gotong royong taman
      bersama masyarakat

  13. Hafiz, mungkin ko boleh tlg share sikit information pasal social community nih…
    supaya pembaca lain leh tau.
    ape yg baik dan buruknya sesuatu social community ini.
    dan kemudian mungkin bro pemuda akn buat ulasan akhir.
    InsyaAllah

  14. wowowo…mantap sungguh tulisan ini..kik3x..

    ops muluk sungguh…hehe

  15. ko ketawa nape plak ha toyu?

  16. bukan ketawa la..happy..

    betul apa yg mofas cakap…

    andai pengetahuan itu sebiji kek….(kek secret recipe sedapnyeee)…

    sebenarnye pengetahuan tuh ibarat kek lapis sarawak…rasa lain2…kalo kau dpt layer atas belum tentu sama rasa ngn layer bawah…ahaks…sbb atas mgkin rasa strawberi tp bawah rasa oren….tengah2 ade jem..wow bestnye….kik3x…

  17. salam utk membaca…sungguh besar jasa seorang guru,byk betul pgorbanan nk kena buat..harap guru ttp x akan putus asa thadap anak muridnya..sy syg guru2 sy!…tp best jgk yeh kalo menuntut ilmu dgn memakan kek,hmmm (tgh membayangknnya)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: