KERETA : ANTARA KEHENDAK DAN KEPERLUAN

Sewaktu belajar diperingkat pengajian tinggi dahulu…

Wei Mofas, hujanlah. Macam mana nak ke kelas?” kata seorang teman.

Apa susah, tak payah pergi sajalah,” jawab penulis dengan selamba.

Nak risau apa, kita ada keistimewaan untuk tidak datang kelas sebanyak 20%. Jadi gunakanlah sepenuhnya dan jangan disia-siakan,” tambah penulis lagi.

Memang ketika belajar dahulu, ketetapan setiap subjek perlu memenuhi sekurang-kurangnya 80% kehadiran untuk membolehkan menduduki peperiksaan akhir. Ini bermakna pelajar mempunyai keistimewaan untuk tidak hadir kuliah sebanyak 20% dari keseluruhan hari perkuliahan bagi setiap subjek.

Tapi hakikatnya yang sebenar, kedatangan penulis sering kali tidak melepasi piawai 80% itu. Setiap kali menjelang peperiksaan akhir, maka muncullah surat permohonan kebenaran dari dekan fakulti untuk membenarkan penulis mengambil peperiksaan akhir. Dan Alhamdulillah, tidak pernah walau sekali pun sepanjang pengajian dulu penulis tidak dapat mengambil peperiksaan akhir.

…..

Mofas, kau tak cemburukah melihatkan kawan yang lain memandu kereta ke kuliah?” tanya seorang rakan sekuliahan merangkap teman satu rumah.

Sikit pun aku tak cemburu, sebab aku tahu setiap manusia itu telah ditetapkan rezeki mereka masing-masing. Dan aku bersyukur aku dapat ke kuliah dengan motor yang aku ada sekarang ini.

Memang tiada langsung perasaan cemburu di hati melihatkan pelajar-pelajar yang lain memandu kereta ke kampus. Sebaliknya penulis berasa bersyukur kerana telah dihadiahkan sebiji motor untuk digunakan bagi kemudahan penulis ke kelas. Jika dahulu sewaktu penulis menuntut di UTM peringkat tahun asas, penulis ke kuliah dengan hanya berjalan kaki selama setahun dari satu tempat ke tempat yang lain.

Lagi pula penulis sedar bagaimana latar belakang penulis. Mengapa perlu menyusahkan emak ayah demi hanya untuk memenuhi kehendak sendiri sedangkan keperluan itu cukup untuk dipenuhi dengan mempunyai motor. Dan Alhamdulillah, dengan itu penulis berjaya menghabiskan pengajian dengan baik.

……………………………………………

Alam pekerjaan semasa…

Kau tak nak pakai keretakah Mofas?” tanya seorang teman sejawatan yang lebih senior.

Belum masa lagi kot, belum sampai ke tahap keperluan lagi,” jawab penulis.

Okey, kita tengok nanti bila tahap keperluan kamu tu. Tapi kau kena fikir, takkan kau nak pergi kursus atau seminar dengan menaiki bas.

…..

Suatu pagi yang hening lagi sejuk..

Alamak, hujanlah pula pagi-pagi ni. Macam mana aku hendak ke pejabat. Pagi ini ada mesyuarat dengan ketua jabatan,” monolog penulis seorang diri.

Akhirnya, apa yang berlaku adalah penulis tidak hadiri mesyuarat itu.

…..

Jika sewaktu belajar dahulu, kereta ini bagi penulis bukan satu keperluan yang mustahak. Jika hujan dan sebagainya mudah sahaja ambil langkah penyelesaian iaitu tidak hadir ke kelas. Tapi pabila sudah berada di alam pekerjaan kini, baru terasa ia satu keperluan. Takkan penulis akan membatalkan kelas dan membuat kelas ganti pada waktu lain semata-mata kerana hujan. Begitu juga takkan penulis dengan hati yang senang tidak menghadiri mesyuarat-mesyuarat penting yang diadakan kebetulannya waktu hujan. Maka di situlah timbulnya keperluan untuk berkereta, sekurangnya mampu berteduh dari hujan dan dapat menghadiri urusan-urusan penting.

…..

Salam bang, saya fikir mahu beli kereta dalam masa terdekat ini, ada cadangan tak?” tanya penulis kepada abang kandung melalui sistem pesanan ringkas SMS.

Tidak lama kemudian deringan telefon genggam berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk.

Nak beli kereta yang macam mana?” balas abang dengan soalan pula.

Niatnya cukuplah dengan kereta ‘tangan kedua’, asalkan ada kereta sudah memadai, mudah segala urusan,” jawab penulis.

Abang tidak bersetuju, kereta ‘tangan kedua’ ini banyak masalah. Satunya bunga pinjaman bank yang tinggi dan keduanya risiko masalah peralatan kereta.” terang abang.

Itu adalah satu dialog antara penulis dengan abang kandung yang hanya sekadar berhubung melalui SMS. Hakikatnya untuk membeli kereta, ramai insan penulis bertanya memohon pendapat. Dan majoritinya tidak mengesyorkan untuk membeli kereta ‘tangan kedua’, termasuklah respon dari seorang insan yang solehah dan jamilah. Yang pasti selain emak, pasti pada ‘dia’ penulis akan berkongsi perkara-perkara penting.

Kamu nak pakai kereta apa?” soal abang.

Kalau diizinkan emak, cadangannya mungkin Toyota Vios, jika tidak pun mungkin Naza Bestari Peugeot 206 ataupun Proton Satria Neo,” jawab penulis.

Sebelum kamu beli kereta, kamu perlu fikir dan rancang masa hadapan kamu. Perlu diingat kamu perlu sambung pengajian sehingga peringkat tertinggi. Jika kamu hendak sambung di dalam negara, ia tidak menjadi satu masalah jika kamu ingin beli kereta yang mahal. Tapi jika sebaliknya, kamu perlu fikir nilai kereta itu nanti ketika kamu ingin menjualnya untuk kamu sambung pengajian ke luar negara. Dan yang pasti abang tidak syorkan kamu ambil Naza Bestari kerana nilainya jatuh teruk selepas pembelian,” terang abang dengan panjang lebar.

Kamu fikirlah dengan baik. Dan ingatlah, beli kereta ini biarlah ikut keperluan bukan kehendak,” nasihat abang di akhir dialog kami.

…..

Salam bang, ada di mana sekarang ini?” soal penulis melalui pesanan ringkas juga kepada seorang staf tempat penulis berkhidmat. Merupakan seorang abang yang memahami dan banyak membantu serta tempat rujukan untuk banyak perkara.

Abang di rumah sekarang ini. Ambil MC sebab tak berapa sihat. Kenapa?” balas abang.

Niatnya nak ajak abang ‘survey’ kereta. Tapi kalau tidak sihat tak apalah,” jawab penulis pula.

Oh..tak menjadi masalah, datanglah sini. Kita jumpa nanti abang bawa pergi pusat jualan kereta.

Ketika perjumpaan itulah bermulanya pencarian penulis untuk sebuah kereta. Dibawanya penulis dari sebuah pusat jualan ke pusat jualan yang lain. Bermula dengan pusat jualan Proton, kemudian Toyota, diikuti Naza dan diakhiri dengan pusat jualan Nissan. Dua kereta telah dipandu uji iaitu Toyota Vios dan juga Naza Bestari Peugeot 206. Dari empat pengeluar kenderaan tersebut, tiga kenderaan dalam lingkungan mampu milik, iaitu Toyota Vios, Naza Bestari dan juga Proton Satria Neo.

Setelah beberapa kereta dipandu uji, kini tiba pula saat penting untuk membuat pilihan. Di sinilah pentingnya input-input yang diperolehi dari ramai pihak yang rapat dengan penulis. Dan pastinya input yang diperolehi ini penulis rasakan sangat berguna untuk difikirkan dengan ranumnya. Ini kerana sudah menjadi sifat penulis untuk mendapatkan pendapat dari ramai pihak untuk dipertimbangkan sebelum sesuatu keputusan itu diputuskan.

Abang kandung : “Terpulanglah kamu hendak beli kereta apa, cuma abang cadangkan supaya elakkan beli kereta buatan Naza dan juga jenis ‘tangan kedua’ supaya memudahkan urusan di masa hadapan.

Abang A : “Kalau kamu mampu, baik beli Vios. Bukan untuk berlagak mahupun riak, tapi kamu perlu juga fikirkan tentang keselesaan.

Abang B : “Kebiasaannya orang tidak akan beli kereta yang mewah untuk kereta pertama. Kamu beli dahulu kereta yang biasa dahulu dengan anggapan ia akan menjadi kereta ‘kedua’ sebelum kamu beli kereta yang agak mewah untuk dijadikan kereta ‘pertama’ kamu.

Abang C : “Memang perlu beli kereta tapi kamu perlu ingat jangan sampai duit pendapatan kita itu hanya habis untuk bayar kereta. Kita ada komitmen yang lebih besar untuk mendaulatkan Islam di bumi ini. Duit pendapatan kita itu juga perlu diinfaqkan ke jalan Allah. Abang khuatir, komitmen kita untuk menginfaqkan harta ke jalan Allah terganggu dan tergugat kerana komitmen itu telah dilaburkan untuk kereta.

Abang kandung : “Kamu fikirlah dengan baik. Dan ingatlah, beli kereta ini biarlah ikut keperluan bukan kehendak.

……………………………………………

Setelah difikirkan semasak ranumnya dan mendapat keizinan emak serta persetujuan si ‘dia’, maka penulis membuat keputusan membeli sebuah kereta yang memenuhi kesemuanya. Kereta yang memenuhi keperluan dan juga kehendak. Kereta yang ‘tangan pertama’, buatan tempatan. Mempunyai ciri-ciri keselamatan yang diperlukan. Dan pastinya juga menepati kemahuan penulis iaitu dari segi performance dan kecekapan enjin.

Sebuah kereta yang mampu milik, dan juga masih mampu untuk berkomitmen dalam menginfaqkan harta di jalan Allah dan perjuangan Islam. InsyaAllah…

P1010421.JPG_770

55 Responses

  1. Hitam e2 menawan.. =)

  2. pergh…mantap la bang
    mmg masih ade jiwa lone ranger ehh
    amik kete satu pintu

    • emm..
      xyah la dok sebut lone ranger lg..

      • haha…hafiz, akk puteri ko dh marah tu
        minta maaf cepat

      • alamak….minta maaf kak
        erm, nk cakap cmne yer…
        abg mofas ni still ade jiwa merembat kete laju2
        huhu…betul ke ayat tu

        minta maaf kak

      • emm..
        xde maknanya nk bwk laju2..
        hadlaju max 110 – 120/km shj..
        sepertimana syarat y abg mofas letakkn kat akak..
        untuk keselamatan jg..
        (ingatlah org2 y tersayang)

      • haha..kalo stakat 110-120km…lebih baik dia xyah amik CPS
        amik satria neo biasa jela
        yg middle line or base-line
        haha

        padan muka ko mofas…simpan stor la cps ko tuh
        so pas ni xleh sohorla enjin cps ko
        whoahahaha

      • wahhh…sygnya akk pd akk
        xbg lebih 120km tu

        abg mofas pn sama, bg regulation camtu kat akk yerk
        haha

      • amek CPS bukan untuk bwk laju..
        asal enjin best sudah..elak mslh..

        abg Mofas buat syarat tu slps akak xcident truk dulu.. =)

      • haha bro..agak2 la kalo nk ngutuk abg mofas
        simpan stor katanya..haha
        kalo simpan dlm garage tu kira ok la lagi
        hahahaha

        mane abg mofas ni
        slow ke beruk band dia
        tula xbg makan beruk tu siang td
        hehe

      • haha…
        tula pasal…dia ngadu kat aku yg ko xcident
        mmg seorg yg penyayang betul la
        risau giler dia dibuatnya

      • hehe…sy pun leh agak yg akk xcident walaupn abg xbgtau
        sy baca artikel abg mofas pn leh agak
        cuma xtau la plak teruk ke tak
        sbb tgk gmbr kat artikel tu
        kete yg kemek, tp org ats beskal tu relax je
        beskal pn ok jerk
        haha

      • emm..mmg salah sy jgk..
        bwk laju time hujan.. =(

        e2 la mslh celcom broadband..
        asik slow je..

      • gmbr kat article tu xde kaitan ngn akak.. =)
        x share pun gmbr kete..nnti lg kena ltk syarat y ‘berat’..

      • puteri mofas, aku nk tanya skit ni…
        based on article dia ni, dia ade refer pd ko la yerk utk beli kete

      • ha’ah..
        nape?

      • huhu…abg mmg camtu
        penyayang dia n caring dia mmg xleh celen
        hoho…

      • saja je aku tny
        bagusla apa yg diterapkan mofas,awal2 lg dh bawak bincang bsama apa yg nk dibuat n diputuskan

        bukan cam org lain, even dh kawen pn, suami akan wat keputusan sndr tnpa mnta pendapat n persetujuan isteri.

      • e2 la sifat abg kesayangan Hafiz.. =)

      • dan juga abg kesayangan akk…hehe
        peace…
        betul x?

      • bak kata upin ipin..
        betol3x.. =)

      • dan juga adik kesayangan aku
        haha
        aku pn nk join gak
        haha

  3. mantaplah mofas, ko amik CPS ker?
    color kete ko mmg hitam gak ker? tu bukan kete ko, tu gambar kete masa launching dlu…
    tunjukla gmbr kete ko…
    no plat skit…haha

  4. ape la ko nih…CPS pn xtau…
    CPS tu maknanya Cam Profile Shifted
    kalo kete proton dia guna enjin campro
    tp campro ni ade kelemahan masa slow naik bukit
    kadang2 leh mati enjin
    cam CPS ni dia solvekan problm tu n then dia mmg mantap time speeding la…pada certain kelajuan tu mmg mantap
    haha…faham x? kira CPS ni horsepower dia lebih la
    kalo satria neo biasa 110hp, yg CPS ni dia 125hp

    faham?
    alamak aku lupa, ko bab2 kete ni mmg slow skit kan
    maklumla imam masjid time terawih
    haha

  5. oho…ok2…
    cam Campro IAFM la juga yerk

    • aha..pandai pun ko
      Campro IAFM tu kira enjin barula introduced by proton
      utk atasi masalah tu
      CPS ni utk torq power n horsepower

  6. oklah aku nk mnta diri dlu….
    nk tido
    selamat malam

  7. ok, sy nk mnta diri dlu ye semua
    bro n akk
    esok nk kene bangun awal sediakan makanan keluarga
    salam

  8. Oyasumi..
    Wassalam..

  9. Sudah panjang dan banyak rupanya komen tntg artikel ini
    tapi tidak mustahillah sbb kebanyakan artikel mofas mmg menarik dibaca, pengolahan ayt dgn baik.

    Ya, sy setuju dgn mofas dan juga tertarik dgn corak pemikiran mofas. mmg zaman sekarang ni remaja yg di IPT semua berebut utk membawa kereta sndr sampai membebankan ibu bapa. sedangkan keperluan mereka cukuplah dgn menaiki motor. Kemudian kita boleh lihat, remaja sekarang yg berkereta belum masa yang selayaknya, bagaimana mereka dengan lagaknya dan pasti berasa bangga di depan rakan2 yg lain. akhirnya ada yg keciciran malah lebih buruk konvo sebelum masanya.

    Tidak cukup untuk memenuhi keperluan mereka, malah cuba memenuhi kehendak. Kita boleh lihat bagaimana para remaja berbelanja utk memenuhi kehendak mereka sedangkan perbelanjaan itu diluar kemampuan mereka kemudian membebankan org tua mereka. Mereka berbelanja semata-mata untuk memnuhi kehendak nafsu dan ingin menunjuk-nunjuk. Sedangkan apa yang dibelanjakan itu bukan satu keperluan yg penting dan mustahak. Sekadar melihat dan berkenan di hati terus sahja beli tanpa berfikir dgn semasaknya. Akhirnya selepas di beli, simpan tanpa digunakan, atau jika digunakan hanya sekadar sekali dua lalu disimpan dalam almari atau tempat2 stor.

    • betul tu kak…

      bila saya tengok student naik kereta saya selalu tanya suami, mana diorang dapat dwet beli dan mengisi minyak tiap-tiap bulan. saya percaya bukan semua yang ke IPTA ni dr keluarga yang betul2 kaya…Membeli kereta dan mengurus keperluan kereta, wang yang perlu bukan sedikit. Even saya dan suami perlu ada budget khusus untuk keperluan kereta tiap2 bulan..bukan puluh tapi beratus… kalau terusik tak jalanlah.

      Patutke STUDENT menyusahkan MAK AYAH dengan bebanan ni..??

      saya dulu berjalan kaki ke kuliah. tambah lagi duduk di luar(Taman Rona). Untuk menapak dari pintu masuk UTHM ke Pusat teknologi FKMP adalah sesuatu yang PERIT. Tapi sebab nak Ilmu tahan hati sajala. Kalau lambat masuk kelas tu termengah2 dan berpeluh sampai hujung kaki…

      Lagi satu yang saya tengok anak melayu kalau ada kereta mesti yang BARU dan BERJENAMA. Berbanding dengan anak CINA kalau berkereta usaha beli yang BURUK saja. Hanya cukup untu keperluan ke KELAS.

      Dulu pun envy juga orng ada kereta. Tapi apa nak buat diri sendiri tak mampu…

      Kereta pertama saya VIVA EZi . masa tu tahun 2007. Guna Gaji RA je. Mungkin ada rezeki suami pula yang tambah kereta baru. Mungkin Silphy, atau any MPV car.

      Kalau ikut kehendak kami berdua nak MURANO…tapi harga 300K berbaloi ke……

      kena timbang2 antara kehendak keperluan dan KEWANGAN…:)

  10. Setuju sgt komen kak sofea..
    Mungkin keperitan mencari duit xdirasai oleh pelajar zaman skrg.
    “Minta saja, ada di depan mata”.
    Rasa bersyukur hilang kemana.

    Dua dialog, Dua rasa
    Satu golongan berkata “kalo dah mampu, apa salahnya. Lgpn sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa kita kena memenuhi keperluan kita semasa belajar”.
    Itulah kalimah yang seringkali terkeluar dari mulut pelajar sekarang.

    Berlainan pula dengan dialog ini…
    Satu golongan berkata”Duit biasiswa/pinjaman aku dah habis kerana membiayai yuran adik-adik untuk sambung belajar, terpaksa ikat perut hingga hujung sem.”

    Sekadar sharing is caring.
    Dua dialog ini sy sering dengar hingga hari ini.
    Mungkin lumrah kehidupan @
    Dugaan ini akan medan mentarbiyahkan mereka nanti. InsyaAllah~~

  11. ** Dugaan ini akan menjadi medan mentarbiyahkan mereka ini. InsyaAllaH~~

  12. yup, mmg benar apa yg dikongsikan oleh akk sofea dan juga whiteknight…
    hanya mereka yg benar-benar telah merasai kesusahan saja yg tau erti nilai sesuatu benda

  13. akk sekadar menyatakan apa yg dirasai oleh mereka yg dewasa…terima kasih kerana whiteknight bersetuju dgn akk.

    kadang-kadang akk fikirkan remaja sekarang ini terlalu mudah untuk mendapatkan kesenangan..akk risau perkara yg sama akan berlaku pd mereka spt apa yg tlh berlaku pd diri akk…

    akk taknak adik2 akk yg disayangi disini mengulanginya.

  14. akk sofea, izinkan sy bertanya pd akk,
    benarkah perempuan yg dtg dari keluarga yg agak berada ni seorg yg ego, kurang erti bersyukur, berlagak dan tinggi diri?

    maaf, sy benar2 ingin tahu. boleh tak akak ceritakan ciri2 wanita yg sombong, ego, berlagak, dan tinggi diri ini?

  15. agak berat jg soalan kamu ni hafiz
    tapi setiap manusia itu masing2 mmpunyai deria dan perasaan tersendiri, kita blh mendapatkn jawpannya dgn melihat sekeliling kita. boleh mndapt jawapan dgn menilai org disekeliling kita. di situ baru kita kenal bagaimana seorg insan yg merendah diri dan bgmaina seorg insan yg meninggi diri.

    sebenarnya tdk semua prmpn dr keluarga berada itu seorg yg ego, sombong, kurang brsyukur, berlagak dan tinggi diri.mereka yg dtg dr keluarga yg sederhana atau miskin pn ada juga sifat2 begitu. cumanya org yg berada ini mgkn lebih pd sifat riya dan tinggi dirinya dan mungkin sebab latarbelakang keluarga mereka, krn apa yg mrk kehendaki semuanya mudah diperolehi.dari situlah kurangnya erti bersyukur pd mereka.

    ego ini mmg semua insan ade wahai hafiz.cuma mgkn org akan kata org berada ini egonya tinggi.ramai yg kata bgitu mgkn disebabkan perilaku yg telah mereka tempuhi.

    sombong pula adalah selayaknya bg perempuan, tp bukanlah dgn sombong yg melampau.sombong yg selayaknya adalah dgn tidak mudah utk prmpn itu melayan lelaki lain.sombong itu adalah perlu.tetapi tidak pd sesama prmpn.

    berlagak, tinggi diri dan ego itu boleh akak anggapkannya sebagai satu bnda yg sama. seseorg itu berlagak atau tinggi diri itu adalah dsebabkan egonya. seorg yg ego rendah dia tidak akn meninggi diri sebaliknya dia akn merendah diri.

    itu saja jawapn dr akk.mungkin yg lain boleh tambah.rulza, puteri, whiteknight n toyu
    mungkin juga oleh mofas sendiri dan pemuda, engku

    • betul kak …

      tak semua yang datang dari keluarga berada begitu. macam pemuda cakap lebih perit kalau yang tersembunyi.

      hafiz bercakap tentang calon isteri hafiz ke?

      cakap pasal perempuan dr keluarga kaya kadang2 bukanlah ego atau sombong..tapi sebab dari asal perempuan tersebut telah biasa dpat apa yang dia nak jadi bila dia komen tentang kekurangan sesuatu perkara dia nampak ego dan sombong…tak boleh juga nak salahkan.

      sebab tu sekufu dari segi taraf ni penting juga sebenarnya. kadang2 antara suami isteri boleh tolak ansur tapi mertua pulak jadi masalah.

      jadi kejutan la kalau berdepan dengan masalah2 kewangan sebab sebelum ni dia tidak merasa.

      sebab tu kalau bekahwin kalau suami mampu suami kena sediakan keperluan bagi isteri sama seperti dia masih gadis dulu.

      tapi yang lebih penting ISTERI SOLEHAH, akan redha dengan apa saja pemberian suami..

      manusia ni ada kekurangan dan kelebihan..dalam konteks berpasangan maybe she complete you in her way..cuma kena cari la titik pertembungan tu supaya dapat jadi satu….

      • “hafiz bercakap tentang calon isteri hafiz ke?”
        haha…jawab, jgn xjawab hafiz…

        “sebab tu kalau bekahwin kalau suami mampu suami kena sediakan keperluan bagi isteri sama seperti dia masih gadis dulu.”
        huhu…tang statement ni yg berat ni, suami kene sediakan keperluan bagi isteri sama seperti dia masih gadis dulu…aiyakkk….BERATNYA.tp InsyaAllah demi kasih sayang akan dilakukan juga.

        mula2 niat nk praktik dah statement yg kat atas tu, tapi bila baca statement ni xjadi plak…
        “tapi yang lebih penting ISTERI SOLEHAH, akan redha dengan apa saja pemberian suami..”
        hehe…InsyaAllah bukan saja SOLEHAH malah JAMILAH, SAKINAH, MAWADDAH, dan yg plg penting AL-MERAJUKLAH.hahaha opss…
        jgn marah puteri

      • yup benar…she complete me for most.
        Alhamdulillah, InsyaAllah wa biiznillah.

      • ye, benar ape yg sofea, whitenight n rulza cakap…
        camne pun, seperti yg rulza kata la, ISTERI SOLEHAH itu penting…
        kita leh baca kembali sirah, bnyk sirah yg menceritakan bagaimana peribadi mulia seorang wanita kaya dan kemudian menyerahkan kesemua harta kekayaan dan kesenangan dunia yg dia ada untuk Islam.
        Contoh termudah yg ada adalah Siti Khadijah isteri pertama Rasulullah. Bagaimana permulaannya seorang yg sangat kaya di Mekah dan kemudian dia menginfakkan dan mengorbankn harta demi Islam. Sanggup hidup susah bersama suami tercinta.

      • haha aku suka quote ko mofas
        “hehe…InsyaAllah bukan saja SOLEHAH malah JAMILAH, SAKINAH, MAWADDAH, dan yg plg penting AL-MERAJUKLAH.hahaha opss…”

        haha AL-MERAJUKLAH tu aku xpernah jumpa dlm kamus arab…mmg ayt penuh sastera tinggi ko ni mofas…
        whoahahaha….

        pe citer puteri?haha….

      • yup benar tu bro…sirah Siti Khadijah sgt bagus sebagai contoh kerana baginda adalah antara wanita contoh teladan yang baik.

        AL-MERAJUKLAH tu satu kosa kata yg baru diwujudkan dalam kamus arab…bro try guna versi terbaru..nnt ade kot
        haha

      • tapi sebagai suami dont take your wive for granted…
        tangungjawab tetap tanggungjawab

        walaupun title ISTERI SOLEHAH tu penting, tapi tanggungjawab dan peranan SUAMI SOLEH tu LEBIH PENTING bagi merealisasikan title ISTERI SOLEHAH tu..

        Bukan semua lelaki bernasib baik mendapat isteri yang sudah cukup ilmu agama dan berperibadi SOLEHAH setelah berkahwin.

        Pasal merajuk ni, nature wanita memang begitu…
        tapi ada beberapa kategori la…

        ada wanita merajuk manja-manja..merajuknya mencuit hati suami…usik-usik membawa pujuk.

        ada wanita merajuk marah-marah..kena suami kurang sabar, jangan harap nak di pujuk…silap haribulan kena marah balik dua-dua merajuk.

        wanita, kena pandai la nak merajuk macamana…jangan sampai suami hilang sabar sudahla….

  16. maaf kerana sy bertanya soalan ini pd akak
    setiap kali sy tanya pd abg mofas or luahkan pd abg mofas
    selalu dia kan kata
    “sabar jela, nk wat camne…dh dia camtu…lama2 okla tuh”
    tapi hakikatnya sy ini bukan mcm abg mofas
    boleh bersabar dlm banyk hal, dan lebih suka mengalah dlm bnyk pkara
    bro pemuda pn sama…tapi bro pemuda tiada masalah sbb akk syifa mmg seorg yg sgt baik.serba serbi baik bg sy.

  17. Sy suka pendapat akk sofea..
    “melihat dan menilai org disekeliling kita”
    Niat dari hati.
    Perbuatan dari niat.
    jika niat baik, perbuatan akan baik
    & sebaliknya..

  18. Ya saya juga bersetuju dgn komen kak sofea…
    dialog yg dikongsikan oleh whiteknight juga memberikan makna yg sgt signifikan…

  19. sebenarnya sombong, ego, tinggi diri, berlagak dan kurang bersyukur itu lagi bertambah teruk bila ia tersembunyi. kadang2 kita tgk sesorg itu sengaja bercakap dgn merendah diri, tp hakikatnya dia bercakap dgn terlampau merendah diri (atapun merendah diri dgn melampau-lampau) semata-mata nak menunjukkan tntg kebaikan dirinya seorg yg merendah diri. itu juga sebenarnya satu bentuk riya dan juga meninggi diri. penyakit inilah yg kebanyakannya ramai susah nk mengubatinya.

    Bila ckp pasal bnda ni teringat aku tntg satu kisah aku dgn adik2 aku…
    seorg yg baru saja beberapa bulan aku kenal dan rapat, jenis yg bnyk bercakap dan paling muda. dan seorng lg yg mmg telah lama aku rapat dan kenal hati budinya, seorg yg agak pendiam dan perilaku yg tenang, layaknya seorg abg kepada adik yg seorg lg.

    kami dlm satu kereta dan dlm perjalanan ke suatu destinasi, aku yg selayaknya seorg abg sulong sering memerhatikan tingkah laku kedua org adik2 aku ini.

    situasi 1 : ketika awl hendak bertolak, aku mmpelawa si abang utk memandu kereta aku, dan pd permulaannya dia menolak, dab bila ditanya knp dia menolak, lalu dia menjawab segan org pandang kerana memandu kereta yg agak mewah.setelah dipaksa akhirnya si abg memandu juga dgn penuh berhati2.

    situasi 2 : ketika sudah hampir dgn tmpt yg dituju, si abg cuba untuk memasuki satu lorong disebelah kanan tetapi telah dihalang oleh sebuah kereta yg jenis agak sederhana, lalu si adik dgn nada yg agak marah mengetus “dhla bawak kete kecik, berlagak pula xnk bg laluan”. tp si abg hanya senyap dan terus memandu mencari tmpt lain dgn tenang.

    situasi 3 : di ketika yg lain pula, hendak dijadikan cerita, situasi yg hampir sama dgn situasi ke2 td berlaku tetapi kali ini kereta yg agak sederhana itu pula meminta laluan pd kami. sekali lagi si adik berkata, “abg jgn bg laluan pd dia, td dia xbg laluan pd kita, ajar dia skit kali ini”. tp si abg hanya senyap mendiamkan diri lalu memberikan laluan pd kereta td dan sekali lg si abg terpaksa mencari tempat yg lain.

    dari kejadian itu aku dpt menilai sifat si abg. ketika situasi 1 bagaimana seorg adik lelaki cuba menolak dgn baik utk tdk memandu sebuah kreta yg agak mewah krn merasakan segan jika dipandang oleh org lain. disinilah letaknya sifat seorg yg cuba utk mengelak sifat ataupun perasaan riya. jika org lain yg aku pelawa semua berebut nk pandu kreta aku, tp si adik ini pula menolak.

    pada siatuasi ke2 dan ke3 pula dpt aku lihat sifat si abg ini yg mana seorang yg merendah diri.walaupun dia memandu sebuah kreta yg agak mewah, tp dia masih lg tidak berlagak atau meninggi diri. masih lagi mengalah dalam semua perkara. mengalah untuk tidak berebut dgn org lain walaupun memandu kreta yg besar.

    dan kesan yg paling besar lg yg aku ingat sampai sekarang adalah dialog si abg kepada si adik:
    “buat apa kita nk berlagak atau meninggi diri, ego ataupun sombong, akhirnya kita mati dan mengadap Allah juga akhirnya. tak beri erti apapun dihadapan Allah jika kita berebut dgn org lain. Biarlah kita mengalah. Yang penting adalah apa yg ingin kita persembahkan di hadapan Allah kelak”.

  20. huhu bro, cam familiar je ngan situasi2 tu..haha
    tp mmg betul la apa yg bro kongsikan tntg ape yg si abg tu cakapkan…
    mmg sgt berkesan…
    dia cakap relax je tp sgt terasa dihati…
    itulah kelebihan si abg tu kan bro…
    huhu

    • Alhamdulillah…berbangga dgn harta dunia pn bukan semua boleh dibawa mati, yg dibawa hanyalah bekalan abadi.

      sekadar perkongsian ilmu:
      sebenarnya kita bnyk melakukan kesilapan, org Islam sentiasa meninggi diri dan sombong serta ego dgn sesama Islam, dan merendah diri pada org yg menganut fahaman agama lain. itulah silapnya.

      Sebenarnya hukum adalah Wajib untuk kita menunjukkan keizzahan (kehebatan) kita sebagai org Islam pd org yg belum beragama Islam, kerana di dalam dada kita membawa kalimah agung iaitu Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasullullah. Kita perlu tunjukkan kehebatan kita selaku umat Islam kerana kalimah ini adalah kalimah tertinggi, tiada kalimah yg lebih tinggi dari ini.

      Apabila bersama sesama Muslim pula, kita disuruh utk merendahkan diri, kerana di dada masing-masing membawa kalimah agung yang sama. Apabila bertemu dua orang beriman, maka takwalah yang membezakannya. Mengapa perlu kita berbangga diri sedangkan orang disekeliling kita itulah lebih takwanya yang lebih dipandang Allah. Dan jika seorang muslim disekeliling kita yang kurang takwanya, maka sebab takwa di dalam dirilah yang menyebabkan kita merendah diri.

      Maka kesimpulannya mengapa perlu kita berbangga diri sedangkan kebanggaan itu tidak dipandang Allah, hanya yang dipandang adalah nilai takwa yang melahirkan sifat yang terpuji.

      Allahuaklam.

  21. Mofas dah dapat ke kereta..Tak sabar nak tengok Encik Adik memandu…..Macam mana Gayanya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: