NASIHAT SESUDAH RAMADHAN DAN SYAWAL (Refresh)

Tentu terbayang di kotak ingatan kita;

Terfikirkan di ufuk minda kita;

Terngiang di telinga kita;

Terhias di hati kita akan indahnya bulan Ramadhan.

Kini yang menjadi bahan pemikiran kita dan sentiasa terfikir di hati, bukan lagi kemanisan dan ketenangan, tetapi bagaimana keadaan dan diri kita sesudah Ramadhan…

Tentu sekali kita di dunia ini tidak ingin menjadi orang yang merugi. Yang mana sebelum kedatangan kita lebih baik berbanding setelah Ramadhan. Sudah pasti yang kita mahukan adalah sesudah Ramadhan itu kita lebih baik dari sebelumnya. Ini kerana kita semua telah berjaya berprogram selama sebulan yang mana program ini telah direka khas setiap tahun oleh Sang Maha Pencipta Yang Agung.

Oleh itu, untuk mengelak kita menjadi orang mahupun insan yang merugi, penulis mengajak diri penulis dan pembaca sekalian untuk menelusuri kembali beberapa hakikat mengenai puasa yang telah dikupas oleh beberapa orang ulama.

Apakah tujuan berpuasa itu?

Tujuan berpuasa itu adalah untuk taqwa. Selaras dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 183 : “Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.

Apakah itu hakikat taqwa? Hakikat taqwa itu jika diperhatikan dari pendapat ulama adalah dengan melaksanakan perintah (dari sudut yang wajib dan sunat) dan meninggalkan (segala) larangan Allah.

Bagaimana puasa/bulan puasa itu boleh menimbulkan dan melahirkan sifat taqwa?

  • Puasa itu merupakan simbul keikhlasan – merupakan ibadah sirr, ibadah yang tidak terlihat. Dalam hadith qudsi ada berbunyi : Setiap amalan anak Adam itu adalah baginya kecuali puasa, maka ia adalah untuk-Ku. Dan Aku yang akan memberikan pahala yang berlipat ganda baginya”. Ini kerana boleh saja seseorang itu makan dan minum di siang hari dan berpura-pura keletihan seperti orang berpuasa, tetapi dia tidak melakukan sedemikian kerana niatnya ikhlas kerana Allah S.W.T.
  • Puasa itu mengikuti sunnah rasul – sebelum sesorang itu berpuasa sudah pasti dia perlu mengetahui tatacara ibadah puasa yang sahih sebagaimana tuntunan rasul kita Muhammad SAW. Segala perkara yang sah, dilarang dan membatalkan puasa. Sehingga secara tidak langsung, dia akan berusaha mengikuti dan menjejaki nabi yang mulia. Dan seterusnya menapaki jejak bukan hanya dalam masalah puasa, malah dalam semua urusan tidak kira solat, zakat, haji, tingkah-lakunya dan kehidupan sehari-harinya termasuklah makan minum, pentadbirannya dan sebagainya sesuai dengan contoh pembawakan rasul.
  • Puasa itu menahan hawa nafsu – hawa nafsu berupa syahwat tidak kira terhadap makanan, minuman, persetubuhan dan lainnya termasuklah menahan dan melawan pandangan mata, lintasan hati, menjauhi ghibah yang mana boleh mengurangi pahala puasa.
  • Bulan puasa itu bulan tempaan – iaitu bulan penempaan keimanan hamba. Orang yang sentiasa menahan hawa nafsunya akan diberikan pahala yang agung selaras dengan firman Allah : Adapun orang yang takut pada kedudukan Rabbnya dan senantiasa menahan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya”. Sesungguhnya untuk menahan hawa nafsu itu sangat berat yang memerlukan kesabaran. Maka antara tujuan berpuasa itu adalah melatih kesabaran.
  • Puasa itu melatih kesabaran – sabar itu mempunyai tiga tingkatan:-
  1. Sabar dalam ketaatan.
  2. Sabar dalam meninggalkan kemaksiatan.
  3. Sabar dalam menanggung musibah.
  • Puasa itu menimbulkan sifat dermawan – kata ulama,“Dihiaskan kepada manusia itu rasa cinta kepada pasangannya, anak-anaknya, harta tunggangannya, dan yang lain-lain. Sehingga cintanya itu menyebabkan dia menjadi bakhil”. Dengan berpuasa seseorang itu akan dilatih menjadi insan dermawan dengan memperbanyakkan bersedekah tidak kira berupa kewangan mahupun makanan.
  • Puasa itu adalah untuk melatihkan menghargai waktu – menghargainya dan memenuhinya dengan amalan kebaikan. Sesungguhnya ada dua nikmat yang kebanyakan manusia itu tertipu iaitu kesihatan dan waktu lapang. Telah berkata imam umat Islam, “Senantiasa kaki seorang hamba itu akan berdiri di hari kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara kepadanya yang mana antaranya adalah tentang umurnya di mana ia dihabiskan”.

Amalan yang dilatih di bulan Ramadhan antaranya adalah amalan sunat, tarawih, tasbih, tahmid, takbir, tahajud di malam hari yang mana akan memberikan kekuatan di dalam hatinya dan merupakan amalan yang paling lurus (benar). Solat malam yang sangat dianjurkan di dalam Al-Quran.

Membaca Quran dan mengkhatamkannya sehingga rasul menggalak mengkhatamkannya selambatnya sekali sebulan, jika lewat dari itu ia tergolong di dalam golongan orang yang lalai. Quran itu adalah satu zikir yang afdhal. Sesungguhnya Quran itu akan memberikan syafaat di hari kiamat dan akhirat kelak.

Dan sudah pasti perkara amalan yang dilatih di dalam bulan Ramadhan tentulah puasa itu sendiri. Kerana puasa itu tentulah ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi Allah SWT sehingga disebutkan di dalam hadis bahawasanya adanya pintu syurga yang khusus bagi orang yang berpuasa. Hanya dimasuki oleh orang yang berpuasa sahaja. Sehingga orang yang berpuasa itu mendapat banyak keutamaan di atas puasanya itu sebagaimana rasul bersabda : “Barangsiapa yang berpuasa satu hari saja di jalan Allah maka Allah akan jauhkan dia dari api neraka selama 70khoriff”.

Maka sungguh tepat dan benar firman Allah yang mana tujuan utama puasa itu adalah untuk mencapai darjat ketaqwaan kepada Allah. Maka setelah bulan puasa ini kita teruskan dengan amalan-amalan yang telah dilatih selama sebulan di bulan Ramadhan, dengan solat malamnya, puasanya, tadarusnya, dermawannya, ketaatannya, meninggalkan maksiatnya, dan kesabarannya. Sehingga dengan itu kita semua termasuk orang-orang yang disebutkan di dalam ayat tadi supaya kamu bertaqwa dan itu merupakan keutamaan yang agung kerana sesungguhnya ketaqwaan itu adalah modal utama untuk mendapat keberkahan/keberkatan di langit dan di bumi dan syurga yang tertinggi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: