MASIHKAH?

Salamun’alaikum….

Alhamdulillah, dalam kesibukan penulis menghadapi dan mengharungi urusan dunia, baru kali ini penulis diberi kesempatan oleh Illahi ya Rabbi untuk mencoretkan kembali ruangan blog ini yang kelihatannya mulai muram.

Terima kasih penulis ucapkan kepada beberapa insan yang begitu setia mengikuti perkembangan blog ini dari masa ke semasa, dan maaf juga penulis pohon kerana di atas kelemahan diri telah menyebabkan ruangan blog ini sedikit kosong tanpa pengisian.

Namun, apa yang ingin ditegaskan adalah, penulis masih lagi di sini. Ya, masih di sini tanpa melupakan walau sedikit tentang ruangan blog ini.

……………………………………………

Salam MoFas, kamu apa khabar? itulah ayat yang terkandung di dalam satu sistem pesanan ringkas yang penulis terima tidak lama dahulu.

Alhamdulillah, sihat walafiat. Kamu bagaimana pula? balas penulis.

Aku pun sihat, Alhamdulillah. Apa cerita? Lama sungguh tidak update blog. Aku fikir kamu ditimpa musibah kerana lama sungguh menyepi, balas rakan itu kembali.

Aku masih sihat,” balas penulis. “Dan aku hidup dengan penuh keceriaan,” balas penulis di dalam pesanan ringkas yang lain, namun pesanan itu tidak penulis kirimkan. Cukuplah untuk diri sendiri yang mengetahuinya.

……………………………………………

Aii…senyum memanjang saja ni,” tegur seorang abang.

Kami bertemu setelah sekian lamanya tidak bersua muka. Berbagai perkara yang dibincangkan serta dikongsikan. Terlalu banyak input berguna yang penulis terima. Bila bersama, tidak sedar hampir satu jam masa berlalu.

Sehinggalah…

Dik, sebelum abang cakap, terlebih dahulu abang mohon maaf. Satu persoalan ingin abang kemukakan dan dalam masa yang sama satu perkara abang ingin ingatkan.

Apa dia bang? InsyaAllah dengan abang saya sentiasa berlapang dada,” soal penulis.

Masihkah kamu berjiwa hanif? Abang lihat kamu memang banyak berubah. Ya, kamu memang kelihatan lebih ceria berbanding dulu. Tapi dalam masa yang sama kamu turut kehilangan satu perkara. Kamu kehilangan jiwa yang tenang,” terang abang itu penuh dengan kelembutan.

Tersentak dan terkesima sebentar mendengarkan persoalan dan juga teguran tersebut, menyebabkan penulis kembali sedar.

Bagaimana saya ingin menjawab soalan ini“, monolog penulis di dalam diri.

Abang cuma menegur supaya kamu kembali ingat,” itulah kata-kata akhir pertemuan kami.

Benarlah kata bijak pandai, “Jika kamu bersahabat dengan ahli agama, pasti kamu akan selamat dengan tempias makrifat mereka.

Memang dia penuh kelembutan dan tenang dalam berbicara. Seorang yang penuh dengan pengalaman di dada. Namun bagaimanakah untuk menjawab persoalan ini?

Masihkah diri ini berjiwa hanif?

Masihkah???

37 Responses

  1. emm..
    Jiwa skrg x tenang ke?

  2. Jiwa skang ni tenang…
    mgkn maksud abg tu adalah ketenangan yg lain….
    ntahla

  3. nak tau..

  4. ala kak….
    abg mofas mmg ceria
    tp ketenangan dari sudut dalaman tu dh pudar skit kot
    snang kata keizzahan abg tula

  5. tafsiran org luar yg menilai

  6. xkan la mofas nk bgtau wahai puteri
    ni bab ruhiyyah…xkan dia nk bgtau dlm nih

  7. x paksa bgtau dlm ni..=)

  8. aha muncul jg akhirnya bro
    betul ape yg bro ckp tu kak

    kalo org dh tegur bab jiwa hanif nih
    mst bab kerohanian punya hal
    mgkn abg yg menegur tu dpt menilainya

  9. ok…
    no secret between us
    akan dimaklumkan juga nnt
    InsyaAllah

  10. xpela..

  11. yeah…i’m still here bro

    betul ckp ko hafiz
    certain org tu leh baca dari air muka
    kan kadang2 kita leh nampak cahaya muka seseorang tu
    sama juga dgn bab jiwa nih
    org tu leh baca jiwa mofas walaupn mofas nmpk ceria jerk
    maybe ade kekosongan di lubuk hati dia

    mofas,
    no secret yerk…
    whoahahaha
    geli aku

  12. bang mofas,
    akk puteri cam dh nk merajuk je tu
    cepat pujuk
    nnt mendung plak suasana

    bro pemuda,
    jom kita tgk lakonan romeo n juliet nih
    whoahahaha
    nk join?????

  13. jgn nyebok la ko hafiz

  14. weii bro..ko jgn nyibuk urusan diorg
    ko nk kene penendang mofas ker??

  15. whoahaha…
    baru je aku sebut
    dh kuar komen mofas
    standby hafiz
    hahaha

  16. opss…ok2
    sorryyyyyyy…hehe

    sorry bang mofas
    sorry kak puteri

  17. haha…pandai pn ko mnta maaf
    ok2…dh dah
    xyah kita kaco diorg

    hafiz,
    MASIHKAH ko di kampung?

  18. Iya…MASIH……..
    tapi bro, nape perkataan MASIH tu bro wat huruf besar
    whoahahaha……

    xnk kacau diorg konon
    kahkahkah

  19. whoahaha….
    dah lama beb aku xkacau dia

  20. hahaha….
    mantap ahh bro…
    yeahhaaa….

    okla bro…sy nk off dlu
    ade urusan skit
    sorry xdpt lama2 kaco bro mofas
    hehe

  21. laaa…..
    awalnyer nk out dh
    xbujang la cmni
    okla…xbest la aku xde geng nk kutuk mofas
    okla…senyap jela

  22. perghh…berapi betul la
    bila sy senyap xmenulis
    mula la komen bosan la mcm2
    bila dh menulis
    kene kutuk plak
    xpe2…
    ade lori ade bas
    nnt sy bawak lori sy hon depan telinga bro
    hoho

  23. ala biasa la bro…
    bila xde rindu rinduan
    bila dh ade kutuk kutukan
    haha

  24. oiittt….
    anda dilarang utk rindu rinduan dgn sy
    nnt ade org yg cemburu

  25. opss…sori bro
    aku lupa ade org jeles
    ok2
    aku mta maaf
    oklah aku kuar dlu
    see ya

  26. ak xpcya ng smue ni… muslihat semata2

  27. ak xpcya ng smue ni..muslihat semata2

  28. loooo.. awat email.. reply je la kt wall ni

  29. xpcya apenyer ni aisah?
    muslihat ape?

    xfaham aku….

  30. relax hafiz
    jgn cepat melatah dgn sebarang provokasi
    bertenang….
    kita tgk je sume ni

  31. xde pe… just joking..
    cuak ke? relax la

  32. bukan cuak beb
    just shocking…
    tetibe je ko tulis camtu

  33. joking mmg la joking aisah oiii
    tapi kalo org lain baca, nnt diorg salah anggap plak ngan mofas
    air muka org lain pn kene jaga beb

  34. ya..ada benarnya pemuda
    xpelah, air muka sy x dijaga pn xpe
    apelah yg ada pd diri ini

    tp perasaan puteri yang perlu dijaga
    itu yg plg penting

    • Bagus Encik Adik ni..
      teringin nak tengok siapa gerangan puteri yang bertuah tu
      mudah-mudahan segerala jodoh kalian ni….

    • aii mofas
      syg sgt nmpk kat puteri ko tuh…
      haha

      yee..betul tu rulza
      mudah-mudahan segeralah jodoh kalian ni
      insyaallah
      amin

    • huhu…bro,
      syg ke tak tu,
      malu lah sy nk cakap
      cewahhh
      whoahahaha
      sendiri mau ingat la

      kak zakiah
      opss kak rulza n kak pemuda
      opss
      kak rulza n bro pemuda
      thanks yeah for ur duas
      may Allah bless all of u,
      bless all of us
      and all ummah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: