KEPADA YANG BERGELAR LELAKI

Suatu ketika dahulu, di satu penjuru rumah, akak sedang menangis seorang diri. Ya, menangis kerana telah dipukul oleh si adik lelaki yang kuat. Yang tiada perasaan belas kasihan ketika itu.

Melihatkan peristiwa itu, ayah terus sahaja mengajak penulis keluar berdua dengan menaiki kereta. Tidak diberitahu halatuju ke mana. Beberapa ketika berlalu dengan senyap. Sehinggalah dipertengahan jalan baru ayah bersuara…

Kenapa MoFas buat akak begitu? Sampai akak menangis MoFas lakukan,” soal ayah dengan tenang.

Memang sudah menjadi sifat ayah yang penulis kenali, pabila ingin menegur anak-anaknya, tidak pernah ditegur dihadapan adik-beradik yang lain. Walaupun seorang anak, ayah tetap menjaga air muka dan maruah anak-anaknya. Alhamdulillah, seorang ayah yang penyabar. Walaupun penulis tahu, ketika itu ayah tengah penat kerana baru balik dari kerja, tapi masih sanggup melihat dan melayani kerenah anak-anaknya, terutamanya penulis yang sangat nakal ketika itu.

Akak tak nak ikut cakap saya, ayah. MoFas pukullah dia. Degil sangat,” jawab MoFas. Sedangkan semua maklum, dalam ahli keluarga, MoFaslah yang paling degil sebenarnya.

Iya, ayah faham. Tapi kalau betul pun akak degil, MoFas janganlah pukul akak. Tegurlah dengan cara yang lembut. MoFaskan lelaki,” ayah bersuara dengan tenang. Walaupun membenarkan apa yang penulis cakap, tapi tetap menegur apa yang penulis perbuat.

Sebab MoFas lelakilah MoFas pukul akak,” jawab penulis.

Bukan begitu caranya. Akak MoFaskan perempuan. MoFas ni lelaki. Kudrat orang perempuan tidak sama dengan lelaki. Perempuan ini lemah, maka perlulah kita yang kuat ini bersabar. Gunakan kekuatan yang kita ada ini untuk mengawal emosi dan keegoan diri. Sebab perempuan itu lemah, mereka perlu dikawal dan dibimbing oleh lelaki,” terang ayah dengan panjang lebar.

slide7of

…..

Sewaktu kecil dahulu, penulis pernah mengeluh pada emak…

Perempuan ni lembiklah mak. Tengok akak tu, angkat benda berat pun tak boleh. Itu tak boleh, ini tak boleh. Apa yang boleh?” kata penulis pada emak.

Dengan senyuman emak menjawab, “Ya, perempuan memang lemah MoFas. Tidak boleh dibandingkan dengan kudrat orang lelaki, sebab itulah lelaki perlu melindungi perempuan.

Habis, apa yang perempuan boleh buat? Asyik menangis saja. Susahlah lelaki kalau perempuan asyik nak bergantung pada lelaki saja,” bicara penulis lagi.

Memang perempuan lemah MoFas. Tapi dengan kelemahan seorang perempuanlah emak boleh mengendong kamu ke hulu ke hilir selama sembilan bulan sepuluh hari dengan selamat. Kamu berada di dalam perut emak dengan tenang dan selesa. Dengan kelemahan perempuanlah boleh bekerja selama 18 jam sehari. Seawal lima pagi bangun menyiapkan urusan keluarga sehinggalah jam 11 malam. Terkadang lebih dari itu jika ketika itu kamu sedang sakit. Dengan kelemahan seorang perempuanlah, emak berjaga malam, bersengkang mata demi memastikan kesihatan kamu dengan baik. Dan ingatlah, ada pepatah yang berbunyi, ‘disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti dibelakangnya berdiri seorang perempuan’, dan perempuan itu adalah seorang yang lemah,” terang emak dengan penuh kasih sayang.

” tiada apa yang boleh disangkal lagi. Hanya diam sebagai tanda memahami.

……………………………………………

Tipah, suami kamu ke mana? Setiap malam tak lekat di rumah,” bicara Limah di dalam satu sesi mesyuarat tingkap.

Suami aku di warung sana tu, berjumpa kawan-kawan,” jawab Tipah.

Kamu suka suami kamu buat begitu tiap-tiap malam Tipah?” soal Limah lagi.

Kenapa tak suka pula. Dari duduk rumah menyakitkan mata dan hati, lebih baik dia keluar. Duduk rumah pun bukan hendak tolong isteri,” kata Tipah dengan selamba.

……………………………………………

Kenapa akak tak nak ambil orang gaji?” soal Man kepada seorang akak untuk memulakan perbicaraan.

Soalan itu sengaja ditanya selepas melihatkan sepasang suami isteri berada di dapur, bersama-sama membersihkan dapur seusai makan malam bersama. Ketika itu Man sedang sibuk melayan kerenah dua orang anak lelaki pasangan itu. Si suami kelihatannya mengemaskan meja makan. Langsung kelihatan tidak kekok mengemas dan membersihkan sisa makanan di atas meja. Pinggan dan mangkuk yang kotor diletakkan ke dalam sinki lalu si isteri membersihkannya dan dikesampingkan. Setelah selesai si suami mengemas meja, lalu diambilnya kain yang bersih untuk mengelap pinggan dan mangkuk yang telah siap dibersihkan oleh si isteri dan disusunnya di dalam almari.

Soalan itu tidak terus dijawab oleh akak, sebaliknya akak hanya tersenyum sambil memandang wajah abang yang juga hanya tersenyum mendengarkan soalan Man itu.

Sebenarnya abang memang hendak ambil orang gaji untuk kemudahan dan kesenangan akak kamu ni, tapi akak kamu ini yang tak nak,” abang bersuara.

Mengapa perlu ambil orang gaji jika semua perkara berkaitan keluarga akak boleh urus sendiri. Lagi pula akak bersyukur kerana mendapatkan suami yang penyayang dan memahami, ringan tulang membantu dalam urusan rumahtangga,” jawab akak dengan lembut.

Penulis hanya mampu tersenyum mendengarkan jawapan mereka. Dalam masa yang sama mengiyakan apa yang akak perkatakan.

Selain dapat menjimatkan wang suami, sekurangnya akak dapat memastikan bahawa makanan yang masuk ke dalam perut abang adalah dari air tangan isterinya sendiri. Pakaian yang dipakai oleh abang disediakan oleh isterinya sendiri serta perkembangan aset berharga kami iaitu anak-anak kami dapat membesar dengan acuan didikan ibunya sendiri serta mendapat kasih sayang yang mencukupi,” bicara akak lagi dengan panjang lebar.

alahai anak pembantu

……………………………………………

Farid, anak kau menangis. Pergilah tengok,” kata Fairuz.

Tak apa, emaknya ada,” jawab Farid selamba.

Isk kamu ni Farid, Kasihanlah sikit isteri kamu itu, dia pun perlukan rehat juga,” kata Fairuz kembali.

Alah, itukan tugas orang perempuan. Lagi pun itu anaknya. Memang tugas dia menguruskan keluarga. Di awal perkahwinan dulu kita dah berikan mereka mahar yang tinggi. Kita telah keluarkan belanja yang banyak untuk hantaran dan kenduri kahwin. Sekarang ini selayaknya kitalah perlu dilayan dengan baik. Lagipun kamu pun sama juga Fairuz,” jawab Farid sambil menghembuskan asap rokok yang disedutnya.

Memang benar aku pun sama seperti kamu, tapi itu dahulu. Sekarang aku sudah berubah setelah aku terima surat cinta dari isteri aku. Ini aku kongsikan untuk bacaan kamu pula,” bicara Fairuz dengan perlahan.

…..

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa hampir terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya
bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi…..aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun…..terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Allah SWT jua. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi……realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam…..
mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang di waktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam…..
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM? ! Ramai orang berkata jika anak jahat emak
bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam….
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku…akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah sejati……

…..

Harapnya kamu akan sedar dan berubah wahai kawanku.

14 Responses

  1. Alhamdulillah pada entry kali ni..

    Sebenarnya walauapapun, apa yang penting di dalam rumah tangga adalah kerjasama….

    agama lagi penting…..
    takda agama macamana nak bekerjasama kan kan…..

  2. pasal pembantu rumah tu, betul tau…
    akak tengok kawan2 akak…

    kadang2 pabila malam, anak lebih suka tidur dengan bibik
    Apa2 sikit ngadu dengan bibik…
    lalu sebelah mama dia jeling je..kalau ngan bibik peluk cium semua cukup…

    Ada bibik sampai tak sanggup balik negeri sebab dah terlampau sayang ngan anak2 yang diasuh….

    kalau ada bibik, jangan serah tugas keibuan pada bibik.sebagai ibu kena jelas dan tetapkan limit pada diri kita dan bibik…

    contohnya bibik cuma jaga anak saja bila kita pi kerja, tapi memasak kita buat, basuh baju kita buat, gosok baju SUAMI kita buat, Penting kita pentingkan yang mana patut…Lebih2 lagi hak suami…perlu tau apa yang sesuai utk bibik…

    jangan lepas tangan pada bibik semata….

  3. aKAK NAK TUMPANG PRMOT LEH TAK???

    KALAU NAK BELI BAJU BABY..SILA LA SINGGAH JENGUK2 KAT rulzashop.blogspot.com

  4. pergh..ko ni mofas
    mantaplah tulisan ko
    haha…..

  5. yg aku tau…
    disebalik kejayaan ko time degree mst ade emak n ayah ko
    dan disebalik kejayaan ko skang ni
    mst sbb ade puteri kan
    hahaha

  6. Wah!!! Bru adil.. hehe

    Sokong k.rulza.
    Bonda pun tak nak ambik bibik.
    Bonda sanggup berhenti kerja dan bhenti wt tuisyen sebab nak jaga kami adik beradik dari kecil smpi besar.

    Sy pernah request pebantu rumah ikot jam dan dtg pd hari minggu kat bonda. Tapi bonda xnak, bonda rela hantar baju bonda dan ayhanda ke dobi daripada gajikan bibik.Bonda xsuka org luar masuk rumah. Privasi rumah akn hilang. Sebab ayhanda and bonda selalu ada kerja luar n g honeymoon… hehe…
    Jeles coz salu je kena tinggal kat umah. Xaci la?
    haha

  7. wowoowowo bro muluk sngguh garapan kali nih…hehehe

    smoga kamu lebih mengerti hawa…hehe…

    bro nk copy surat cinta tuh nk letak dlm forum…leh x????

  8. ya..ya…gitu
    betul tuhhh
    mmg student aku yg bijak
    hahaha..

  9. InsyaAllah boleh
    moga ada manfaatnya

  10. thanks…pu3…xmo keje??

    x boring ke nanti..huhu…toru xleh duk umah je..boring kemain..time cuti sem jadi suri rumah x bertauliah pun boring giler….nk tunggu petang sume balik keje…hoho

    time tuh la abih cd2 kat umah tuh toru tgk…ulang 10kali..kik3x..however keje umah byk tp bnda tuh x amik ms lama nk settle..ahakss…..tp toru x suka bibik….sbb i hate ind*n…ahakss…lgpun toru x suka ade org lain dlm umah..penat lelah ke apa ke…anak berjaya,umah bersih,makanan sedap..suami puji khas untuk kite..sbb usaha kite..lau ade bibik…suami puji kite tersyum..pdhal suami puji bibik…ahakss….

  11. byk tul la rahsia due nih..

    dok jadi rahsia doh mofas..sbb sokmo duk kabo rahsia2..hahahaha

    bistu x semua org untung dpt hubby gaji besar…kalu dpt hubby keje kilang..gj 1000 sbulan……..xkan nk puasa hoho…terpksa ar bini keje skali…….hoho..

    pape pun bertuah la pu3 coz dpt bakal hubby yg mampu…x camtu…x sume org bertuah dlm dunia nih..tu pasal lain org lain crita kehidupan….ade org yg nk hidup terpksa berusaha sedaya-dayanya…….ade org yg x perlu bersusah payah sangat….smile….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: