JANGAN BENARKAN JARI BERHENTI MENARI

Salamun’alaikum…

Tajuk kali ini sengaja penulis namakan sedemikian, demi mencerminkan keadaan yang dialami oleh penulis kebelakangan ini. Agak lama penulis tidak mengeluarkan entri baru tulisan penulis, yang mencerminkan apa yang ada di ruang kotak pemikiran penulis, yang menggambarkan apa yang tercorak di hati penulis.

Mungkin penulis tidak menulis entri baru dek kerana kekangan kerja urusan dunia yang sedang penulis hadapi sebelum ini. Ya, ianya boleh dijadikan satu alasan. Tapi tidak boleh dijadikan satu ukuran.

Kebelakangan ini penulis disibukkan dengan urusan berkaitan tanggungjawab yang penulis pikul. Selaku seorang ahli akademik dan seorang pendidik, penulis perlu menanda beratus-ratus laporan makmal yang dihantar oleh pelajar. Penuh dengan rencahnya tersendiri. Corak penulisan yang pelbagai apatah lagi gaya menjawabnya. Hendak dicukupkan rasanya pula adalah dengan menghantar lewat, menulis nama penulis dengan nama orang lain, dan juga menggunakan teknik ‘copy and paste’ walaupun terpaksa menulis tangan.

Namun begitu, walau apa rencahnya sekali pun, penulis perlu menanda dan memberi markah dengan penuh saksama. Walaupun bagi sesetengah orang menganggap mudah perkara ini, namun masih perlu diingat tentang persoalannya di hari kemudian yang sudah pasti.

Penulis juga disibukkan dengan para pelajar yang menghubungi bagi menetapkan tarikh untuk ujian lisan bagi setiap topik yang telah dipelajari. Tidak lupa juga disibukkan dengan pertanyaan para pelajar berkaitan subjek yang akan mereka tempuhi peperiksaan akhir.

Kini, semuanya telah berlalu. Mungkin yang ada cuma perlu menanda kertas peperiksaan akhir. Namun begitu, blog ini masih belum disinari dengan entri yang terbaru. Idea dan ilham sentiasa ada datang silih berganti, sebagaimana ia datang, ia juga berlalu tanpa sempat penulis benarkan ilham dan idea itu lahir dalam bentuk tulisan entri.

Terkadang pula, bila penulis ingin biarkan jari jemari menari, idea pula tiada. Kebekuan minda dan kehilangan ilham. Jadinya, tiada penulisan entri terbaru. Kesannya, blog akan terasa suram. Akhirnya, objektif untuk meluah rasa tidak tercapai.

Dengan itu, JANGAN BENARKAN JARI BERHENTI MENARI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: