BIARKAN MIMPI BERPUSARA

Kamu buat apa?

Menggali lubang.

Untuk apa?

Untuk menanam mimpi, biar ia berpusara selamanya. Saya akan menanamkannya di sini setiap kali saya bermimpi dan tidak ingin ianya menjadi realiti. Begitu juga untuk mimpi si ‘dia’. Jika dia bermimpi dan tidak ingin mimpinya juga menjadi realiti.

……………………………………………

Di suatu pagi yang dingin, seawal jam dua pagi, kelihatan seorang pemuda duduk termenung seorang diri di tepi jalan seakan cuba mengingati sesuatu.

Di hadapannya ada sebuah motorsikal yang tersadai di tengah jalan beberapa meter dari sebuah kereta buatan tempatan dan juga sebuah lori kontena yang berhenti di situ. Pemuda itu masih di situ memikirkan apa yang telah berlaku. Kesakitan yang dialaminya langsung tidak diendahkan.

Aku seakan pernah lihat tragedi ini, tapi bila dan di mana?” monolog pemuda. Dia memikirkan bahawa tragedi yang baru saja berlaku pada dirinya seakan pernah dilihatnya sebelum ini. Bagaimana keadaan jalan yang lengang, dalam kedingin embun pagi, kedudukan motorsikalnya yang tersadai, kenderaan yang terlibat, tempat dan masa kejadian, semuanya seakan pernah dilihatnya dengan jelas sebelum ini. Cuma tidak pasti bila dan di mana.

Akhirnya, kejadian itu berakhir di situ saja setelah sesi diskusi ringkas dijalankan. Ianya tidak dilaporkan kepada polis walhal balai polis hanya berdekatan tidak sampai 200 meter dari tempat kejadian.

Pemuda tersebut terus pulang ke rumah tanpa menyudahkan tujuan asal dia keluar di awal pagi tersebut.

Sekembalinya di rumah dan setelah membersihkan diri, barulah pemuda itu teringat bagaimana dia seakan pernah melihat tragedi yang telah berlaku ke atas dirinya. Tragedi itu pernah dimainkan di dalam mimpinya sebelum ini. Maka tidak mustahillah dia dapat merasakan seakan pernah melihat tragedi itu berlaku. Cumanya dia tidak menyangka ianya berlaku pada dirinya.

Namun dia tetap bersyukur kerana tragedi yang menimpa dirinya hanya melibatkan sebuah kereta buatan tempatan, bukannya dengan sebuah lori kontena seperti di dalam mimpinya walaupun ketika kejadian itu, lori kontena tersebut turut berada di tempat kejadian.

…..

Ada yang mengatakan mimpi adalah mainan tidur. Ada juga yang mengatakan mimpi itu sebagai salah satu alamat ataupun peringatan buat orang yang bermimpi, dan sebagainya.

Namun yang pasti, mimpi itu membawa dua alamat, sama ada baik atau buruk yang diciptakan oleh Sang Maha Pencipta. Sebagaimana yang telah diceritakan di dalam surah As-Syam. Telah ditunjukkan jalan kejahatan dan juga jalan kebaikan (ketakwaan). Kata sebahagian ulama, kalam-kalam Allah ada yang diturunkan ketika rasul sedang tidur. Ada yang mengatakan ianya dalam bentuk mimpi dan ada juga yang mengatakan ia diturunkan ketika rasul dalam keadaan jaga. Mimpi juga adalah sebagai salah satu bentuk ilham yang diturunkan oleh Allah SWT kepada ulama-ulama dan juga insan yang terpilih. Maka ini semua adalah dikategorikan sebagai mimpi-mimpi baik.

Mimpi-mimpi buruk pula adalah sebagai yang dikatakan ramai bahawa mimpi mainan tidur. Iaitu mimpi yang langsung tidak memberikan apa-apa makna. Sekadar memenuhi masa-masa berlalu ketika seseorang itu tidur merehatkan diri.

Namun, jika sesuatu mimpi yang kita tidak ingini berlaku tetapi ianya menjadi realiti, maka tetapkanlah pendirian dan bersabarlah. Hadamkan di dalam hati. Yang pasti, berdoalah moga ianya tidak menjadi realiti.

3 Responses

  1. aiii risau adik2 aku nih….
    mimpi bukan sebarang mimpi korang ni
    kebanyakannya mimpi korg menjadi
    banyakkan berdoala moga dijauhkan

  2. itula bro…
    lagi2 la kalo abg mofas nih…
    huihhh….

  3. itula apenyer hafiz
    ko pn termasuk skali
    ko ngan mofas samanya je
    cuma perangai je beza sikit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: