MISI BERTERUSAN

Salamun’alaikum…

Jika suatu masa dulu penulis pernah menulis satu artikel bertajuk MISI TERCAPAI yang menceritakan beberapa misi yang telah berjaya penulis sudahkan. Namun, memang menjadi ketetapan Illahi Rabbi, bahawa sebahagian misi-misi tersebut akan menjadi misi yang berterusan di dalam hidup penulis, mungkin.

MISI 1 – MENANDA KERTAS

Jika dahulu, penulis masih ingat yang mana penulis diminta untuk membantu beberapa orang ahli akademik di dalam menanda kertas-kertas jawapan para pelajar mereka disebabkan kesibukan yang mereka hadapi.

Bagaimana seorang abang yang meminta penulis menanda kertas-kertas jawapan para pelajarnya, sehingga sanggup membawa penulis pulang ke rumahnya dan dikuarantinkan di situ.

Bagaimana seorang ahli akademik yang berjawatan professor meminta salah seorang pelajar didikannya menanda kertas-kertas jawapan peperiksaan akhir semester.

Yang pastinya, apa yang penulis lakukan diupah dengan nilaian yang setimpal. Namun kini, giliran penulis pula untuk merasai bagaimana banyaknya laporan-laporan pelajar dan kertas-kertas jawapan pelajar yang penulis perlu tanda di dalam tempoh masa yang singkat.

Apa yang penulis fikirkan ketika itu adalah, “siapa pula untuk aku upah mereka menanda kertas aku?

…..

Saya mahu kamu semak semula markah yang kamu berikan pada pelajar,” kata seorang abang.

Kenapa? Bermasalahkah?” tanya saya kembali.

Ya, markah yang kamu berikan adalah mustahil.

Saya pasti apa yang cuba dimaksudkan oleh abang itu. Ini kerana beberapa pelajar saya mendapat markah 100% untuk laporan yang mereka berikan. Tapi, salahkah saya berikan markah yang sebaik itu? Mereka adalah pelajar saya, dan kerja yang mereka perbuat serta persembahkan adalah sangat memuaskan hati saya.

…..

Banyaknya laporan yang perlu ditanda,” monolog penulis setiap kali melihatkan timbunan laporan-laporan makmal yang berada di atas meja.

Encik, kami hendak hantar laporan,” kata beberapa orang pelajar.

Kamu letak saja di situ.

Kamu letak saja di sini.

Antara arahan yang penulis berikan. Jika ketika itu penulis berada di dalam kereta setelah habis mengawasi perjalanan makmal, laporan yang pelajar berikan akan penulis letak di tempat kaki penumpang hadapan, kerana tempat di kerusi penumpang sudah penuh. Jika berada di bilik pejabat pula, penulis akan arahkan mereka meletakkan di atas lantai di satu sudut bilik kerana di atas meja juga sudah penuh dengan timbunan laporan makmal.

…..

MoFas, tingginya markah-markah laporan yang kamu berikan.

Selalunya markah makmal yang kamu jaga ini jarang mendapat gred yang baik. Tapi kali ini majoritinya mendapat gred yang baik,” kata seorang rakan sejawatan yang lebih senior.

Tapi banyak juga markah yang kamu tolak sehingga boleh menjatuhkan satu tangga gred,” tambah rakan sambil tersenyum memandang penulis.

Memang ramai rakan sejawatan yang mengatakan penulis agak pemurah memberi markah pada pelajar. Tapi penulis juga cukup suka menolak markah mereka bukan sedikit, tapi agak banyak. Tidak melengkapkan butiran di muka hadapan laporan makmal, salah mengeja nama penulis, hantar lewat dan sebagainya. Selayaknyalah jika mereka mudah mendapat markah dari penulis, maka mudah juga kehilangan markah dengan penulis.

…..

Jam 3.00 pagi…

Apa yang mereka tulis ni? Apa yang mereka jawab ni? Apa bentuk graf ni?” itulah soalan-soalan yang keluar dari mulut penulis ketika awal pagi itu. Soalan-soalan yang penulis tanya dan penulis jawab sendiri.

Mereka cuba mengarang novel agaknya, dan mereka cuba belajar melukis menggunakan kertas graf. Ini kelihatan seperti gunung yang mengalirnya sungai di bawahnya. Dan ini pula kelihatan seperti buah epal,” bicara penulis seorang diri.

Akhirnya, penulis asingkan laporan-laporan pelajar mengikut kumpulan mereka. Dan hanya menanda salah satu laporan dari setiap kumpulan dan yang lainnya akan dapat markah yang sama. Kerana semuanya benar-benar menggunakan teknologi terkini yang dipanggil teknologi ‘copy and paste‘ walaupun menulis dengan tangan. Cuma ada segelintir yang mendapat markah lebih kerana menjawab dengan cukup baik dan mengikut format yang dikehendaki.

Akhirnya…

Untuk merehatkan minda dan menenangkan fikiran, penulis melayankan diri dengan melihat beberapa klip video ringkas dari laman video yang cukup famous iaitu tiub awak (YouTube).

Beberapa klip video yang boleh merehatkan minda dan menenangkan fikiran…

Japanese Police Vs Darth Vader Round 1

Japanese Police Vs Darth Vader Round 2

2 Responses

  1. Hahaha…bang, best la video yg abg layan ni
    dh la xtengok star wars
    darth vader for life
    yeahaaa

  2. abg pn dh lama xtgk star wars
    skali skala layan video ni
    mencari ketenangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: