BULAN PENUH KESELUBUNGAN

Salamun’alaikum…

Alhamdulillah, atas keizinan Ilahi Rabbi penulis masih lagi mampu untuk bernafas di atas muka bumi ini sambil menjalankan rutin harian untuk dipersembahkan kepada-Nya kelak.

Dengan takdir dan keizinan-Nya jugalah maka bulan ini adalah bulan yang penuh dengan keselubungan buat diri penulis. Diselubungi dengan pelbagai ragam dan rasa.

Melalui awal Disember ini dengan kursus pemantapan bahasa Inggeris selama tiga hari bermula hari Selasa dan tamat hari Khamis. Cuba merancang untuk bercuti selama seminggu untuk pulang ke kampung halaman yang sudah lama ditinggalkan, tapi sekali lagi dengan takdir dan kehendak Ilahi Rabbi, pada hari terakhir kursus telah mendapat berita terpaksa pula menghadiri kursus yang lain selama lima hari penuh pada minggu berikutnya. Bermula dari Isnin 07hb hinggalah 11hb. Dan akhirnya, sedang menghitung hari untuk menamatkan kursus yang masih berjalan ini untuk dua hari lagi.

Dalam tempoh dua minggu ini, penulis dapat rasakan bahawa badan mula mengalami kelesuan manakala minda pula mla mengalami ketepuan. Masakan tidak, minggu pertama penuh dengan kursus pemantapan bahasa Inggeris, jadi sepanjang kursus tersebut perlu berbahasa Inggeris dan minggu ini penuh dengan input-input yang agak berat dan kritikal. Terpaksa juga digagahkan untuk menempuhi kesemuanya demi untuk memenuhi syarat-syarat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi, InsyaAllah.

Dalam kesibukan ini, dapat juga penulis mencuri sedikit waktu untuk berehat, namun tidak sepenuhnya. Kerana ia diselubungi pula dengan permainan perasaan dan usikan jiwa.

Sempat juga penulis ‘berlari’ keluar dari dewan untuk seketika bagi memohon cuti pada minggu hadapan selama seminggu. Tamat sahaja kursus penyelidikan pada Jumaat ini, terus penulis merantau ke Timur untuk merehatkan minda, dan kembali berkerja pada 21hb untuk pembentangan proposal bagi melanjutkan pengajian.

Di dalam bulan ini juga akan mempunyai satu tarikh yang keramat bagi seorang insan solehah dan jamilah iaitu pada Khamis 10hb. Satu tarikh yang ditunggu-tunggu selama ini. Apapun TAHNIAH diucapkan. Moga istiqamah.

Dan yang pasti, untuk penulisan artikel kali ini langsung tidak diselubungi dengan perasaan, jiwa dan rasa. Maka inilah hasilnya. Satu artikel yang boleh dikatakan “ntah ape2 ntah“. Namun apa yang penulis tahu adalah blog ini diselubungi dengan salji yang turun setiap kali bulan Disember.

p/s: – Apapun yang terjadi, jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.

– Perkara yang hampir sama berulang kembali. Sila baca disini.

40 Responses

  1. ape punya artikel la nih?
    mmg ntah ape2 ntah
    tarikh keramat ape bang n sape?
    pe citer dia?

  2. haha…sape lg kalo bukan kalo dia dh tulis insan solehah n jamilah tu
    xkn ko xfaham

  3. Haha…biarlah rahsia

  4. sapa sebenarnya MOFAS

  5. haha…ni gerenti abg mofas susah nk jawab
    nape true ko tny gitu?
    ko kenal dia ker?

  6. nothing lah, just want to know where MOFAS study, saya saja je, manalah saya kenal, sebab tu saya tanya..selepas saya baca article terkedu..lawak juga ayat dia kadang-kadang otai

  7. sebenarnyakan saya masuk dalam blog ni bukan ada orang cakap, memang saya tak tahu kewujudan blog ni, tapi saya cari dengan nama penuh budak tu…tiba2 keluar discussion room::MOFAS::ni tajuk dia pastu kat bawah ada tulis nama sebenar : ?, aku dilahirkan:?

  8. apa kemenda ko merepek nih true..x paham

  9. lawak & otai ? pecah perut lagi. adoi…cm games show raja lawak dah.. hehe.. sori mofas.

    true – sila bg penerangan dgn lebih terperinci mana otai n lawak. nilai inkuiri tinggi nie. hehe
    sebenarnya, kamu search “nama penuh budak tu” sape?

    toru- dia search “nama penuh budak tue” kat enjin pencarian. keluar discussion mofas. hahaha.. mksud dia.

  10. aku bukan pakar bahasa….x paham aku ayat die…hahahaha…cuba ko taip nama penuh ko kat google weh..agak2 kuar apa..hahahhahaha…

    • tadi baru aku try keluar juga nama aku kat internet glamour juga rasanya…nama yang aku letak dalam senarai alumni sekolah menengah, adik aku pun ada juga

      • wahh popular la ko….xsangka aku…cuba letak nama penuh ko..aku nk cari gak neh….bleh x???

      • mana boleh cakap kat sini, yang aku nak pastikan ialah try MOFAS sendiri carikan diakan tahu nama asal dia…
        cayok MOFAS carilah nak kepastian ni, kalau betul baik ko mengaku

      • wehh true ko tipu erk..aku taip nama mofas xde pun kuar blog nih…x agak2 tul ko nih…

        kuar sal sabun aqura ade la….

      • aku try nama tu bukan “mofas” tapi “A——————-” sekali dgn bin ayah dia lagi pastu keluar blog ni… sorry lah kalu silap orang…jgn marah nanti kena jual

      • bile mase plak nama mofas start ngn a________…

        nama mofas start ngn m____.. mohd…

      • ok tersalah kot may dia pernah masuk dalam blok ni kot….entah pelik ok lah kalu gitu

      • okies true…hehe…

        awak nih betul ke x???awak cari sape sebenarnya nih???hehehe

        jgn la wat2 silap camtu…tp xpe..lepak2 la ..xde hal..kitorang mmg sempoi…

        true nk masuk party mane??

        skema baby??- mofas n ( smile)
        dark side?? -pemuda n antu…kawkakwakwkakwa

        atau parti bebas…yang disertai oleh toru dan whiteknight…

      • mana2 party pun boleh, kita rakyat 1 Malaysia

      • Maaf, statement perlu dimurnikan
        kita semua adalah saudara 1 akidah
        itu adalah kepastian dan ketentuan

      • haha…aiii mofas, xbg peluang lgsg org nk promote 1malaysia
        haha

      • hahaha…abg mofas ni
        kalo cakap mmg tajam menusuk kalbu
        cakap relax jerk, tp yg kenanya mmg terasa giler
        mmg xberubah lgsg perangai tu yerk
        ckp jenis cam xde perasaan

    • muahahahaha….sedar diri juga ko yer toyu
      sape kate ko pakar bahasa
      ko mmg xde kepakaran bahase pn
      hohoho

  11. hye whiteknight…jgn mare ye…aku nk tido da nih..pnt kemas barang..ba bai utm…hoho

  12. dh habis final exam ker?

  13. sape yg nk grade ni? sibuk jer nk babai.
    toru tggl 1 paper jer sok. takat subjek “kursus kwin 1sem”
    of course boleh jwp punyer. dah ada sijil dr jakim dah. xknstandard u xleh luluskan toru? haha ~

  14. kawkakwkakwka whiteknight…

    esok nak karang lelaki impian wanita…komunikasi dalam rumahtangga dan juga emosi perkembangan anak-anak…

    kursus kawen 1 sem…kwakwkakwkawa…aku je yg x kawen2 lg neh..org lain kursus kawen 2,3 ari ..aku siap 1 sem lg..da berdarah telinga duk dgr..ahakss….

    babai babai utm..wei whiteknight ko kena timer hakikat aku balik dulu dr ko..wek2x…

    • sini bukan tmpt nk cakap pasal peribadi yerk
      kalo ye pn ko nk ckp kat whiteknight just ckp by verbal, not here
      huh…..

  15. lama juga sy xmasuk blog ni
    dh bnyk komen ye
    ada penambahan ahli baru true

  16. hai korang aku dah boleh jadi ahli korang ke….salam semua tak nak tanya dah pasal mofas

  17. laa…mase bila plak kitorg ade ckp yg org lain lgsg xleh join dlm ni
    all welcome la true….
    selagi abg mofas x kata ape2
    sume leh masuk sini
    orait…ko pe citer?

    • Ya mmg benar
      InsyaAllah tiada halangan untuk sesiapa ingin singgah dan mencedok apa2 yg bermanfaat di blog ini selagi tidak menimbul fitnah.
      All yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: