PEMAHAMAN KONSEP PEMAKAIAN TUDUNG

Salamun’alaikum…

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi Rabbi kerana masih lagi memberikan ruang waktu untuk penulis memurnikan ruangan maya ini. Kali ini penulis cuba ketengahkan beberapa artikel karangan yang berisi pengisian-pengisian yang sangat bagus untuk dikongsi bersama dengan pembaca budiman sekalian.

Entri kali ini penulis cedok dari ruangan perbincangan di dalam blog ini – Discussion Room – yang dituliskan oleh salah seorang pembaca yang menggunakan nama ‘Pemuda’ sebagai nama samaran. Yang mana pada perkiraan penulis perkongsian ilmu itu digarap dengan sangat baik, isinya diolah dengan jitu dan dihuraikan dengan sempurna untuk bacaan semua. Tulisannya penulis ambil kesemuanya tanpa sebarang perubahan dari struktur ayat, cuma dimurnikan dari struktur ejaan supaya ianya nampak formal.

Moga ada manfaat bersama.

……………………………………………

Isu berkaitan tudung…

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan rasa syukur pada Allah dan juga selawat serta salam buat junjungan mulia yang sempurna kekasih Nabi Muhammad S.A.W moga kita semua beroleh Rahmat Allah dan syafaat baginda Rasulullah di akhirat kelak.

Sesungguhnya setelah kedatangan Islam, kedudukan muslimat itu dimuliakan serta ditinggikan. Muslimat boleh menemukan di dalam Islam yang mana di dalam agama ini sangat menjaga kesucian dan kemurnian seorang muslimat agar dapat menjadi muslimat yang mulia dan memiliki kedudukan yang tinggi. Dan untuk memperolehi kedudukan yang tinggi lagi mulia itu bukan datang dan dapat diperolehi dengan mudah. Syarat-syarat yang telah ditetapkan Islam dan kewajipan di dalamnya adalah untuk mencegah sebarang fitnah dan kerosakan yang wujud akibat tabarrujnya (berhiasnya) seorang muslimat dan ia bertujuan untuk menjaga diri dari gangguan orang-orang yang ingin berbuat kezaliman.

Di sini saya cuba merungkai persoalan dari sudut yang agak berbeza sedikit dari pembawakan yang telah puteri sampaikan. Untuk kita sama-sama cuba memahami dengan lebih mendalam tentang kepentingan hijab/jilbab/tudung itu sendiri. Apabila kita telah betul-betul faham, maka kita tidak akan mudah dipesongkan oleh orang lain. Maka kita akan istiqamah dengan apa yang kita perbuat, yang mana kita buat bukan atas dasar ta’lid ikutan semata, yang mana apa kita buat ini adalah berdasarkan hujah yang kukuh.

1. Sesungguhnya hijab/berjilbab/bertudung itu adalah sebagai tanda ketaatan seorang muslimat kepada Allah dan rasulnya:
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah Dia telah sesat, sesat yang nyata.” (Al Ahzab: 36)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya.” (An Nuur: 31)

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah.” (Al Ahzab: 33)

“Hai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzab: 59)

2. Hijab/berjilbab/bertudung itu untuk membezakan antara mukminin dengan mukminah, dan mukminah dengan perempuan jahiliyah.
Sesungguhnya dalam penciptaan laki-laki dan perempuan itu adalah berbeza dari segi kudratnya, bentuk tubuhnya, dan akalnya.

“Dan laki-laki itu tidaklah sama dengan perempuan.” (Ali Imran: 36)

Kerana perbezaan inilah Allah telah mengkhususkan beberapa hukum bagi mukminin dan juga bagi mukminah.
Allah menurunkan hukum dan kelebihan kepada mukminin dengan membenarkan mukminin menjadi pemimpin kepada kaum muslimat, nabi dan rasul dari kalangan mukminin, memperolehi harta pusaka lebih dari mukminah dan lain-lain. Sebaliknya, Allah menurunkan perintah untuk muslimat tetap di rumah dengan menjaga suami dan anak-anak serta urusan keluarga.

Mujahid meriwayatkan bahawa Ummu Salamah Radhiyallahu ‘anha berkata: “Wahai Rasulullah, mengapa kaum laki-laki boleh pergi ke medan perang sedang kami tidak, dan kami pun hanya mendapatkan warisan setengah bahagian laki-laki?” Maka turunlah ayat yang ertinya, “Dan janganlah kamu iri terhadap apa yang dikurniakan Allah…” (An-Nisaa’: 32)” (Diriwayatkan oleh Ath-Thabari, Imam Ahmad, Al-Hakim, dan lain sebagainya).

Maka hendaklah kita mengimani apa yang telah Allah takdirkan dan tetapkan untuk kita, bahawa mukminin dan mukminah itu berbeza. Maka yakinlah disebalik perbezaan itu ada hikmah yang besar. Begitu juga soal hukum bertudung, itu telah ditetapkan Allah dan disepakati para ulama’ akan kewajipannya, maka yakinlah setiap itu ada hikmahnya.

Sesungguhnya para ulama’ itu adalah pewaris para nabi.

3. Untuk menjaga kehormatan diri
Sesungguhnya berhijab/berjilbab/bertudung itu adalah kewajipan bagi setiap mukminah kerana ia adalah satu bentuk pemuliaan terhadap kaum muslimat.

“dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya.” (An-Nuur: 31)

Dalam perkara ini, berhijab/berjilbab/bertudung itu adalah amalan yang dilakukan oleh para mukminah dari kalangan para sahabiah dan generasi selepasnya. Maka adalah menjadi keharusan untuk mengikuti mereka kerana sesungguhnya mereka telah dididik sendiri oleh Rasulullah S.A.W.

Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha, ia berkata:

“Semoga Allah merahmati para wanita generasi pertama yang berhijrah, ketika turun ayat:
“dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya,” (An-Nuur: 31)
“Maka mereka segera merobek kain panjang/baju labuh (jaket) mereka untuk kemudian menggunakannya sebagai khimar penutup tubuh bahagian atas mereka.”

4. Kelebihan dan keutamaan berhijab/berjilbab/bertudung:
# Menjaga kehormatan.
# Membersihkan hati.
# Melahirkan akhlak yang mulia.
# Tanda kesucian.
# Menjaga rasa malu.
# Mencegah dari keinginan dan hasrat syaitaniah pihak lelaki.
# Menjaga ghirah (cemburu) suami.

5. Ianya adalah pelindung
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab: 59)

6. Lambang keimanan dan ketaqwaan
Allah hanya berfirman tentang hijab bagi mukminah yang beriman sahaja, dan hanya yang betul-betul beriman sahaja yang mampu melaksanakan perintah Allah selaras dalam firman Allah:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman.” (An-Nuur: 31)
“Dan isteri-isteri orang beriman.” (Al-Ahzab: 59)

Dalam ayat-ayat di atas Allah mengimbau kepada wanita beriman untuk memakai hijab yang menutupi tubuhnya. Ketika seorang wanita yang benar imannya mendengar ayat ini maka tentu ia akan melaksanakan perintah Tuhannya dengan senang hati. Maka bagaimanakah iman seorang wanita yang mengetahui ada perintah dari Rabbnya kemudian ia tidak melaksanakannya, bahkan ia melanggarnya dengan terang-terangan di hadapan umum!!!

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa Itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al-A’raf: 26)

7. Hijab/jilbab/tudung adalah tanda malu
“Sesungguhnya yang didapatkan manusia pada ucapan nubuwwah yang pertama kali: Jika kalian tidak malu maka lakukanlah perbuatan sesuka kalian.” (HR. Bukhari)
Wanita yang mendedah auratnya tidak disangsikan lagi bahawa tidak ada rasa malu darinya, ia mendedah auratnya di mana-mana tanpa ada perasaan malu darinya, ia menampilkan perhiasan yang tidak selayaknya dibuka, ia mempamerkan barang berharganya hanya layak untuk ia berikan kepada suaminya, ia membuka sesuatu yang Allah perintahkan untuk menutupnya!

8. Hijab/jilbab/tudung menutup rasa ghirah (cemburu)
Berapa ramai muslimat yang rosak kerana mereka mendedahkan aurat mereka. Berapa ramai suami-suami yang sempurna perasaannya tidak senang dengan pandangan-pandangan yang tertuju pada tubuh badan, leher, rambut isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Maka dengan berhijab/berjilbab/bertudung itu dapat menutup pintu-pintu cemburu para suami.

NASIHAT DARI SAYA:
Wahai wanita muslimah, sedarlah akan keutamaaan yang besar dari Allah bagi wanita-wanita yang sentiasa menjaga dirinya, dan wahai wanita muslimah janganlah kalian menganggap bahawa hijab/jilbab/tudung merupakan beban yang sangat berat bagi wanita muslimah, janganlah kalian anggap bahawa Allah telah menzalimi kalian, bahkan sesungguhnya dalam syariat yang Allah turunkan semuanya mendatangkan maslahat. Allah berfirman:
“Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun.” (Al Kahfi: 49)

“Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, melainkan dengan benar.” (Al Hijr: 85)

“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?” (Al Mu’minuun: 115)

PENUTUP:
Semoga kita termasuk di dalam orang-orang yang mendapatkan keredhaan dariNya sehingga kita termasuk dalam penghuni syurga yang penuh kenikmatan…

“Perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka.” (Muhammad: 15)

TAMAT….

25 Responses

  1. wah bang…u hv applied a very good approach, extracted a very good article from our discussion n come out with an entry to ur blog.

    bila kita nk jmpa nih…nk bawak g tgk sesorg yg mmg sgt cun giler nih…mmg cair tau bang

  2. oho…ada artikel baru yerk..
    baguslah moga ada manfaat bersama
    ada jg sahamnya nnt

    pergh ko ni hafiz, ko ajk mofas sorg je ke
    aku ko xajak
    bila time nk tgk awek ko ajak mofas yerk
    bila time nk tgk kete, ko ajak aku
    mane aci cam ni

  3. aku adalah wanita akhir zaman yg bercita2 menjadi solehah..

    insyaALLAH

  4. salam,semmgnya semua suruhan Allah wajib dituruti wlpn sebenarnya tanpa perlu di explainkn jika pnya iman yg kuat & jg krn segala suruhanNYA hanya utk kebaikan hambaNYA..allahu’alam

  5. sebelum tlupa,sy ada sedikit kemusykilan.Adakah perlu kita hamba Allah mempersoalkn suruhan Allah dgn melakukan kajian saintifik? & Imam As’Syafi’e pula pernah berkata,

    “ Barangsiapa yang mahukan dunia, maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang mahukan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu, jika dia berkehendakkan kedua-duanya sekali, maka hendaklah juga dengan ilmu”
    wassalam

  6. sekadar perkongsian ilmu,
    ilmu itu tujuannya untuk mengetahui
    manakala iman itu untuk merasai

    analogi mudah yg sy cuba ketengahkan seperti begini,
    dgn ilmu kita tahu bahawa buah kurma itu manis rasanya dan mempunyai zat serta serat yang tinggi, tapi jika kita tak merasanya dgn memakan kurma, mana kita tau bagaimana kemanisan kurma itu dan bagaimana zat serta serat yg terkandung di dalamnya.

    begitu jg dgn sekadar merasanya saja tanpa ilmu tidak sama dengan merasanya berserta ilmu tentangnya. maka dengan ilmu akan meningkatkan keimanan dan keyakinan kita pada-Nya.

    maka, tidak sempurna jika mempunyai ilmu tanpa disertai dgn keimanan, dan tempang keimanan jika tanpa ilmu.

    mungkin pembaca yang lain dapat membincangkan bersama, moga ada manfaat diperolehi bersama InsyaAllah.

  7. perghh, mantaplah bang analogi yg diberikan

    ni plak perkongsian ilmu dr pihak sy
    di dalam al-quran mmg bnyk yg menyebut ayat-ayat utk kita berfikir
    dlm sesetengah tafsir mengatakan berfikir itu adalah dgn mempelajarinya ataupun menerokainya

    kadang2 kita perlu kemukakan bukti yg saintifik utk meyakinkan seseorang itu
    di dalam Islam kan ade konsep menegur bilhikmah dan sebagainya, kadang2 manusia ni imannya lemah, maka dgn pengetahuan saintifik inilah yg akan memperkuatkan keimanan seseorang itu
    itulah yg dikatakan Islam ini syumul dan sempurna sepanjang zaman

  8. salam,terima kasih kerana sudi utk menjawab soalan sy

  9. Salam ziarah,
    Betul kate hafiz n mofas. Jika kita melihat daripada sudut yg lain pula, dgn melakukan kajian saintifik dapat membuktikan bahawa agama Islam adalah agama yg benar serta dapat meningkat keimanan seseorg. Seterusnya, kajian saintifik membantu dalam menarik org bukan Islam memeluk agama Islam.

    Sekadar berkongsi, saya pernah dgr ceramah tntg thesis seorg ustaz tentang keseimbangan al-quran yang dimana method ini dapat membezakan dimana kita al-quran yg sebenar dan al-quran yang palsu. Dengan menggunakan bil ayt al-quran setiap surah dlm al-quran akan menghasilkan perkataan ALLAH dan MUHAMMAD menggunakan software komputer. MasyaAllah.Melalui penyelidikan beliau mengetahui bil ayt ganjil dlm surah dan bil ayt genap dlm surah dalam al quran adalah sama. Sekaligus, membantu memelihara kesucian kitab al-quran. Wassalam.

  10. ^_^ syukur alhamdulillah krn sy bertanya,sy dpt input baru hari ni..terima kasih kpd tuan tanah,hafiz& whiteknight

  11. fatini – jika ada apa2 kemusykilan, tanya sj dlm ni, boleh kita bincangkn bersama, supaya masing2 akn dpt input berguna

    mofas – aku tau sbnrnya ko leh menjawab kemusykilan fatini ni sorg jerk, tp sengaja buka peluang utk org lain jg eyy…still humble huh…
    aku suka ngan analogi yg ko berikan, konsep penyampaian ilmu ko mmg bagus utk memahamkan org lain.mmg org seni di dalam kejuruteraan…haha

    fatini – “ Barangsiapa yang mahukan dunia, maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang mahukan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu, jika dia berkehendakkan kedua-duanya sekali, maka hendaklah juga dengan ilmu”
    dlm erti kata yg lain, seseorg yg inginkn dunia perlu tahu tntg ilmu dunia spt ilmu berniaga dan sebagainya barulah dia dpt menguruskan urusan dunia.sesiapa yg inginkan akhirat jg perlu ada ilmu tntg akhirat supaya amalan yg dilakukan itu adalah amalan yg soleh dan sahih. Jika bkn dgn ilmu, dikhuatiri kita akn terpesong di dlm lembah kesesatan tnpa mengetahui bhw kita telah sesat. Nauzubillah…

    whiteknight – perkongsian ko pn mmg bagus…dgn kajian saintifik la kita dpt menunjukkan pd org yg masih belum beragama Islam tntg kehebatan Islam.

    Hafiz – nnt kalo dh dapat cukai tanah dr fatini, jgn lupa share ngan aku…haha

  12. insyaAllah jika ada soalan nati sy tny…cukai tanah tu nati sy byr kt pjbt tanah yeh..nati g la tuntut,hehe ~

  13. hmmm…nk kne byr bpe tu?

  14. salam maal hijrah,
    ish3 skitnye 100MYR…ok2 nati sy byr (dlm mimpi)
    sy ada soalan nk tny ni…hrp xmyusahkn
    1) sy p 1tmpt arini,time nk solat zohor tu sy tny kerani arah kiblat,kerani tu ckp dia solat kt uma so dia xbpe sure arah kiblat..pas abis solat tu sy lalu dpn tmpt solat lelaki nmpk arah kiblat lain..tp sy xpasti arah kiblat mereka tu btul ke x… sy nk kne ganti ke solat sy tu??
    2) certain surau kt highway kn ada yg dh bertukar arah kiblat cthnya surau kt tol gombak,solat yg sy pnh buat kt surau tu nk diganti ke??tp sy dh xigt bpe kali solat kt stu
    wassalam

  15. ok fatini, u have shot us with ur questions
    now my turn to protect myself
    here it comes…..

    tapi sblm tu aku just nk bgtau, ni bab fekah
    kalo kita bicara bab fekah, pasti akan bnyk pendapat yg berbeza dikalangan ulama

    jd sy cuba bawa langkah yg selamat

    1) & 2)
    kedua2 soklan ni jawapannya sama
    utk langkah selamat dan mengelakkan was-was, better di ulang kembali solat tu
    kerana apabila timbul was-was, adalah lebih baik kita hapuskannya supaya tdk mengganggu ibadah yg lain kemudian hari.
    anggapkan saja solat kamu tu sebagai solat menghormati waktu dgn menunaikannya supaya apabila mati, kita dah terlepas dari tanggungjawab

    faham???

  16. haha…bila ko nk bayar yuran fatini???

  17. terima kasih sbb tlg mjawab soalan sy =)
    yuran apa???…hehe
    cukai tanah ke??
    nati sy byr dlm mimpi erk,lalala…~

  18. aiii hafiz, ko tengok…fatini ni pn dh mula ketawa cam toyu

  19. hg gila

  20. biarkan kak
    dia nk wat provokasi la tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: