TAHUN BARU 1431 / 2010

Salamun’alaikum…

Syukur Alhamdulillah kerana Ilahi Rabbi masih lagi memberikan peluang kepada penulis untuk terus hidup di muka bumi-Nya untuk terus beramal bakti tanda sebagai seorang hamba.

Berlalu sudah tahun 1430 Hijriah dan juga tahun 2009 Masihi, kini beranjak pula tahun 1431 Hijriah dan tahun 2010 Masihi untuk ditempuhi. Seperti kebiasaan pabila menjelangnya tahun baru, tidak kiralah tahun hijriah atau masihi, maka ramai akan berbicara tentang azam tahun baru. Penulis juga tidak terkecuali di dalam hal ini, cumanya apa yang penulis lakukan adalah dengan berazam secara seorang diri tanpa perlu disampaikan pada orang lain.

Pernah penulis dengar bicara seorang tua tentang tahun baru. Maka ingin sekali penulis kongsikan di sini bicara seorang pejuang yang memberikan motivasi kepada diri penulis walaupun insan yang berbicara itu telah pergi mengadap tuhannya Ilahi Rabbi.

Nota Seorang Pejuang di Tahun Baru..

Setiap kali tahun baru muncul aku sering ditanya apa azam baruku?
Sedang aku seorang pejuang, tentulah tidak mengira apa nombor yang
tertera di kalendar, azamku tetap hanya satu, melihat perjuangan ini
menggenggam kemenangan!!!

Perjuangan ini mungkin sudah mengajar aku menjadi kurang ajar, tetapi disebaliknya ia juga telah membentukku menjadi orang sabar.

Perjuangan ini juga mungkin sudah mengajar aku menjadi orang biadap, tetapi disebaliknya ia juga telah membentukku menjadi orang yang beradab.

Perjuangan ini memang penuh dengan cerita keresahan, tetapi pejuang
perlukan ketenangan
.

Aku sering ingat kata orang dulu, sedikit tanda ingat, banyak tanda ada. Maka jumlah yang mengikuti perjuangan ini bukanlah satu keresahan bagiku. Kalau sedikit, bagiku sekurang-
kurangnya masih ada yang ingat pada perjuangan ini. Apatah lagi kalau ramai, itu tandanya ada orang lain yang turut berjuang bersama aku.

……………………………………………

“Man, aku ada khabar berita untuk kau,” tegur seorang rakan.

“Berita apa yang penting sangat tu sampai beriya benar engkau nak sampaikan?” tanya Man kembali.

“Ini pasal hadiah tahun baru.”

“Hadiah apa?”

“Sempena tahun baru ini, kerajaan berikan hadiah kepada rakyat Malaysia dengan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen,” terang rakan tadi.

“Oho, itu hadiah untuk 1 Malaysiakan,” jawab Man.

“Lepas ini kena kurangkan gula dalam makanan dan minumanlah nampaknya,” sambung Man kembali.

“Diorang cakap bolehlah. Lepas ini aku dengar hadiah baru pun ada lagi. Ini baru harga gula dinaikkan, dengar khabar harga minyak pun nak naik lagi, tapi aku tak pasti lagi kesahihannya. Nampak gayanya kita pun kena sediakan hadiah buat mereka,” tambah rakan tersebut.

“Hadiah apa yang kita nak sediakan buat mereka?” tanya Man.

“Hadiah kita cuma pensil dan kertas saja waktu pilihanraya umum ke-13 nanti. Biar mereka rasakan,” jawab rakan dengan selamba.

24 Responses

  1. haha…hadiah tahun baru utk 1 Malaysia
    Rakyat didahulukan dengan membayar harga gula yg mahal, pencapaian mencekik darah rakyat diutamakan

  2. nasib baik toru jenis xminum minuman manis2…

    air masak kosong sudah…ahaks…gula naik lg…myk naik lg..beras naik lg..

    nnt leh la buat mini kebun kat blakang bilik nih…tnm ubi2…time2 sesak leh rebus2 makan….ahakss

    ubi kayu,ubi keling,ubi badok,ubi stelo…sgalo jenis ubi ado blako..muahahahhaha

  3. alang2 bela lembu skali
    leh sembelih wat lauk daging
    haha

  4. haha…agak2 la korg nk mengutuk pn
    xkn nk bela lembu
    bela kambing cukupla
    kecik sikit

  5. ko tu lg la mengutuk xingat dunia
    mula2 backup diorg
    pastu ko tambah gak perasa utk mengutuk
    haha

  6. aii bang, lama menyepi

  7. pemuda menyepi bukak ladang kambing ke …

    ngn mofas..muahahahhaha

    aku rasa elok ko blaja2 tnm padi hafiz…kik3x….

    whiteknight miss u….

  8. whoahahaha….
    mmg mantaplah respond ko hafiz

  9. hahaha…biar dorg rasakan
    nk bercintan cintun dlm blog ni sesama jenis
    eee geli aku
    hahahaha

  10. apa kena mengena ngn ko hafiz….

    geli2 plak…..

    miss muahz2x….hahahahahha

  11. true…i’m not a gay k…hahahahhaa….

  12. true – i’m not a gay.whoahahaha

  13. tp kalo yg nama hafiz x sure la..true kena tnya die sendiri…kalo kitorang comfirm not a gay…

    sbb hafiz slalu gak miss2 abang mofas die…kawakwakkwkwaka…..

    der…agak2 la dtg umah org..sebelum nk tnya org tu sape…perkenalkan lah awk tu sape dulu…x begitu..kan manis…

    ala malas betul la terguna nama lg satu nih..hahahahhaha

  14. whoahahaha…..
    toyu n whiteknight…ader potential ker nk jd gay
    impossible rasanya
    hahaha……
    xleh nk bayangkan…..
    oh no, i can’t imagine….hahahaha

    tula pasal toyu,
    aku setuju ape yg ko cakap
    weiii true, pls give me ur true identity
    just want to know

  15. aikss whiteknight ketawa sama ngn pemuda..ade pape ker???mklumlah toru lama x masuk……so kut2 tertinggal gosip2 terkini ke..hahahahaha….

    pemuda…toru pun x tingin nk jadi gay..hahahhahaha…

  16. toru-best gak gelak jahat mcm tue. xnk try? hehe

    true- adoi..pecah perut sy gelak ngan statement true.
    pls introduce urself to us.

  17. toyu –
    ko jgn perasan la….tu trend gelak our team
    mofas pn kadang2 gelak gitu
    even ko nampak mofas cam tsiqah / skema
    in facts dia pn kadang2 gelak camtu gak tau
    kalo hafiz tu jgn cakap la
    mmg hantu budak tu

    ko mmg xleh jd gay pn beb
    ingin sekali aku cakap
    tp terase xsampai hati plak nk cakap
    hahaha

  18. hahahahha sokong..hafiz mmg hantu…chow…

  19. eh hantu cakap kite plak….ish2x…nk tarik geng nampak…xmo geng ngn hantu..cop xmo..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: