HIDUP UMPAMA ‘PUZZLE’

Hidup ini umpama ‘puzzle’.

Setujukah jika penulis katakan bahawa hidup ini umpama puzzle?

Walaupun kita punya kehidupan masing-masing, namun ia tetap menciptakan satu gambaran yang jelas diakhirnya. Ya umpama puzzle, bermula dengan tidak diketahui figura ataupun gambaran yang jelas, namun setelah tersusunnya semua puzzle itu, lalu membentuk satu paparan gambar kehidupan.

Kita tidak ketahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Benar, ramai yang menyebut, “hari semalam adalah sejarah, hari ini adalah penentu dan esok adalah harapan“. Kita cuma boleh mengharapkan hari esok akan ditempuhi seperti yang kita aturkan, tetapi siapa yang mampu menentukan dan memberi jaminan bahawa hari esok akan kita hadapi lalu kita tempuhinya.

Kehidupan ini juga umpama unsolve puzzle.

Tiada siapa yang dapat menjelaskan tentang kehidupan kerana ianya adalah satu perkara yang kompleks.

Kehidupan ada masanya suatu yang menggembirakan dan membanggakan, dan ada masanya membawa kita kepada satu perasaan yang sangat rendah sehingga kita tertanya pada diri, “kenapa aku dilahirkan?” Bagaimana pun ianya pasti memberikan makna tersendiri.

Tiada siapa yang dapat menjangkakan tentang masa hadapan dan kehidupan. Suatu perkara baru akan berlaku pada setiap masa, suatu perkara yang tidak dijangka, terkadang apa yang diimpikan tidak tercapai, apa yang tidak terfikirkan berlaku.

Kehidupan ini merupakan satu kombinasi kisah gembira, sedih, suka, duka, cinta, sayang, marah dan benci. Tidak dilupakan kisah penuh kenikmatan hidup, begitu juga kisah penuh kesepian dan keseorangan, kisah yang diselubungi ketakutan dan juga kisah kebahagiaan.

Bagaimana pun kisah dalam kehidupan ini, tidak kira suka atau duka, gembira atau hiba, semuanya memainkan peranan yang penting di dalam mencorakkan kisah kehidupan ini. Ya ibarat puzzle, setiap bahagian memainkan peranan penting untuk dicantumkan dengan yang lain sehinggalah terciptanya satu gambaran kehidupan.

Apa yang pasti ia saling melengkapi di dalam kehidupan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: