KISAH PERKAHWINAN

Salam Man, Alhamdulillah pinangan aku telah diterima. Aku sudah bertunang,” bicara seorang rakan karib dihujung talian. Ceria sungguh nada bicaranya.

…..

Aii Man, tengah menungkan apa?” sapa seorang teman.

Menungkan tentang diri aku. Kawan yang sebaya aku seorang tu sudah nak menikah bulan Mac ini sedangkan dia masih belajar.

Jadi apa masalahnya?” soal teman kembali.

Bukan itu jadi masalahnya, aku punyai perancangan hidup. Aku rancang untuk bina keluarga setelah aku tamat pengajian sarjana aku nanti. Lebih kurang umur 27 tahun. Tapi baru-baru ini, emak aku suruh aku menikah tahun ini juga, mengikut sunnah nabi katanya.

Baguslah kalau begitu, benda baik elok dicepatkan. Hidup mati kita siapa tahu kecuali Allah yang Esa sahaja,” bicara teman memberi semangat.

Lagi pun, kau tidak perlu risau untuk menyediakan duit yang banyak sebab bakal orang rumah kau pun rakyat Malaysia,” tambah teman itu lagi.

Jadi, kenapa?” soal Man kebingungan.

Kau tak baca berita pada hari ini kah? Melepas peluang aku untuk memperisterikan wanita Indonesia. Nampaknya aku perlu cari wanita negara lainlah pula,” terangnya sambil menunjukkan berita yang dimaksudkan di laman web Berita Harian Online.

……………………………………………

Kahwin wanita Indonesia kena bayar RM170,000

JAKARTA: Rakyat asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000), syarat baru diperkenalkan kerajaan republik itu untuk menjaga kebajikan wanitanya.

Wang itu yang perlu dibayar kepada sebuah bank Islam tempatan adalah sebagai jaminan nafkah kepada wanita terbabit sekiranya perkahwinan berkenaan berakhir dengan perceraian.

Syarat itu terkandung dalam Draf Rang Undang-Undang Perkahwinan yang sedang dirangka dan mendapat sokongan kuat Majlis Ulama Indonesia (MUI), lapor berita di laman web dan Jakarta Post.

Bagaimanapun, syarat itu hanya membabitkan lelaki asing yang mahu mengahwini wanita Indonesia dan tidak kepada lelaki tempatan yang mengahwini wanita asing. ‘Syarat baru’ perkahwinan itu menyusuli kontroversi beberapa hari lalu mengenai cadangan mengenakan denda atau penjara kepada pasangan tidak mendaftarkan diri selepas berkahwin atau lelaki berpoligami walaupun tiada larangan dalam Islam.

Perkahwinan campur antara wanita Indonesia dan lelaki asing terutama dari Asia Barat menjadi amalan biasa di negara itu, kebanyakannya membabitkan pelakon dan penyanyi pop.

Mengikut draf rang undang-undang itu, wang berkenaan dibayar kepada sebuah bank Islam, dan akan diberikan kepada wanita terbabit sekiranya suami mengabaikannya dan anak-anak atas sebab yang tidak dinyatakan.

Wang itu hanya boleh dikeluarkan selepas perceraian dan digunakan untuk memastikan kebajikan keluarga dan anak-anak wanita terbabit sehingga mereka berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, undang-undang itu tidak diguna pakai bagi perkahwinan campur antara lelaki Indonesia dan wanita asing. Dalam kes itu, suami tidak diminta membayar wang dan isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung diri sendiri.

Ketua MUI, Amidan Kiai Hajj adalah antara penyokong kuat rang undang-undang itu kerana ia memastikan kebajikan isteri dan anak-anak selepas sesuatu kes cerai.

Pemimpin Islam itu menyatakan sokongannya berdasarkan beberapa insiden yang berlaku di Kalimantan.

Di wilayah itu, ramai rakyat Indonesia mengahwini pekerja asing dalam sektor pertanian dan industri yang akan kembali ke negara mereka jika hilang kerja dan meninggalkan keluarga tempatan tanpa sebarang nafkah. – Agensi

18 Responses

  1. hahaha…dok menung jela

    dah lama aku xmasuk blog ni
    br balik dr out-station

  2. Kalau berupaya untuk seiringkan alam perkahwinan dan pengajian master adalah elok kalau diteruskan niat baik si ibu…

    bila berkahwin awal, kita akan stabil awal dengan alam perkahwinan. stabil dengan kerenah/perangai baru diketahui si isteri/suami..walaupun telah berkawan2 sebelum kahwin, bab ni adalah cabaran paling besar. termasuk menerima nilai baru dr keluarga yang baru. bukan semua orang sama nilai/prinsip dengan diri kita. nak stabilkan kehidupan dengan MERTUA, ipar duai boleh jadi makan masa.

    Stabil dr menyusun kewangan( maklumlah sekarang ni semua benda banyak yang kena share ngan isteri cthnya beli rumah/loan untuk rumah/kereta dll

    Stabil dengan anak2 yang mula melihat dunia. bab ni memang banyak ragam..untuk seorang anak, cecah RM1K untuk belanja diapers, susu, taska/tadika, klinik, imunisasi dll.

    bak kata, kalau mula awal kita akan stabil awal. hidup akan terancang dan makin terancang. kalau lambat agak susah juga, yala dengan kehenak kerjaya yang makin menekan, kewangan yang semakin meningkat….

    bukan la nak kata kahwin=masalah. tapi realiti dalam perkahwinan ada tangungjawab2 besar dan banyak perkara yang perlu dibuat. Awal buat, awal stabil. Tapi tak salah juga kalau nak tangguh. mudah-mudahan beroleh yang baik2 saja untuk MOFAS.

  3. hoho…dengar tu bang

    aii kak lama menyepi

  4. rulza lama menyepi
    apa kabar?

    panjang tul komen erkk….
    pandai2 la ko yer mofas

  5. benar apa yg diperkatakan rulza tu
    sama2 ambil manfaat drnya
    baca tu mofas n hafiz

    rulza,
    lama menyepi.
    bagaimana pengajian master?

  6. hoho…bukan abg sorg je kene baca
    ko pn kene baca jg hafiz

  7. lately memang sibuk..sempat singgah sini tapi tak tersempat nak berkongsi fikiran…

    pengajian master alhamdulillah. setakat boleh la lagi..
    cuma tengah mentunekan diri dengan kehadiran anak yang bakal lahir..

    emosi baru nak stabil..bab anak kalau emosi tak sedia, banyak sangat benda yang bukan2 difikir…

    baru je lalui sakit bersalin
    sakit masa mengandung
    sakit pantang

    tetiba ada lagi sorang..traumanya, memang fobia sangat2

    suami2 kena hargai isteri tau..bukan sikit2 hargai tapi banyak2 sebab rupa-rupanya sakit mengandung, bersalin, pantang memang sangat2 sakit..

    memang bagai nak putus nyawa..

    tapi alhamdulillah dah masuk 5 bulan ni dah boleh stabilkan emosi ..takut memang takut tapi insyaallah takda apa kot…
    mudah-mudahan allah lancarkan je perjalanan bersama anak kedua ni….

  8. InsyaAllah nnt umar ade adik
    leh wat teman bermain, hoho
    dh besar yer umar….

    sy pun xtau nk cakap cmne
    sbb lelaki ni x mengandung dan x menanggung kesakitan seperti org perempuan
    cuma nk cakapnya, anak2 la aset berharga utk kita di akhirat nnt
    huhu

  9. ya, itu dia pakar motivasi sudah bermadah
    yeahaaa……

  10. tula pasal, bermadah pujangga tuhhh

  11. mmg betul tu rulza
    hanya org yg pernah merasainya saja tau kesakitan tsebut

    hafiz dan pemuda
    apa salahnya mofas bermadah pujangga
    ada benarnya dia kata begitu

  12. tula, nanti umar dapat adik..insyaallah pasni kena STRICT merancang..Kena amik kaedah yang tak perlu ingat2 makan pil dan tarikh…

    teringat lak ungkapan Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com) ANAK RAMAI ATAU ANAK DAMAI???? Beratnya…

    anak adalah aset di akhirat, tapi nak menjadikan dia tiket free kita di syurga nanti adoi, beratnya tanggungjawab di dunia ,,
    bab didikan anak, fokus untuk tanggungjawab dah jadi 200%.

  13. yup betul tu
    kalo ank dapat hafiz lg bagus
    mmg aset besar tu

  14. mmg, setuju sgt

  15. aiii bro, ape yg setuju sgt
    bro, ke mana abg mofas
    lama menyepi
    sibuk sgt ke ape dia tuh

  16. sunyi nyer blog ni……

  17. muahahahaa…..
    komen kak jgn xkomen
    blog ni cam dh dilanggar garuda
    kontang tanpa pengisian

    komen je kak
    whoahahaha
    biar terasa sikit abg mofas

    haha…rasakan bang
    PEMALAS

  18. hohoho….sedap mengata org yerk
    sabarla, dlm proses la mengeluarkan artikel
    sibuk sikit beb

Leave a reply to pemuda Cancel reply