CUKUPLAH SENYUM SEBAGAI JAWAPAN

Salamun’alaikum.

Alhamdulillah, syukur penulis panjatkan ke hadrat Ilahi ya Rabbi kerana masih memberikan kesempatan kepada penulis untuk bernafas di muka bumi ini dan seterusnya memberikan ‘keizinan’ kepada penulis untuk mencoretkan serba sedikit tentang kehidupan.

Sudah agak lama juga blog ini sepi dan hambar. Terima kasih kepada yang masih lagi setia mengikuti blog ini dan terima kasih di atas keprihatinan kalian.

Sememangnya kebelakangan ini diari hidup penulis agak penuh dan padat. Jadual kerja yang mana penulis bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu juga melakukan sedikit urusan pentadbiran. Ditambah lagi dengan tanggungjawab yang lain, yang mana ditakdirkan menjadi antara orang terpenting yang perlu berurusan dengan syarikat Perodua Sdn. Bhd. untuk satu projek pengubahsuaian kereta dan juga perlumbaan.

……………………………………………

Apabila menjelangnya cuti sekolah ini, sungguh rancak pasangan-pasangan yang akan membina keluarga bahagia memberikan kad ‘saman’ untuk penulis hadiri.

Dikesempatan penulis menunaikan bayaran ‘saman’ seorang teman karib, beberapa persoalan telah diajukan kepada penulis. Bermula dengan bertanyakan soal karier, isu semasa sehinggalah kepada…

“Man, bila pula giliran kamu?” tanya seorang ingin dengan perasaan ingin tahu.

“Betul tu, kamu dah sepatutnya bernikah.”

“Ya, aku setuju.” Sampuk pula rakan-rakan yang lain.

Akhirnya penulis menjadi ‘bahan’ tajuk utama perbualan pada hari itu.

…..

Termenung seketika apabila menerima beberapa keping kad ‘saman’. Terasa berat kaki ini untuk melangkah menunaikan bayaran ‘saman’ tersebut. Semuanya mempunyai tarikh yang telah ditetapkan.

Walaupun penulis sedar akan tanggungjawab menunaikan ‘saman-saman’ tersebut, tetapi terasa berat kaki ini bila mengenangkan soalan-soalan yang akan penulis terima dari pelbagai ragam insan yang kuat perasaan ingin tahunya.

Bukan itu sahaja, emak pula sudah semakin kerap bertanyakan soalan yang sama. Apabila tidak puas hati dengan jawapan penulis, ditanyakan pula soalan itu kepada ‘puteri’ dengan harapan boleh dipercepatkan. Akhirnya ia terserah kembali kepada diri penulis.

……………………………………………

Dalam kesibukan masa ini, terkadang bila difikirkan kembali, ada baiknya juga, kerana masa-masa dan hari-hari yang ditempuhi pasti akan cuba dimanfaatkan sepenuhnya.

Dan yang pasti, walaupun diari hidup penulis penuh dengan pelbagai perkara dan aktiviti, namun pabila berjumpa di alam realiti (bukan alam maya), penulis tetap adalah diri penulis. Hanya rakan-rakan akrab sahaja yang mengetahui diri penulis dan sudah pasti ‘puteri’ juga tetap mengenali diri penulis.


19 Responses

  1. aha…dh keluar artikel baru
    pe cerita org di sana

  2. haha…kene saman dengan org lain xpela
    bukan kene saman dengan polis or JPJ
    relax la bang

  3. pemuda – org di sini sihat alhamdulillah
    cuma agak sibuk sikit, org di sana camne pula

    Hafiz – woiit jgn disebut saman dgn polis or JPJ
    bahaya tuh

  4. lama juga ya mofas tidak menulis
    kadang2 tertunggu2 juga

  5. akak rasa, dah dekat dah nak dapat kad saman mofas..sejak akhir2 ni mofas asik cerita pasal alam perkahwinan…

    hihihi…

    apapun semoga beroleh yang terbaik untuk mofas….

  6. hahaa..
    saman = kad undangan perkhawinan ker?
    ingt saman btoi2 td..

    chaiyok3!!! setuju ngan k.rulza.
    ktorg tukang tgk n mkn jer.. hehe =)

  7. haha….mantaplah kak rulza ayt akk tuh
    so pe citer bang mofas n akk puteri
    hehe

  8. yeah…aku sokong rulza
    sejak kebelakangan ni ayt rulza straight to d point ekk
    haha…

    ape la whiteknight, saman pn xtau
    ni mst xpenah dpt kad jemputan kawin
    haha

    • coming saman bulan 6 nie
      pemuda xpela
      bukan takat dapat saman
      siap dah “wt saman” dah.. hikhik

      • haha…silap2 wat saman kali ke dua
        whose know
        huhu

        jgn salah faham yerk, wat saman kali kedua n ketiga utk anak-anak kawin nnt

  9. 🙂

  10. aii bang, suspicious juga la ngan jawapan abg ni
    senyum jerk
    senyum tu membawa bnyk makna nih…
    sukar utk ditafsirkan
    kalo dlu, abg hepi pn abg senyum
    kalo sedih pn senyum
    kalo geram pn abg senyum
    uihhh…confuse

    pasni maybe kuar pulak biarlah ketawa sebagai ubat
    huhu…boleh ker?

  11. Alhamdulillah, nampaknya blog mofas sudah kembali ceria dgn komen2 pembaca
    sebelum ini nmpk hambar je

    lepas ni mofas kene la selalu update blog ye

  12. haha..pandai yerk korg ni Hafiz n whiteknight mengata aky

    aii mofas, senyum je ker??

    sofea lama xdengar cerita

  13. aii dh sunyi balik
    haha

  14. senyuman bawa byk makna..kui3x…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: