REALITI PROGRAM REALITI

Kini Akademi Fantasia telah muncul kembali. Pabila penulis menonton dan membuka siaran Astro Ria (kalau penulis tidak silap), penulis lihat program Akademi Fantasia telah muncul kembali cumanya ketika itu penulis tidak tahu program kali ini adalah program kali ke berapa dan siapa pengetuanya.

Lalu penulis kembali teringat suatu ketika dahulu kumpulan KRU pernah mengeluarkan satu  klip video yang pada intrepetasi penulis mengatakan ia seakan lagu berkaitan dengan program realiti yang mula rancak ketika itu. Ibarat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Kesempatan masa yang terluang, penulis cuba search kembali lagu yang penulis maksudkan, dan akhirnya penulis ketemui juga. Ini penulis kongsikan kepada pembaca sekalian…

KRU FEAT ADAM – TERHANGAT DI PASARAN

……………………………………………

Walaupun penulis tidak berapa mengikuti aliran muzik tanah air mahupun luar negara, tetapi ada juga ‘satu dua’ yang mendapat perhatian penulis lebih-lebih lagi jika ia mempunyai beberapa nilai yang ditetapkan penulis. Lagu ini memenuhi kriteria yang penulis tetapkan antaranya:

  1. Mempunyai nilai humor.
  2. Mempunyai maksud

Dalam proses pencarian klip video ni, sempat juga penulis membaca beberapa maklumat berkaitan Akademi Fantasia pada tahun ini. Tidak sangka program ataupun rancangan realiti ini sudah masuk musim ke lapan, ini bermakna sudah lapan tahun rancangan ini telah berjalan dan kali ini akan diterajui oleh Norman KRU selaku pengetua.

Apa yang ingin penulis sentuh di sini adalah berkenaan realiti sebuah program realiti. Sebagaimana klip video yang telah penulis persembahkan di atas tadi, bagaimana video ini telah mempersembahkan realiti sebenar disebalik sebuah program realiti itu.

Antara realiti sebenar yang sangat penulis setujui yang cuba diketengahkan adalah bil telefon yang meningkat hanya sekadar untuk mengundi penyanyi idaman hati. Penulis jadi teringat akan kata-kata yang pernah diluahkan oleh seorang teman suatu masa dahulu, “Diorang ni dok perabih duit mengundi penyanyi idaman hati dan berbangga kepuasan apabila penyanyi tersebut menang, tetapi akhirnya apa yang mereka dapat? Bil telefon melonjak tinggi. Mereka hanya kenal penyanyi tersebut tetapi penyanyi itu tidak kenal mereka.

Boleh dilihat juga bagaimana kumpulan KRU ini membawakan suatu realiti sebenar di mana apabila seorang peserta tersingkir, dilihat peserta lain menangis kesedihan, tetapi sebaliknya di hati mereka. (hoho…)

Dari program realiti ini juga memberikan kesempatan kepada syarikat telekomunikasi untuk mengaut keuntungan berlipat-ganda hasil undian para penonton. Akhirnya dengan keuntungan itu menambahkan lagi program-program berbentuk kelalaian bagai cendawan tumbuh lepas hujan.

Dan yang paling sedih adalah, majoritinya (lebih 90%  – pada pandangan penulis) peserta serta penonton adalah dikalangan orang Melayu Islam.



23 Responses

  1. hahaha…mmg best lah lagu nih
    mantap betul
    xsangka abg mofas pn leh minat lagu nih

  2. lagu ni mmg mencerminkan realiti
    saya suka bila abon tersingkir
    yg lain menangis tapi hakikatnya mereka gembira

    • saya ni peminat abon..hihihi

      dulu masa kat langkawi, funfair dia best sangat. takda konsert2. ada wayang kulit. ada gajah pastu abon datang jadi clown. masa tu dia tak glemer sebagai artis lagi.

  3. betoi23 setuju ngan k.sofea..
    AF ini dah mcm org komen. Siap ada group hate AF kat fb.
    http://www.facebook.com/pages/1000000-peoples-hate-AKADEMI-FANTASIA/377890699400?ref=nf

    Tapi, makin hari hadiah AF makin mantap.
    Berbeda dengan AQ yg kurang penajaan.

  4. wehh whiteknight, cikgu yg sorg lg tu pah ke mane?

  5. Hafiz – abg minat sbb ade unsur humor dlm lagu tu
    n dia punya mesej yg di bawa pn bermakna

    inilah hakikat program realiti
    kekadang depan org menangis
    tp belakang rasa bersyukur sbb xtersingkikr
    huhu

    ko rindukan toyu ker? haha

  6. Akhirnye, persoalan rindu org tue tkuar jugak
    time kutok xingt. hahaha~
    toru busy. dia ngah final skrg.
    ko ader nk pesan pe2 ker?
    nati sy bgtaw dia.

  7. assalamualaikum..

    toru benci af…haha…

    sowie ar toru bzz x hengat sem nih..ntah nape bzz….study week pun ade esaimen lg..hoho..sehari sebelum final smpat gi jungle tracking lagi..

    cmpur ngn subjek yg killer la konon….huh bukan subjek yg killer..tp toru yg killed….hoho…..

    sahabat2 camne???mofas xmo msk af ke???kui3x…
    mofas ngn pu3 bila nk berlangsung nye erk…xkan nk senyum jer???aih sehari leh la senyum je..kalo da stahun senyum kn la slow2..kawakwakkwa…toru doakan cpt2 sket mofas ngn pu3 —– 1+1=2 ye…

    hehe….hafiz still kat mesia lg ke…or da memblahkan diri ke negara luar??adik2 cmne hafiz??ok??ingt ko anak sulung..make sure adik2 terjaga ya….

    pemuda mane???lama x nmpak…sihat ke??

    kakrulza bila duedate bb baru…hehe…toru doakan kesejahteraan akak ye…

  8. wehhh toyu, rilex la
    study2 gak, bnda lain pn kene keep going beb

    hafiz rindu sbb nk mengutok ko la tuh..haha
    aku pn rindu gak nk membacanya

    aku masih di sini la toyu
    pembaca setia
    kalo aku rindu budak mofas ni
    aku buka la blog dia

  9. tak pernah tengok AF sebab kat umah tak pasang astro. Mak saya Anti Astro. Dia kata tv 1 2 3 7 8 9 pun tak larat nak tengok….ni nak pasang astro lagi…

  10. hoho…sama la cam sy kak
    dlu xpasang Astro bukan sbb anti Astro
    tp sbb xmampu…huhu

  11. weh hafiz, org tny tuh ko katne la nih….
    jawabla….wat sakit hati kitorg jerk

  12. haha..wehh..whiteknight dah tlg calling toru.
    ko jwb la persoalan toru tue..
    sori la bg statement ko malu. hukhuk~

    k.rulza – dulu, bonda xnk psg astro cz takot ktorg adik beradik tgk tv jer. bila dah besar bru psg cz nk tgk bola live. hehe.sy suka abon ckp jawa. comil bah..

  13. kui3x..rumah toru x pasang astro..sbb kitorang jrg la tv2 nih…abah cakap wat pe psg astro…channel2 yg ada pun x abis nk tgk…..korang bkn tgk…abah je tgk..kui3x…

  14. ntah Hafiz, ko jawabla ko katne skang
    mmg aku sakit hati….
    aku xnk jawabkan
    aku nk ko yg jawab

    rumah aku pasang Astro
    satunya utk anak2 aku
    channel ceria jd kegemaran diorg
    tp yg plg aku suka tgk ank2 aku nih
    diorg minat channel national geographic n discovery channel
    menurun ngan uncle mofas dia
    hahaha

  15. huhu…takutnyer
    macam akan terima hukuman yg berat jerk

  16. kenapa Hafiz? jawab jela…
    berat sangat ke ape yg dh kamu buat?

  17. haha pemuda..actually toru xnak pun tanya soalan tu…tp toru xtaw nk tanya apa kan…kwakwakwakwka..

    kalo x tanya pape kan..nampak sangat…kwakwawkakwak…xjawab pun xpe…sbb bukan nk taw pun……

    afundi af…yeaghhhh….

  18. huhu…agak berat juga la hukuman yg akn sy terima kak sofea…..takutnyer

  19. mmg berat pun
    kalo boleh disembelih, mmg aku sembelih budak nih
    mofas lagi la bengang ngan budak sorg nih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: