MELEPASKAN DIRI DARI KESIBUKAN TUGAS

Salamun’alaikum…

Setelah beberapa ketika penulis menyepi dari menulis di laman blog ini, kini penulis cuba meluangkan sedikit masa untuk membenarkan jari-jemari ini menari di papan kekunci.

Menyepi bukan bermakna tidak mengikuti. Menyepi bukan bermakna ketandusan idea. Cuma menyepi kerana kekangan tanggungjawab dan juga perkara-perkara berkaitan yang lain.

……………………………………………

Apabila menjelang penghujung semester, sudah pasti kesibukan juga semakin memuncak. Bagi para mahasiswa, kesibukan mereka adalah untuk mentelaah subjek-subjek bagi menghadapi peperiksaan akhir. Bagi para pendidik pula, mula sibuk menanda dan memberikan markah-markah untuk setiap laporan, tugasan dan juga ujian yang telah dihantar oleh mahasiswa.

Penulis juga turut tidak berkecuali. Dua minggu lepas bertungkus-lumus menanda laporan-laporan makmal yang dihantar oleh mahasiswa yang bilangannya bukan puluhan tetapi ratusan laporan. Semuanya perlu dibaca dan diberi markah dengan teliti.

Mulanya penulis semak maklumat pelajar di muka hadapan laporan untuk memastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan sempurna. Kemudian barulah beralih kepada isi dalaman laporan. Bermula dengan membaca pengenalan, pemerhatian, dapatan data, pengiraan, perbincangan dan kesimpulan serta tidak dilupakan rujukan yang digunakan.

Akhirnya, setelah beberapa laporan telah penulis baca dan teliti isi kandungannya, hampir semua laporan mereka adalah sama. Berbagai kerenah dan cara yang dilakukan oleh mahasiswa yang dikatakan bijak pandai ini. Ada yang meniru bulat-bulat tanpa ada penyuntingan. Malah yang paling teruk, ada yang photostat laporan teman lain dan menukar muka hadapan dengan mengisi maklumat sendiri lalu dihantar kepada penulis.

…..

“Salam, aii Man, stress semacam saja aku tengok,” sapa seorang teman sejawatan.

“Yela, bertimbun-timbun laporan yang perlu diteliti. Agak stress juga, tambahan pula tulisan tangan susah hendak dibaca, laporan tidak lengkap, hampir semua pelajar adalah sama dan yang paling stress jika hantar laporan hanya main-main,” jawab Man sambil meneruskan kerja penelitian.

“Hanya main-main?”

“Ya, hanya main-main. Mana tidaknya, lihatlah laporan ini, semua maklumat muka hadapan tidak lengkap, dan tidak mengikut format yang ditetapkan. Yang ini, sekadar hantar laporan berisi pengenalan dan dapatan data sahaja. Dan yang ini pula, hanya menukar muka hadapan selebihnya isi laporan diphotostat dari kawan,” terang Man panjang lebar.

“Hmm..kalau macam ini caranya, memang patut kau stress. Kalau aku, memang panas hati ini.”

“Memang stress juga, tapi cuba kawal untuk memberi markah dengan adil. Ikutkan hati, bukan lagi panas tetapi sudah mendidih hati ini, namun sabar sajalah”

“Baguslah Man. Engkau memang terkenal dengan kesabaran. Jadi untuk menambahkan lagi kepanasan hati kau, ini ada lagi laporan pelajar-pelajar kau yang baru mereka hantar. Jadi bersabarlah ye.”

“Apa???”

…..

“Man, kau buat kaligrafi ke apa pada muka hadapan laporan pelajar kau ini?” bicara Shahrul dengan nada bergurau sambil menunjukkan laporan yang dimaksudkannya.

……………………………………………

Disamping kesibukan menanda kertas di musim peperiksaan akhir ini, penulis juga disibukkan dengan kerja-kerja pengubahsuaian kereta Perodua Viva untuk pertandingan pada bulan Jun hadapan. Kerja-kerja menanggalkan apa-apa barang yang patut telah pun dilakukan. Kini, kerja-kerja modifikasi enjin giat dilaksanakan. Satu tanggungjawab yang amat berat bagi penulis memandangkan penulis telah pun dilantik untuk menjadi orang tengah antara pihak Perodua dan juga institusi tempat penulis berkhidmat.



……………………………………………

“Nak cuti berapa hari?” tanya Ketua Jabatan yang berpangkat Dr.

“Niatnya nak cuti dua hari, esok dan lusa. Mungkin akan tambah sehari dua lagi jika perlu,” jawab penulis.

“Lamanya cuti.”

“Saja merehatkan diri dan mencari ketenangan. Melepaskan diri dari kesibukan semasa untuk seketika sebelum kembali memberi komitmen tinggi kemudian nanti.”

2 Responses

  1. aiii kan best kalo sy pn dapat melepaskan diri dari kesibukan dan keserabutan ini
    huhuhuhu….sedihnyerr

  2. tula ko…sape suruh ko pergi dari kami
    kalo x, selama ni ko leh ngadu kat kitorg
    nk kuar geng sangat…amik ko

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: