MALAYSIA BUKAN MASYARAKAT JUDI

Salamun’alaikum…

Sudah agak lama blog ini tidak diserikan dengan satu perkongsian ilmu. Jadi dikesempatan ini, penulis membawakan satu tajuk yang agak hangat dan semasa untuk pembacaan semua.

Satu tajuk yang mana sangat ingin dibincangkan oleh penulis namun tidak mempunyai kesempatan masa. Satu tajuk yang membuatkan penulis sendiri berasa malu di atas kata-kata yang dituturkan oleh seorang saudara seakidah sendiri. Benarlah kata ulama, antara tanda penghujung dunia adalah apabila pelaku maksiat sudah tidak malu berlaku maksiat dihadapan para ulama dan para ulama pula berasa malu dengan melihat maksiat yang dilakukan oleh pelaku maksiat tersebut.

Dengan tidak menghuraikan terlalu panjang berkenaan isu ini, maka penulis persembahkan satu tulisan dari Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk perkongsian ilmu dan percambahan minda kita bersama. Moga dengan perkongsian ini dapat meluaskan horizon minda kita untuk terus berfikir.

……………………………………………

‘M’sia bukan masyarakat judi’
Dr Mohd Asri Zainul Abidin | Mei 9, 10 5:52pm

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair). Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219). Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesenkan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘tauke’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

7. Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

9 Responses

  1. Akak pun ada tengok masa berita kat tv 3 hari tu. Hangat hati jugak akak dengar. Akak pun tak faham kenapa judi tu nak diliesenkan. Akak siap post kat facebook lagi ketidakpuasan hati akak ni..Bagus dr MAZA buat penjelasan ni.

    Ada pulak judi haramla, samsu haramla, perlacuran haram la….jadi bila dilesenkan boleh jadi halal ke???

    apala nak jadi kan…bila dia kata “lesen perjudian mengutungkan kerajaan” so its like IF WE CANNOT FIGHT THEM, JOIN THEM”

    Nauuzubillah…..

  2. yup, benar tu…
    even though kerajaan kata bnda ni cuma cadangan
    tapi xkanla diorg ni xfikir halal haram
    adoooiiii la….
    pastu duit dari lesen tu nk salurkan ke sukan
    pasni merudum jatuh la sukan malaysia
    sbb sumber dari dana haram

  3. satu perkongsian yang bagus mofas

  4. Tak tau la apa nak jadik kat Malaysia nih…kalau kita tgk LP/ BoD kat Carlsbeg M’sia, Genting Group, Magnum (ke Sports Toto? Tak ingat), ada jek muka Melayu Islam (Islam la kot¿)

    Semua kena ingat, niat tidak menghalalkan cara…

  5. menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen JUDI bolasepak kepada Kumpulan BERJAYA.

  6. Dalam Islam, kita perlu membantu saudara-saudara seakidah kita. Membantu mereka apabila mereka membuat kebaikan, jika mereka membuat kemungkaran juga perlu dibantu.

    Sayangnya, mereka mula kabur antara halal dan haram. Di mana penasihat-penasihat agama mereka yang lantang bersuara sebelum ini? Yang lantang membantah tentang isu kalimah Allah, tapi senyap tentang isu judi yang jelas haram. Entah apa pula perkara haram yang akan dihalalkan kemudian nanti.

    Jadi, cara untuk membantu saudara-saudara seakidah kita dari terus membuat kemungkaran adalah dengan menggulingkan / menjatuhkan mereka melalui pilihanraya nnt.

  7. ya ya, saya sgt setuju dgn ape yg abg mofas cakap
    kita perlu membantu mereka sekalipun mrk mmbuat kemungkaran…
    membantu di waktu pilihanraya nnt
    biar diorg xde kuasa
    so bila xde kuasa diorg xleh nk wat lagi bnda2 buruk camni

    hoho…mendalam juga kata2 abg yerk..

    pasni maybe seluruh outlet 7e akan jadi pusat judi ke tak erk??

  8. Akak tak tahula..tapi masih marah bila judi bola sepak tu dilesenkan..

    orang yang berkuasa menindas rakyat..bila rakyat bantah, diorang kata kita tak kenang budi…

    budi apa budi..padahal selama ni kita bayar cukai rumah, kereta moto, sampai makan KFC pun ada GOV tax lagi..tu tak masuk jalan lagi…bila silap kata satgi kena ISA lak,,,MEmang kita sangat tertindas..tapi yang depa dok sibuk hal judi ni wat pa..cubala pikir macam mana nak naikkan taraf spital ke, sekolah dan pengankutan awam..nak kata BONGOK semuanya orang belajar tinggi..BONGOK AGAMA masalahnya…

    lepas ni awang adek minta lesen perlacuran pula untuk mengelakkan perzinaan haram agaknya..urghh akwardnya….kata nak kaji dulu hal ni, tapi tak sampai sebulan dia leh luluskan…

    tula nanti pilihan raya kita undi la yang patut…
    akak pun tak faham ngan orang yang menyokong kerajaan di kala judi ni dilesenkan..kalau diorang masih tak marah dengan apa yang berlaku ni tak tau la apa nak kata..

    masalahnya bila banyak yang “dijadikan halal” silap satgi dapat paycash dr Allah..yang menakutkankan kalau allah bg kat pesalahnya takpala tapi kalau semuanya..

    nauzubillah.

    yang lagi dikesalkan bila ada plak kawn akak kata, takpalah kalau main judi duitnya jangan wat makan….adui diorang ni masa tingkata 4-5 masa ustazah ajar tidor gamaknya..Lagipula bila acuan dr rumah sudah hancur…

    semua ni buat akak tension..rasanya nak blah ja dr malaysia ni…..

    • tak baik wat gitu, sabar jela.

      cuma ingat sahaja firman Allah yang berbunyi, “seungguhnya LAKNAT ALLAH itu ke atas orang yang ZALIM.” saya selalu ucap benda ini je disamping mendoakan kebaikan utk para pelaku zalim.

      yang penting kita berusaha utk mencegah kemungkaran. skarang ni kene perkukuhkan institusi kekeluargaan. budaya ISLAM perlu diterapkan di dalm setiap institusi kekeluargaan. Nak harapkan pendidikan agama di sekolah2 skang ni dh xboleh.sbbnya pendidiakan agama di sekolah kebanyakannya hanya surface agama sahaja tidak begitu mendalam.

      Allahuaklam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: