MENONTON FILEM MEREHAT MINDA

Salamun’alaikum.

Alhamdulillah, syukur penulis panjatkan ke hadrat Ilahi ya Rabbi kerana masih memberikan kesempatan kepada penulis untuk bernafas di muka bumi ini dan seterusnya memberikan ‘keizinan’ kepada penulis untuk mencoretkan serba sedikit tentang kehidupan.

Baru-baru ini penulis berkesempatan menonton video yang penulis download dari rangkaian yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab kampus untuk berkongsi apa sahaja di dalam rangkaian tersebut buat semua warga kampus. Dalam kesibukan tugas, sempat juga penulis akses rangkaian tersebut dan sudah pasti penulis akan membuka folder yang bernama movies. Kerana di dalamnya terisi pelbagai jenis movies yang dikongsikan oleh warga kampus yang lain.

Penulis tidak pasti bagaimana untuk memberi gelaran kepada sesiapa yang ‘baik hati’ berkongsi movies di dalamnya, kerana sudah pasti kesemua movies tersebut adalah cetak rompak, sama ada dibeli dari CD lalu disalin ke dalam harddisk ataupun didownload dari pelbagai sumber internet yang lain lalu dikongsikan ke dalam rangkaian kampus. Apapun, usaha ‘murni’ mereka ini sangat penulis hargai. Sebabnya penulis dapat download dan tonton movie secara percuma. hehe…

…..

Kesempatan masa yang ada penulis isi dengan merehat minda sambil menonton filem yang penulis download. Memang menjadi kegemaran penulis untuk menonton filem yang penuh dengan aksi ataupun kungfu selain filem-filem yang berkonsepkan pengetahuan serta sejarah. Mungkin jiwa seorang lelaki. Lalu penulis menonton filem yang bertajuk Ip Man 2.

Setelah menontonnya, berdasarkan rating lima bintang, penulis hanya mampu beri tiga bintang sahaja. Ini kerana, tidak banyak aksi-aksi kungfu yang hebat dipersembahkan di dalam filem ini.

Namun, apa yang menarik tentang filem ini adalah ia menceritakan tentang sejarah negeri China disamping mempunyai beberapa nilai murni yang boleh dijadikan contoh teladan pada yang menyedarinya. Bagaimana seorang ahli beladiri memperjuangkan maruah bangsa yang telah dicemarkan oleh bangsa Inggeris. Bagaimana nilai seorang bapa selaku ketua keluarga menyayangi anak-anak. Bagaimana akhlak seorang guru yang sangat penyabar dengan kerenah anak murid dan sebagainya.

Diakhir sekali, muncul karakter seorang remaja yang ‘berlagak’ datang untuk belajar kungfu, yang mana akhirnya diketahui bahawa remaja itu adalah Bruce Lee yang sangat dikenali suatu ketika dahulu yang hebat seni kungfunya.

…..

Setelah habis menonton filem, penulis berfikir dan bermonolog sendiri, betapa banyaknya filem-filem yang dikeluarkan untuk menceritakan kehebatan tokoh-tokoh yang pernah hidup di China. Berapa jenis filem yang telah dihasilkan untuk menceritakan kehebatan tokoh Wong Fei Hung dan sebagainya.

China dengan kehebatan tokoh-tokohnya. Inggeris pula dengan filem mencerminkan kehebatan persenjataan mereka, kehebatan dan kebaikan mereka. Tetapi, bagaimana pula dengan Malaysia? Sedikit sangat cerita-cerita sejarah Malaysia difilemkan. Sehingga anak-anak remaja sudah terlupa tokoh-tokoh Islam dan juga tokoh-tokoh kemerdekaan negara. Berapa ramai yang masih ingat Tok Kenali dan Tok Janggut. Hanya mereka tahu adalah tokoh-tokoh seni yang melalaikan.

…..

Setelah sekian lama menonton filem-filem aksi berkaitan Wong Fei Hung ini, barulah kini penulis berpeluang mengenali latar-belakang tokoh seni beladiri ini.

Jadi penulis kongsikan bersama.

Wong Fei-Hung

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kungfu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berusaha mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merobohkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya kerana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cubaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

……………………………………………

Di sini juga penulis ingin berkongsi satu video pendek dari ‘tiub awak’, yang dihasilkan oleh Barat untuk mencerminkan kisah tokoh-tokoh ilmuan Islam. Terkadang penulis berfikir seorang diri, bila Malaysia akan berusaha mengeluarkan video-video ataupun filem-filem berkonsepkan Islami untuk pengisian rohani penonton Malaysia.

…..

THE BEST THING WEST DO ABOUT ISLAM

Something good to share along. Very interesting, but am surprised they missed a lot of very important scientist and scholars like Jaber Bin Hayan chemistry and physics philosopher, Khawarizmy who invented Algebra and zero as a number, Ibn Siena and the list go on.

However, for me this is the best thing among the rest West do about Islam.

Watch patiently as I do before.

8 Responses

  1. perghh..panjang betul artikel kali ni
    tp mmg best la bang pasal wong fei hung tu
    hehe…patutla abg suka citer kungfu n action sbb nama abg pn fei hung yerk
    ni fei hung malaysia ni
    hahaha

  2. yaa..ini dia pengkupas dan pengulas filem plak
    haha
    fei hung malaysia

  3. hehe

  4. aha…akk dh pandai ketawa yerk

  5. aii ko nih Hafiz, xsupportive lgsg

  6. opsss…sorry kak, gurau jerk…..huhuhuhu

  7. takpe, takde masalah. akk ok je

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: